Sep . 2 . 2010

Tolong Jauhi Bisnes Berkonsepkan Money-Game!

Nota* Saya tergerak untuk menerbitkan post ini setelah saya menjumpai sebuah lagi laman web yang menjalankan bisnes internet yang berkonsepkan ‘game-money’ ianya mirip seperti ID (Infinity Downline) baru-baru ini.

Bagi yang masih kurang jelas dengan bisnes berkonsepkan ‘money-game’ ini, saya sarankan anda untuk membaca post berkaitan perniagaan berkonsepkan ‘money-game’ ini di blog rasmi Ustaz Zaharuddin.

Jika anda bertanya kepada saya, laman web yang mana, pastinya saya tidak akan memberikan link url nya kepada anda.

Sebabnya?

Saya risau jika ada rakan-rakan yang akan ‘termakan’ pujukan dengan ayat-ayat hype yang digunakan oleh pihak mereka pada laman web mereka itu! Apa pula ayat-ayat hype ni? Adakah ia seperti ayat-ayat cinta? Hehehe..

Read More >>
Aug . 31 . 2010

Tropi Kebebasan Mutlak

Semasa saya menulis artikel ini, Tanah Melayu sudah merdeka 52 tahun 9 bulan 6 hari yang lalu. Negeri dimana saya dilahirkan juga sudah 46 tahun terlepas dari kurungan penjajah. Bukan tuan-tuan. Bukannya kita mahu menelaah sejarah Malaysia. Itu agak membosankan. Tapi kita mahu belajar perkara yang lebih menarik. Mengenai nombor-nombor bertuah. Nombor ekor. Ehem.. Beberapa daripada anda sedikit bersemangat. Inilah nombornya 31081957 dan 16091963. Eh.. Nampaknya seolah digit nombor ekor kita ini lebih dari yang sepatutnya saja? Inilah nombor ekor yang dibeli oleh pejuang kemerdekaan dengan darah, keringat dan pengorbanan. Kenapa para pejuang bermati-matian juga membelinya walaupun harganya sampai begitu mahal?

Read More >>
Aug . 24 . 2010

Hadiah Istimewa Jika Beli eBook Kewangan Peribadi Ini

Ramai dikalangan kita yang tahu bagaimana nak dapatkan wang. Lebih-lebih lagi dalam musim perayaan ini.  Ramai yang cuba buat duit mencari pendapatan tambahan untuk  menampung perbelanjaan yang tiba-tiba meningkat!

Apa taknya, bila raya semua nak beli baru. Baju baru, langsir baru, sofa baru,dan macam-macam lagi. Tu belum masuk kuih muih dan biskut raya lagi…

Yang tak ada idea nak buat duit, lain pula ceritanya… Mereka ni asyik nak buat pinjaman aje… Asyik-asyik buat ‘overlaping’…pinjam sini bayar sana. Maka tak hairanlah lebih ramai orang jadi miskin lepas raya.

Anda bagaimana?

Oh, ya! Kebetulan bercerita tentang pasal kewangan, saya nak kongsikan lah sikit pasal pengurusan wang ni. Yang menjadi persoalannya, Mengapa wang selalu tak cukup? Antara salah satu sebabnya adalah kerana tak tahu urus wang dengan cara yang betul!

Read More >>
Aug . 23 . 2010

Jenis Dan Format Produk Informasi

Apabila kita bercakap tentang menjana wang online, salah satu jalan yang paling mudah untuk menembusi pasaran niche yang menguntungkan dan pada masa yang sama dapat meminimumkan kos ialah dengan menghasilkan produk informasi yang berkualiti tinggi.

Produk-produk informasi terdapat dalam pelbagai format, termasuklah:

•           Ebook

•           Laporan

•           Tutorial Video

•           Kursus-kursus / e-Course

•           Penyampaian Multimedia dan Latihan

•           Teleseminar / Webinar

Ia bergantung kepada pasaran niche anda dan permintaan semasa untuk produk-produk tertentu, anda perlu mempertimbangkan untuk menyediakan kepelbagaian format bagi produk anda dalam usaha untuk mencapai seramai mungkin audien sasaran dan memaksimumkan jumlah jualan.

Read More >>