28 . Jul . 2010

6 Perkara Yang Boleh Menghilangkan Kelesuan

NOTA* Anda berasa lesu dan tidak bermaya? Berikut beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk mengembalikan semula mood dan semangat anda. Cubalah..

tip menghilangkan kelesuan1 300x207

Menyanyi

Memanglah anda bukan penyanyi sebab itulah suara anda di tahap sederhana sahaja. Tapi siapa kata anda tidak boleh menyanyi dengan riang. Nanyilah. Idea di sini ialah anda menyanyi dengan mengikut radio, DVD, MP3 atau apa saja la. Nanyi sekuat hati dan nikmatilah muzik tersebut.

Alam Semulajadi

Entah kenapa dengan merapati kehijauan hutan dan alam membuatkan kita relax. Ini mungkin kerana kita mempunyai hubungan dan simbiosis dengan alam. Pelbagai cara boleh dilakukan; mendaki, berbasikal, berkelah dan sebagainya.

Bergembira

Apa-apa saja yang anda rasa mengembirakan boleh dilakukan. Menonton komedi atau keluar dengan kawan-kawan, jika itu yang mengembirakan anda. Menikmati kegembiraan ini sedikit relatif. Apa yang mengembirakan si A belum tentu mengembirakan si B. Kalau anda gembira menulis cerpen, lakukannya. Kalau anda gembira termenung pun lakukannya. icon smile

Binatang Peliharaan

Tahukah anda memelihara binatang kesayangan mempunyai faedah dari segi kesihatan? Mereka menenangkan dan anda happy bersama mereka. Kucing, anjing, Hamster, arnab dan seperti itu.

Bersyukur

Ini antara kaedah mengembalikan mood dan ketenangan yang terbukti paling berkesan. Cuba anda fikirkan semula mengenai kehidupan anda. Menghirup udara, dikurniakan kesihatan, anak, keluarga dan peluang hidup sebagai manusia. Semua ini adalah anugerah dan kesempatan yang tidak ternilai. Apalah sangat tekanan yang dihadapi itu bukan? Hehee..


panduan lengkap temuduga penolong penguasa kastam w27
>>Contoh Soalan & Jawapan Temuduga Sektor Awam!<<

Makan Secara Sihat

Makanan yang diambil juga mempengaruhi tahap kesihatan dan mood kita. Sekiranya terlalu kerap mengambil makanan terproses, makanan segera dan tinggi lemak. Ia akan menunjukkan kesan terhadap keceriaan anda. Lebih-lebih lagi jika pengambilan minuman keras dan makanan yang tidak disediakan dengan bersih.

*************

Minda yang ceria selalu menghasilkan idea-idea yang luarbiasa. Tip-tip istimewa ini ditaja oleh Keajaiban Penjimatan Dot Com khas buat anda! Hehee..

P/s Ceria selalu daripada saya..

6 Komen Untuk – 6 Perkara Yang Boleh Menghilangkan Kelesuan
  1. velasrizal 28th July 2010 10:12 am

    tido x termasuk skali ke..

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Iya. Boleh juga. Hehee..

    [Balas]

  2. velasrizal 28th July 2010 10:13 am

  3. Kancilbiru 28th July 2010 2:11 pm

    terima kasih atas info ni…yang last tu betul..nak nak kalau makan mcD yang lunch tu..pastu mesti nak lentok…:P
    Artikel terkini daripada Kancilbiru – Wow- Innit berwajah baru!

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Hehehe.. Kena kurangkan sedikitlah.
    Bagaimanapun kekadang fast food ni boleh mengakibatkan ketagihan (walaupun bukanlah tahap kronik seperti dadah dan rokok). Misalnya, tak sah kalau tak singgah KFC sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. :)

    [Balas]

  4. [...] 6 Perkara Yang Boleh Menghilangkan Kelesuan [...]

CommentLuv badge