14 . Jan . 2012

5 Faktor Kenapa Wanita Tidak Subur

WANITA yang bukan sahaja cantik, comel, berbudi bahasa bahkan subur pasti akan menjadi igauan dan impian setiap lelaki. Tiada yang lebih dibanggakan seorang suami daripada ini semua, terutama bab ‘subur’ itu.. icon smile

faktor wanita tidak subur

Sebagai wanita pula, anda patut tahu apakah faktor yang menyebabkan seseorang itu tidak subur dan sukar hamil. Agar sedikit sebanyak anda boleh mendapat idea daripadanya untuk langkah seterusnya kelak.

Berikut lima faktor kenapa wanita tidak subur:

Ovulasi
Mengungguli senarai faktor kenapa wanita tidak subur adalah tiadanya ovulasi atau kekurangan ovulasi. Dalam erti yang mudah – pengeluaran telur daripada ovari adalah rendah atau tiada langsung. Penyebab biasa masalah ini ialah, PCOS atau penyakit polisistik ovari.

Berat badan
Wanita yang terlalu berat atau terlalu kurus juga dikenalpasti sebagai faktor sukar hamil. Jadi langkah terbaik adalah dengan mendapatkan berat badan unggul.

Usia
Umur sekitar  35 tahun ke atas adalah masa yang dianggap sebagai berkurangnya kesuburan wanita secara alamai. Hamil selepas 45 tahun adalah amat jarang berlaku walaupun tidaklah mustahil.

Masalah Di Tiub Fallopia
Ketidakbolehan tiub falopia membawa telur ke ke uterus daripada ovari juga menjadi punca. Mungkin sisebabkan tisu berparut atau jangkitan terdahulu atau endometrisis.

Masalah- Masalah Lain
Ini termasuklah pertumbuhan fibroid, tumor, masalah serviks dan bentuk uterine tidak tetap. Walaubagaimanapun, masalah-masalah ini agak jarang terjadi kepada wanita normal.

bannerA468x60

Kepada pembaca wanita, jangalah berputus asa. Usaha dahulu sebelum menyerah pada takdir. Jika masalah ovulasi, perubatan kita pada masa kini sudah mempunyai penyelesainnya. Jangan bimbang..

Apa yang paling penting, jangan berasa malu atau segan mengakui kelemahan diri. Atasi perasaan seperti itu dan beranikan diri untuk berjumpa dengan pakar perubatan. Perbincangan dengan suami dalam hal ini amat dituntut dan di sinilah letaknya persefahaman yang dijanjikan sewaktu bercinta dahulu.

3 Komen Untuk – 5 Faktor Kenapa Wanita Tidak Subur
  1. nurul 18th February 2012 9:29 pm

    assalammualaikum,saya dari brunei apakah maksudnya tiada “telur” adakah eanya disebabkan sukar hamil…saya juga mempunyai menstruasi tidak teratur macam 2 bulan sekali..sebelum ini saya berjumpa ke doctor pakar. ,,tetapi sampai sekarang saya belum lagi ada tanda tandanya untuk hamil….ea juga memyebabkan saya tertekan tentang perkara ini…

    [Balas]

  2. noraini 17th July 2012 12:40 pm

    salam saya dah buat pmeriksaan doktor selama 4a bulan tapi masih tiada rezeki lg. perod saye mmg tiada masalah tarikh tetap setiap bulan. saya ada buat pemeriksaan kesuburan selama 4 hari dari hari ke 14 -17. dari kiraan hari 1 period….tapi masih tidak menunjukkan tanda2 subur. apa masalah saya sebenarnya?

    [Balas]

  3. ummi 15th January 2013 7:05 am

    usaha untuk hamil.. email saya ke cutebabyboutiqe@gmail.com

    [Balas]

CommentLuv badge