Julmazli Dot Com

Dimana Dunia Online Dan Offline Bertemu..

By

9 Kebaikan Meminum Susu Lembu

SAYA tahu ramai di antara kita yang kurang gemar meminum susu. Tidak kiralah susu apa sekalipun. Antara alasan yang mereka berikan hanyir, loya dan berbau. Mungkin secara semulajadi selera mereka tidak boleh menerima susu ini. Kita tidak boleh juga menyalahkan mereka, namun elok juga kiranya jika kita dapat melihat kelebihan yang terdapat di dalam susu. Sekurang-kurangnya mereka boleh memaksa diri apabila membacanya. Hehee..

kebaikan susu lembu

Memang diakui susu lembu tidaklah sebaik dan sebagus susu kambing. Tetapi ia juga tidak kurang khasiatnya. Satu lagi, susu lembu juga sama sekali tidak boleh menggantikan kebaikan dan keunggulan yang dipunyai oleh susu ibu. Tiada yang sebaik susu ibu di dunia dan akhirat. Bukan sahaja memiliki segala zat yang diperlukan untuk tumbesaran tetapi juga menyalurkan naluri dan kemausiaan yang tidak ada pada apa jua susu gantian yang lain.

 

Setelah menyimpan itu ke dalam minda, ayuh kita baca senarai pendek kebaikan susu lembu..

Pertama. Susu lembu sangat kaya dengan kandungan kalsium yang sangat penting untuk pertumbuhan tulang. Kalsium bergabung dengan fosforus untuk membentuk kalsium fostat yang merupakan bahagian penting dalam hidroksiapatit (memberikan struktur dan kekuatan tulang).

Kedua. Selain kebaikan kalsium di atas, ia juga membantu dalam melindungi sel-sel usus besar dari bahan-bahan kimia yang memyebabkan kanser. Ia juga boleh mencegah migrain dan mengurangkan gejala PMS (Pre Menstrual Syndrome) untuk wanita.

Ketiga. Kalsium berguna dalam mencegah obesiti di kalangan kanak-kanak. Begitu juga dengan orang dewasa yang bermasalah terutama lebihan lemak di bahagian perut.

Keempat. Kewujudan kalsium di dalam susu lembu menolong pengoksidaan lemak tubuh. Dengan demikian oa mampu menurunkan hormon paratiroid. Ini seterusnya akan mempertahankan hormon ini pada tahap yang lebih rendah.

Kelima. Kalsium sebenarnya cukup bermanfaat melawan kanser payudara. Ia turut memainkan peranan penting dalam pembekuan darah, kontraksi otot, mengawal tekanan darah dan fungsi mambran sel.

Keenam. Susu lembu juga mengandungi protien berkualiti tinggi yang tidak perlu dipertikaikan lagi kepentingannya bagi tubuh.

Ketujuh. Susu lembu juga telah terbukti dapat meembantu melawan gout (merupakan penyebab artritis).

Kelapan. Antara lain kandungan susu lembu ialah riboflavin (vitamin B2) dan vitamin B12. Kedua jenis vitamin ini berfungsi dalam penghasilan tenaga dan melakukan tugas melindungi sistem kardiovaskular.

Kesembilan. Kebaikan susu lembu yang terakhir ialah ia mengandungi Vitamin B12, yang mana berperanan penting dalam penghasilan sel darah merah. Ini tentunya boleh mencegah anemia dan membantu pembangunan penuh sel-sel saraf. Selain itu, ia meningkatkan kebolehan sel untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protien.

Nota* Harus diingat, ada sesetengah orang yang alah kepada kandungan laktosa di dalam susu lembu. Ia biasanya menyebabkan cirit birit selepas meminum susu lembu. Tapi tidaklah ramai jumlahnya.. icon smile

13 Responses to 9 Kebaikan Meminum Susu Lembu

  1. Sahira says:

    Assalam,
    Terima kasih kerana memberikan pendapat ini. Tapi, betulkah ada yang mengatakan bahawa ada penyakit yang allergic kepada susu lembu ini? BTW, thanks.

    [Balas]

  2. Mohammad Redzuan says:

    Susu lembu memang Diet terbaik kesihatan. Banyak produk dipasaran menggunakan susu awal lembu sebagai extrak maupun krim yang berkhasiat..

    Info ada juga disini… http://keajaibanpenjimatan.com/blog/9-kebaikan-meminum-susu-lembu/
    Artikel terkini daripada Mohammad Redzuan – Kalsium Diet

    [Balas]

  3. Mr.Rover says:

    okok… klu macam ni jom kita g desa cattle minum susu di sana….. baik ohhh

    [Balas]

  4. chok says:

    klau minum telur boleh jak ka bang???

    [Balas]

  5. aziz says:

    klau susu nespray boleh ka bro??

    [Balas]

  6. Jali says:

    Memang susu adalah makanan yang sangat berkhasiat dan semulajadi.
    Artikel terkini daripada Jali – Doa-doa Harian Dalam Bulan Ramadhan

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Rasullulah amat mengemari susu. Terutamanya susu kambing, lembu dan unta.. Saya yakin ini adalah kerana khasiat yang terdapat di dalamnya.. :)

    [Balas]

  7. zam says:

    susu lembu memang best..saya pernah ketagih minum susu ni…

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Susu lembu juga tidak kurang khasiatnya.. :)

    [Balas]

  8. musi says:

    salam;
    saya sokong pemakanan ni, kalau anda menggemari nye didihkan susu ni tuangkan ke dalam gelas besar yang telah disediakan madu lebah campur telur ayam kampung yang telah di kacau/pukul sebati dulu – baru tuang susu panas tadi kacau bagi sebati lagi – minum ketika hangat, insyallah bertambah2 berkhasiat.

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Wah.. Satu petua pemakanan daripada orang lama ni. Ini memang harus dicuba.. :)

    [Balas]

  9. MRohaizad says:

    Mantap bro.. walaupun sudah lama tidak minum susu.. bila baca post ni teringat balik nak minum susu.. sekarang minum kopi.. nak campur susu pun ok jugak ni.. hehe.. Thanks for the info bro. :)
    Artikel terkini daripada MRohaizad – Isu IPTA- UM UKM USM UTM Antara Universiti Terbaik Subjek Kejuruteraan

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Kopi juga bagus sebenarnya.. Cuma keburukan kafein terlalu ditonjolkan oleh sesetengah pihak. Saya sendiri mengemari kopi. Kalau campur susu lembu atau kambing. Memang bertambah2 la mantapnya.. :)

    [Balas]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge