13 eBook Percuma Khas Untuk Perniagaan Online Anda
- Julmazli Dempollok Menulis Dalam Kategori: Keusahawanan Internet
BUKAN satu, bukan dua dan bukan tiga.. Juga bukannya dua tiga kucing berlari.. TAPI 13 eBook. Iya.. Jangan terkejut. 13. Saya tidak tersalah taip. Memang tiga belas eBook percuma! Sekarang ini ia sedang diedarkan secara percuma oleh sekumpulan usahawan muda Internet tempatan..

(Klik imej untuk memuat turun kesemua eBook)
Edaran ini adalah gabungan 22 usahawan, diketuai oleh tuan As Aziz di bawah payung Usahawan Cyber. Terbaru yang saya ketahui ialah tuan Jamaluddin Bahari turut sama menyumbangkan sebuah eBook yang mendapat sentuhan emas beliau. Antara lain yang terlibat ialah Rahman Basri, Shaiful Ahzan, Aminbeb, Tengku Faris dan ramai lagi..
Pesta ini nampaknya makin meriah. Dan menurut perancangan asal, misi utama acara ini ialah bermatlamat mengumpul 20 000 subscriber. Memang sebuah mega projek.
Berikut adalah senarai eBook percuma yang diedarkan;
Email Deliverability oleh As Aziz
Blog Bermagnet oleh Aizen Nasa
10 Tips Penulisan Artikel oleh Shaiful Azhan
Panduan Ringkas Joomla! Versi Online & Offline oleh Meezwan
Rahsia Cipta Produk “Maut” Semudah ABC! oleh AminBeb
Panduan Khas WangCyber oleh Tengku Faris
Tips Rahsia Pemasaran Emel oleh Rahman Basri
Cloaking Link Affiliate Cara Mudah oleh Umar Ismail
Koleksi Terbesar Produk Digital oleh Tengku Faris
Preview Pemasangan Wawwi Peel Away Ads oleh Amin Johar
Panduan Membuat Video Tutorial Untuk Newbies oleh En.Faidzal a.k.a. En.Apai
5 Tips Mudah Menguasai Pemasaran Affiliate oleh Aziani
Koleksi Panduan Usahawan Internet oleh Jamal
Seperti yang anda lihat, eBook-eBook ini meliputi banyak niche dalam bisnes online. Dari pemasaran emel, teknik affiliate, penggunaan video, membina laman web, kaedah blogging, strategi pengiklanan dan banyak lagi..
Untuk kategori eBook percuma, timbunan eBook-eBook ini berada di dalam kelas berkualiti. Kalau nak yang betul-betul bermutu? Ehem.. eBook berbayarlah jawabnya. Hehee..
Dan jangan bimbang, untuk memuat turun eBook-eBook ini tidaklah begitu leceh. Anda tidak perlu sign up sebanyak 13 kali untuk setiap eBook. Sign up sekali sahaja. Jadi segera dapatkanlah koleksi ini. Tapi awal-awal saya beritahu ya.. Ada beberapa tawaran yang akan anda temui sebelum mendapat emel yang mengandungi link download. Terpulanglah mahu menerima tawaran tersebut atau tidak. Selepas menerima link download di dalam emel, boleh muat turun dan manfaatkannya. Selamat membaca..
P/s Saya belum habis baca kesemuanya lagi, sekarang sedang membaca eBook yang kelima daripada senarai di atas.
Update Terkini: Pemberian eBook-eBook percuma di atas sudah dihentikan oleh pihak Usahawan Cyber. Harap maklum.






zairi faiezil 5th April 2010 8:34 am
Salam / Mari teman berteman bersama saya..
Seorg IM yg bersungguh-sungguh utk membantu org ramai dlm p’niagaan internet. Kerana s’banyak 13 ebook percuma telah diberikan terpulang kpd kita untuk amalkan. Insyallah saya juga akan turut serta utk memilikinya..
Tq..
[Balas]
Julmazli Dempollok Reply:
April 5th, 2010 at 8:41 am
@zairi faiezil – Salam.. Memang berbaloi-baloi. Apa lagi ia diberi begitu saja. Ibarat anda dibekalkan modal percuma untuk berniaga.
[Balas]
ryan 25th January 2012 11:35 am
memang best!!
[Balas]