Julmazli Dot Com

Dimana Dunia Online Dan Offline Bertemu..

By

Apa Itu HTML Dan Bagaimana Ia Berfungsi?

ANDA mesti pernah mendengarnya walaupun sekali di dalam hidup anda, lagi-lagi jika anda membaca mengenainya atau cuba membina laman web sendiri. HTML memang tidak dapat dipisahkan daripada laman web kerana ia adalah asas utama kepada sebuah laman web.

apa itu html

Soalnya di sini, apakah itu HTML? HTML adalah ringkasan bagi Hyper Text Markup Language. Usah risau jika istilah itu amat ‘menakutkan’ anda kerana ia hanya sekadar nama sahaja dan anda tidak perlu tahu secara mendalam.

Apa yang perlu anda tahu ialah, bagaimana ia berfungsi sehingga wujudnya sebuah laman web yang boleh dilayari, dan bagaimanakah untuk menghasilkan sebuah kod HTML untuk satu-satu File laman web.

Namun begitu, anda mesti mempelajari asas HTML kerana ia amat membantu anda di dalam pembinaan sesebuah laman web. Malah di satu keadaan yang lain, adalah satu keperluan untuk anda mengedit kod HTML laman web secara terus tanpa bantuan apa-apa perisian laman web.

Secara mudah, berikut adalah kerangka asas untuk kod HTML:

*************

<html>

<head>

<title>Tajuk Laman Web</title>

</head>

<body>

Kandungan Laman Web

</body>

</html>

*************

Anda mesti ingat kerangka asas sebuah File HTML tersebut. Mudah sahaja untuk mengingatinya. Anda boleh merujuk mana-mana rujukan ebook atau buku yang berkaitan. Jika anda mempunyai banyak masa dan sanggup meluangkan masa beberapa jam dalam sehari untuk mempelajari HTML, anda boleh belajar di laman web ini.

Bagaimana HTML Berfungsi?

Seperti yang anda tahu, File HTML berada di dalam Server dan tugas Server ialah memastikan File-File laman web yang mengandungi kod-kod HTML berfungsi dengan baik.

Laman web yang mengandungi kod-kod HTML tadi sebenarnya adalah bahasa yang difahami oleh Browser. Kod-kod (dipanggil juga sebagai tag) seperti <HTML>, <TABLE>, <BODY> dan banyak lagi adalah sebuah bahasa yang difahami oleh Browser seperti Internet Explorer, Chrome, Firefox, Safari, Opera dan lain-lain pelayar.

Jadi, untuk menghasilkan laman web yang lengkap dan ‘cantik’, kita tetap perlu menghasilkan laman web itu dalam bentuk HTML agar Browser (seperti Firefox, Internet Explorer, dan lain-lain) ‘faham’ apa yang perlu dilakukan. Sebab itulah HTML dipanggil sebagai sebuah ‘bahasa’ iaitu bahasa yang difahami oleh Server dan Browser.

Secara mudah, ini adalah proses sebelum sesebuah laman web dijana:

Server (Kod HTML) -> Browser -> Laman Web Dipaparkan

Pengguna Internet (pelawat laman web) akan menggunakan Browser seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox untuk melawati sesebuah laman web. Apabila URL laman web ditaip, Browser sebenarnya akan melakukan ‘request’ kepada Server di mana laman web itu berada.

Kemudian, Server akan membalas ‘request’ itu dan Browser laman web akan mula mengakses laman web tersebut. Mengakses di sini bermaksud Browser mendownload kod-kod HTML laman web tadi ke komputer yang anda gunakan dan menterjemahkan kod tersebut kepada sebuah laman web yang difahami dan boleh dilayari.

P/s Inilah bagaimana seringkas mungkin saya cuba terangkan perihal HTML..

Bagaimanapun jika anda ingin menjimatkan masa dan tenaga, saya ada menjual eBook Panduan Asas HTML, seperti ilustrasi di bawah:

panduan asas html 210x300

Khas untuk pembaca blog ini, saya berikan harga istimewa -RM20 sahaja. Jika anda memang memerlukan panduan ini untuk mempelajari HTML secepat yang boleh, anda boleh hubungi saya untuk mendapatkannya.

One Response to Apa Itu HTML Dan Bagaimana Ia Berfungsi?

  1. Pingback: Blogger Yang Tersepit | Julmazli Dot Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge