25 . Jan . 2012

4 Mitos Vs 4 Fakta Berkaitan Ketidaksuburan

tips kewangan motivasi dan kesihatan

MASALAH sukar hamil atau ketidaksuburan atau kemandulan seringkali menghantui pasangan yang belum memiliki cahayamata. Bukan mereka sahaja, pasangan yang baru mendapat seorang anak juga menghadapi masalah ini.

4 fakta berkaitan ketidaksuburan wanita

Pelbagai andaian dibuat. Malangnya, ada di antara pegangan ini merupakan mitos ketidaksuburan semata. Dan inilah yang membantutkan usaha-usaha ke arah yang betul. Kita ikutinya..

Mitos 1 – Bersabar saja, sampai masa nanti hamil juga.
Fakta: Bersabar itu amat baik sekali. Tetapi ketidaksuburan adalah masalah perubatan dan pada kebiasaannya memerlukan rawatan. Sekurang-kurangnya 50% daripada pasangan yang menghabiskan penilaian ketidaksuburan dan menjalani rawatan akan berjaya hamil.

Info, tips dan panduan menghadapi Ujian PAC dan temuduga PTD

Mitos 2 – Semua wanita mudah hamil.
Fakta: Hakikatnya, pasangan yang normal hanya mempunyai lebih kurang 25% sahaja peluang untuk hamil pada setiap bulan.

Mitos 3 – Ketenangan fikiran membantu kehamilan
Fakta: Walaupun kadangkala stress boleh memberi sedikit kesan pada hormon dan ovulasi, ia bukanlah penyebab utama anda tidak dapat hamil. Bahkan, stres atau tekanan emosi adalah kesan sampingan daripada ketidaksuburan itu sendiri dan bukan penyebabnya.

Mitos 4 – Ketidaksuburan adalah masalah perempuan sahaja.
Fakta: Lelaki dan perempuan memikul tanggungjawab serupa apabila berkaitan hal kesuburan. Paling penting, pasangan hendaklah bersama-sama menjalani pemeriksaan dan penilaian pakar perubatan. Menjalani rawatan jika perlu.

Jadi buang pegangan lama dan mulakan langkah hari ini untuk masa depan keluarga anda yang lebih bahagia!

Jika anda sudah menjalani pemeriksaan atau ujian dan tiada apa-apa masalah ketidaksuburan, cuba baca panduan pasangan agar mudah hamil ini. Ini sebagai usaha tambahan sahaja.

Diharapkan anda mendapat sedikit manfaat dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to you by



--> Sedang Mencari Fesyen Baju Dan Tudung Muslimah Terkini? <--

Mahu membaca setiap artikel terkini kami melalui emel? Tiada masalah! Masukkan saja alamat emel anda di bawah dan klik hantar. Selepas itu, sahkan emel anda dengan klik 'Link Pengesahan Langganan' yang kami kirim. Sila rujuk artikel ini untuk penerangan lanjut.

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

CommentLuv badge