27 . Nov . 2011

9 Sebab Kenapa Pendarahan Haid Banyak

BAGAIMANA untuk mengetahui pendarahan semasa haid adalah banyak daripada sepatutnya? Paling mudah, sudah pasti dengan mengira berapa banyak tuala wanita yang digunakan.


panduan lengkap temuduga penolong penguasa kastam w27
>>Contoh Soalan & Jawapan Temuduga Sektor Awam!<<

9 penyebab masalah haid

Atau sekiranya:
1. Memerlukan anda menukar lebih kerap pada setiap satu atau dua jam
2. Mengalami tempoh haid yang berlanjutan lebih daripada seminggu

Simptom ini dipanggil menoragia atau pendarahan haid banyak. Sehingga kini, terdapat 9 punca dikenalpasti kenapa berlakunya masalah pendarahan haid banyak ini:

Memasang alat IUD
Atau alat interauterine digunakan untuk pencegahan kehamilan amat berpotensi menyebabkan menoragia. Wanita yang mengalami haid banyak atau berterusan sewaktu menggunakan IUD perlu mengeluarkan alat ini dan memilih kaedah pencegahan kehamilan yang lain.

Mengalami Tumor Fibroid
Tumor fibroid adalah penyebab biasa haid berlebihan. Adalah penting untuk memahami bahawa tumor fibroid selalunya tumor benign (bukan kanser) yang kerap muncul dalam uterus wanita usia 30-an atau 40-an. Walaupun penyebab tumor fibroid uterus tidak jelas, tetapi memang ia bergantung kepada estrogen.

Polip Serviks
Ia adalah ketumbuhan mudah pecah yang bermula sama ada dalam permukaan mucosal serviks, atau salur endocervical dan menonjol kehadapan melalui pembukaan serviks. Penyebab polip serviks tidak jelas. Namun begitu ia adalah akibat jangkitan dan berkaitan dengan tindak balas abnormal kepada penigkatan tahap estrogen atau kesesakan pembuluh darah yang terletak di dalam serviks.

Ketidakseimbangan Hormon
Ketidakseimbangan hormon semasa remaja atau menopaus adalah penyebab biasa pendarahan haid yang banyak. Selepas anak gadis mengalami haid pertamanya atau beberapa tahun sebelum menopause. Tahap hormon wanita menjadi tidak setabil dan ini kerap membawa kepada pendarahan uterus yang berlebihan semasa haid.

Polip Endometrial
Ia merupakan ketumbuhan bukan kanser yang menonjol kehadapan daripada lapisan dalam uterus. Penyebab polip endometrial adalah tidak jelas walaupun ia sering dikaitkan dengan estrogen berlebihan berikutan dengan rawatan hormon atau beberapa jenis tumor ovari.

Kanser Endometrial
Ia muncul apabila sel-sel abnormal dalam uterus atau endometrium(lapisan dalam uterus) berganda tanpa kawalan dan merosakkan uterus dan organ-organ lain. Walaupun penyebab kanser endometrial tidak diketahui, namun dipercayai bahawa wanita yang didiagnosis dengan kanser jenis ini cenderung berusia lebih 50 tahun, kerap mengalami endometrial hyperplasia, atau banyak kali menggunakan terpi penggantian hormone (HRT).

Lupus
Ia adalah keradangan kronik, dan penyakit autoimun yang memberi kesan pada beberapa bahagian tubuh, terutamanya kulit, sendi, darah, dan buah pinggang. Penyebab lupus adalah tidak jelas.

Penyakit Keradangan Pelvik(PID)
Jangkitan pada satu organ atau lebih yang memberi kesan pada uterus, tiub falopio, serviks. PID selalunya adalah penyakit jangkitan hubungan kelamin. Namun begitu, ia kadangkala muncul berikutan kelahiran bayi, pengguguran atau prosedur ginekologi lain.

Kanser Serviks
Sejenis kanser yang muncul apabila sel-sel dalam serviks menjadi abnormal, berganda tanpa kawalan, dan kerosakan bahagian sihat pada tubuh. Human papillomavirus atau HPV adalah penyebab lebih daripada 90 peratus kanser serviks.

Rujukan:
Bahan-bahan penulisan untuk artikel ini dipetik daripada pelbagai sumber termasuk, brosur pusat kesihatan, majalah dan laman web berkaitan kesihatan.

CommentLuv badge