Ada Apa Dengan Rahsia Reseller Yoji Yo Itu?
- Julmazli Dempollok Menulis Dalam Kategori: Review
HARI ini saya menulis di bawah kategori review. Kita tengok siapa yang kena. Dan mangsa kita kali ini ialah produk terbaru dan terbaik dari Wan Khairul Zarizi aka nama glamour beliau Yoji..

Heheh.. Jangan takut Yoji, saya takkan hentam produk ni habis-habisan. Hentam sikit-sikit sudahlah. (jangan marah bos) Hehee.. :p
Saya baru sahaja menerima produk ini petang kelmarin. Ia adalah sebuah produk digital berupa eBook dalam format *pdf. Perkara pertama yang keluar hasil first impression saya ialah ketebalannya. Aduss.. camna nak habiskan bacaan eBook ni. Padahal esok dah nak review di blog. Anda tidak percaya? Baik. Hah.. lihat sendiri screenshot yang saya ambil daripada isi kanduangan eBook ni.

(Sebahagaian daripada isi kandungan eBook ini. Maaf, gambar tidak begitu jelas..)
Nampak tu, 130 mukasurat. Hampir berjanggut saya habiskan bacaan semalam.
Ok sekarang kita lihat kekuatan dan kelemahan produk ini. Agar anda dapat menimbang dengan lebih rasional sama ada panduan ini memang anda perlukan atau tidak. Kita mulakan..
Kekurangan;
- Terlalu tebal
Menurut kebanyakan pakar produk digital, tebal eBook panduan yang paling optimum sebaiknya di antara julat 50 – 80 mukasurat. Kurang daripada 50 mukasurat dikhuatiri terlalu ringkas dan tidak dapat mencakupi banyak tajuk atau tema. Lebih daripada 80 mukasurat pula boleh mengurangkan minat orang membaca (untuk sesetengah pembaca). Tapi ada penyelesaian untuk eBook yang terlampau tebal ini. Katakan eBook anda setebal 240 muka, jadi bahagikannya kepada 4 eBook berasingan. Jadi tebal setiap satu ialah 60 muka. Bahagi mengikut tema ke topik ke bab ke. Simple kan..
- Susunan ayat sedikit bertabur dan kesilapan ejaan
Saya tidak pasti jika salinan untuk dijual itu juga begini. Saya fikir, mungkin itu sudah disemak dengan teliti. Salinan yang saya terima semalam adalah copy untuk JV Partner punya sebenarnya. Hehe..
- Layout dan pemilihan jenis font kurang menarik
Ini sajalah masalah yang saya temui di dalam produk ini semalam. Bukannya masalah besar pun. Tapi kalau saya tidak nyatakan, saya akan dianggap berat sebelah pula.
Kelebihan;
- Lengkap untuk sesiapa yang mahu menjadi Reseller
Reseller itu apa? Sesiapa saja yang tiada produk sendiri dan hanya menjual produk orang lain di bawah lessen PLR, MRR atau RR. Itu dipanggil reseller. Saya tak dapat terangkan kesemua makna singkatan-singkatan ini. Lebih lanjut ada di dalam panduan ini. Diterangkan dengan jelas dan terperinci di sana.
- Rajah dan bantuan visual yang menarik
Kebanyakan penerangan di dalam Rahsia Reseller ini dibantu dengan screenshot. Ini memberi pemahaman yang lebih baik kepada pembaca tentang topik yang sedang dibincangkan pada masa itu.
- Lubuk produk-produk reseller dibongkarkan
Sudah namanya pun Rahsia Reseller kan. Hehee.. banyak tempat-tempat persembunyian produk reseller ini dikorek oleh Yoji. Cara mencari dengan pelbagai teknik ada dinyatakan seperti mengikut keyword, mengikut pakej, kaedah berbayar dan juga percuma.
- Teknik rahsia menjadikan produk reseller anda lebih mantap daripada yang original
Ini antara strategi paling berharga di dalam produk ini. Inilah salah satu kunci kejayaan seorang reseller yang hebat. Kalau silap haribulan, produk reseller anda lebih laris berbanding produk original dari penulis atau pemilik asal produk itu.
- Cara mempromosikan produk reseller anda itu
Anda boleh beli seberapa banyak produk PLR, MRR dan RR yang anda suka. Tapi tanpa cara promosi yang betul, belum tentu ia akan dapat dijual semula. Sudah lumrah dunia perniagaan, promosi adalah nadi utama kelangsungan mana-mana bisnes. Dan produk ini menunjukkan anda bukan satu, dua atau tiga cara promosi. Tapi lebih daripada 13 teknik promosi yang berkesan dan amat efektif!
——-
Itulah antara dapatan saya melalui pembacaan produk ini semalam. Saya berharap anda sudah mendapat sedikit gambaran. Kalau masih mahukan maklumat lanjut, bolehlah melawat sendiri web jualan Rahsia Reseller ini. Di sana ada beberapa testimoni daripada mereka yang sudah membaca panduan ini.
Kenapa saya tidak kata ‘dapatkanlah produk ini sekarang’. Hehee.. anda sendiri mau ingat. Itu duit anda, di dalam duit itu pula ada cita-cita anda, ada perancangan anda dan ada masa depan anda.
P/s Saya menulis review ini sambil mendengar lagu ‘Permaisuri’ daripada kumpulan Data. Manalah agaknya permaisuri tu berada sekarang ye? Adakah salah seorang daripada pembaca blog ini. Oh.. Wahaha..






