17 . Jan . 2012

8 Penyakit Yang Boleh Diubati Dengan Buah Pisang

tips kewangan motivasi dan kesihatan

BUKAN sekadar buah, pisang juga lebih elok jika dipanggil buah ubat. Terlalu kaya dengan khasiat terhadap kesihatan dan punyai nilai perubatan yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Kali ini disenaraikan penyakit-penyakit yang boleh dibantu sedikit sebanyak atau dikurangkan risikonya dengan pengambilan buah pisang secara kerap dan tetap. Berikut disenaraikan 8 jenis penyakit yang boleh diubati dengan buah pisang..

penyakit yang boleh diubati buah pisang

Kemurungan

Buah pisang mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang boleh ditukarkan kepada serotonin. Dengan memakan pisang dikatakan mampu memperbaiki mood seseorang dan mampu juga mengurangkan tekanan dan kemurungan.

Anemia

Buah pisang juga amat tinggi kandungan unsur besi yang dikatakan mampu membantu fungsi haemoglobin tubuh. Mereka yang mengalami masalah anemia dikatakan boleh mengambil buah pisang untuk menambah unsur besi dalam tubuh.

Sembelit

Berikutan dengan kandungan serat yang terdapat di dalamnya, buah pisang dikatakan mampu membantu mengembalikan semula fungsi usus kepada keadaan normal. Pisang juga turut mengandungi kalium (potassium) yang tinggi serta pektin (serat mudah larut) yang dikatakan mampu membantu menormalkan pergerakan melalui saluran pencernaan. Mereka yang sering mengalami masalah sembelit boleh memakan pisang untuk memudahkan proses pencernaan.

ARMD

Kajian yang telah diterbitkan dalam arkib Opthalmology telah membuktikan bahawa orang dewasa yang mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan buah sehari mampu mengurangkan risiko (kira-kira 36 peratus) pembentukan kemerosotan mekular berkaitan dengan usia (ARMD) yang juga merupakan penyebab kehilangan penglihatan.

Blog khas untuk bakal-bakal PTD Gred M41

Tetapi jika mata sering gatal dan terasa seronok bila digosok, itu bukan ARMD tetapi sinus infection. Untuk penyakit sinus, memang bukan buah pisang la jawapannya. Itu anda kena rawat dengan kaedah khas yang boleh dilakukan sendiri.

Menguatkan tulang

Buah pisang juga kaya dengan sumber fruktooligosakarid, iaitu sejenis sebatian yang memberi khasiat bakteria probiotik dalam usus besar. Bakteria baik ini menghasilkan enzim yang meningkatkan kebolehan pencernaan dan melindungi diri daripada jangkitan bakteria tidak sihat. Bakteria probiotik ini juga dikatakan mampu meningkatkan kebolehan tubuh untuk menyerap kalsium. Ini juga bermakna pisang berguna untuk menguatkan tulang manusia.

Morning sickness

Pisang juga mempunyai kesan antiasid semula jadi kepada tubuh. Oleh itu, jika anda menderita masalah pedih ulu hati, cubalah memakan pisang untuk melegakannya. Bagi ibu hamil pula, dengan memakan buah pisang dikatakan mampu memastikan tahap gula dalam darah meningkat dan keadaan ini mampu mengelak anda mengalami masalah ‘morning sickness’.

Ketagihan nikotin

Buah pisang juga mampu membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Ini adalah kerana ia mengandungi vitamin B6 dan B12, kalium, dan magnesium, yang mampu membantu tubuh sembuh daripada kesan ketagihan nikotin.

Kanser buah pinggang

Satu kajian yang telah diterbitkan dalam International Journal Of Cancer telah menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, terutamanya pisang, setiap hari mampu melindungi kesihatan buah pingang.

Wanita yang memakan buah pisang sebanyak empat hingga enam kali seminggu dikatakan mengurangkan risiko pembentukan penyakit jika dibandingkan dengan mereka yang tidak memakan buah ini. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan dan sayuran terutamanya pisang, kubis dan sayuran berubi mampu mengurangkan risiko kanser buah pinggang dan kebanyakan sayuran berubi mengandungi sejumlah tinggi sebatian fenolik antioksidan.

Diharapkan anda mendapat manfaat dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to you by



--> Membeli Belah Barangan Wanita Secara Online <--

Mahu sentiasa mengetahui post terkini kami? Kalau begitu, kami akan hantarkan melalui emel! Masukkan emel anda di bawah dan klik hantar. Nanti jangan lupa periksa inbox emel anda dan klik 'Link Pengesahan Langganan' yang kami hantarkan. Sila rujuk artikel ini untuk penerangan lanjut.

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

5 Komen Untuk – 8 Penyakit Yang Boleh Diubati Dengan Buah Pisang
  1. Budak Lanun 19th January 2012 3:05 pm

    Assalam, baru tahu nie…. banyak juga penyakit yg boleh di ubati dngan buah pisang nie rupanya… Thanx utk infonya…

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Wkslm..
    Pisang memang buah yang hebat. Tidak rugi memakan pisang.
    P/s: Terima kasih sudi singgah dan meninggalkan komen. Sila datang lagi ya.. :)

    [Balas]

  2. nik maizatol 2nd February 2012 10:27 pm

    salam

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Wkslm WBT.. :)

    [Balas]

  3. Juadah 23rd April 2012 1:33 pm

    Betul. Pisang bagus untuk masalah sembelit.

    Hari tu saya sukar nak “membuang”. Tiba2 teringat pisang. terus saya makan. tak sampai 5 minit bergegas ke bilik air. Masalah pun selesai..
    Artikel terkini daripada Juadah – Muffin Yang Simple Tapi Sangat Best

    [Balas]

CommentLuv badge