29 . Nov . 2011

Apa Sebenarnya Makna Blacklist, CTOS Dan CCRIS Ini?


PERBINCANGAN kita kali ini adalah berkisar mengenai blacklist, CTOS dan CCRIS. Seringkali, ramai yang terkeliru di antara ketiga-tiganya. Satu yang pasti, sekiranya rekod anda di dalam mana-mana satu daripadanya adalah kurang memuaskan, kesukaran akan dialami apabila perlu berurusan dengan pihak bank pada lain masa.

ccris ctos dan blacklist

Kita kenali dahulu apa itu Blacklist atau senaraihitam? Ia adalah akibat kegagalan diri sendiri atau orang yang anda jamin untuk membayar balik pinjaman bank atau pinjaman Kerajaan seperti PTPTN atau pinjaman MARA. Bahkan, ia tidak terbatas setakat di sana sahaja. Anda juga boleh disenaraihitamkan sekiranya gagal menjelaskan hutang kepada Institusi Perniagaan yang menawarkan skim sewabeli. Misalnya pembelian perabot, mesin basuh dan seumpamanya. Dengan syarat, kes ini telah dibawa ke mahkamah oleh institusi perniagaan terlibat. Jadi berhati-hati dalam pembelian anda.

Anda boleh menyemak sama ada bebas daripada blacklist atau tidak dengan membuat penyemakan sendiri di bank, badan kerajaan atau syarikat terbabit (yang anda ada hutang dengannya).

CTOS (Credit Tip Off Services) secara mudahnya adalah sebuah badan atau mungkin paling tepat merupakan pengkalan maklumat yang mengumpul data-data saman atau perintah muflis yang dikeluarkan terhadap individu atau syarikat. Pada bila-bila sekiranya terdapat kes-kes saman atau muflis, mereka merupakan antara pihak yang akan dimaklumkan terlebih dahulu.

Bagaimana untuk membuat semakan sama ada tersenarai dalam CTOS atau pun tidak? Anda boleh datang sendiri ke pejabat CTOS atau menggunakan mana-mana gerbang berikut: www.myeg.com.my, www.e-services.com.my atau www.rilek.com.my.

Info, tips dan panduan menghadapi Ujian PAC dan temuduga PTD

Tahukah anda bahawa setiap rekod bayaran terhadap pinjaman, gadaijanji, kad kredit, overdaft atau lain-lain yang anda lakukan setiap bulan kepada mana-mana bank akan mereka hantar ke Bank Negara Malaysia dalam format laporan bulanan?

Laporan-laporan bulanan ini akan di uruskan oleh Jabatan Kredit (Credit Bureau) dan akan dimasukkan ke dalam sebuah sistem pengumpulan maklumat yang dipanggil CCRIS (Central Credit Reference Information Systems). Sistem CCRIS inilah yang dipanggil pengkalan data bersama itu. Mana-mana bank yang berdaftar boleh mencapai maklumat kredit seseorang atau sesebuah syarikat pada bila-bila masa apabila diperlukan.

Maksudnya, tidak kira anda peminjam bermasalah atau tidak, maklumat anda memang sudah sedia ada di dalam sistem CCRIS. Untuk mendapatkan laporan terkini CCRIS anda, kunjungilah BNMLINK di alamat seperti di bawah:

Ground Floor, D Block, Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.
Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK) (Overseas: 603-2174-1717)
Fax: 603-2174-1515 E-mail: bnmtelelink@ bnm.gov.my

Tersenarai di Blacklist atau CTOS akan menjejaskan peluang anda untuk membuat pinjaman untuk apa jua tujuan pada masa-masa akan datang. Jadi sentiasa semak dari masa ke masa dan pastikan nama anda bersih.

Lebih daripada itu, sentiasa awasi pengurusan kewangan peribadi anda. Inilah yang terbaik dalam menjamin nama anda tidak disenaraihitamkan. Bahkan menjadi pelanggan kebangaan bank. Hehee..

Jemput kongsikan pendapat anda di ruangan komen dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to our readers by



--> Kunjungi Kedai Baju Wanita Online Kami Hari Ini! <--

Tidak mahu terlepas post terkini tetapi malas ke sini selalu? Kalau begitu biar saya hantarkan post terkini terus ke dalam email anda! Tapi jangan lupa mengesahkan 'Link Pengesahan Langganan' yang saya hantar di dalam email anda selepas ini. Sila rujuk artikel ini dahulu untuk caranya. Masukkan alamat email anda di bawah dan klik hantar:

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

16 Komen Untuk – Apa Sebenarnya Makna Blacklist, CTOS Dan CCRIS Ini?
  1. Cikgu Hairul 30th November 2011 6:21 pm

    Kenapa ye CCRIS atau CTOS boleh dibenarkan atau dilesenkan secara sah atau tidak sah mengaut keuntungan dengan menyimpan maklumat kita lalu menjual maklumat kita kepada kita. Bank negara secara jelas menggunakan data peribadi kita untuk keuntungan tanpa ada sedikit pun sekatan. Saya secara jujurnya tidak setuju dengan 2 syarikat persendirian itu. Pelik dan ajaib.. Walaupun BNM telah menolak pengiktirafan terhadap CTOS tetapi bank2 di malaysia masih lagi terikat dengan CTOS. Peminjam seharusnya lebih dilindungi maklumatnya.
    Artikel terkini daripada Cikgu Hairul – Wordless Wednesday: Kenapa Tak Turut Serta?

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    BNM hanya berbuat setakat yang terdaya sahaja. Langkah yang mereka ambil sudah wajar sebetulnya. Tapi memandangkan bank-bank perdagangan adalah institusi yang tidak terikat secara langsung terhadap bank negara jadi BNM tidak dapat berbuat apa sekiranya mereka masih lagi menggunakan khidmat CTOS.

    Bagaimanapun ini setakat menurut pengetahuan saya yang cetek ini sahaja. Barangkali ada pendapat lain yang lebih menarik daripada pengunjung blog ini yang boleh kita perolehi nanti. :)

    [Balas]

  2. ijam 3rd July 2012 10:17 am

    nak tanya skit.ccris tuh yang tertangguh bayaran bulanan kan?blacklist terjadi apabila ccris dan ctos telh berlaku keatas individu kan?harap perbetulkan jika saya salah.ingin maklumat tepat..

    [Balas]

    danial Reply:

    Ccris tu adalah record bayaran bulanan anda selama setahun.. dgn ccris la bank² dpt baca carector anda dan kemampuan anda membayar loans anda. Blacklist pula terjadi bila anda gagal menjelaskan ansuran bulanan anda sehingga akaun anda itu shortfall… maksudnya segala legal telah dijalankan keatas anda.. like saman, dan jika saman pun anda gagal jelaskan than anda telah d blacklist kan.. dan jika akaun shortfall anda melebihi 30k, anda boleh di istiharkan bankrup..

    [Balas]

  3. Mas 12th August 2012 5:10 am

    SY PASTI SY DI KATEGORI CCRIS..kini sy sdg mmbuat ansuran pembayaran..adakah permohonn sy akn terjejas?

    [Balas]

    idayu Reply:

    awak bukan di ccris tp di hiris..
    Artikel terkini daripada idayu – Rujukan Khas Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

    [Balas]

  4. erin 1st September 2012 3:40 pm

    saya nk tny,kawan saya nk buat pinjaman peribadi. tp bila dah mohon diorang kate bank negara lum clear nama lg….sebelum tu dia pnh sebulan lambat byar bulanan kereta dia… tp bank yg dia buat pembayaran kreta tu dah clear kan nama dia…cuma di bank rakyat lom clear..apa patut dia buat?

    [Balas]

  5. izuwan 15th September 2012 7:10 pm

    saya beli kereta.pada mulanya bank telah meluluskan pinjaman saya dan segala dokumen telah saya tandatangani dan kereta telah pun diserahkan kepada saya..selepas sebulan, pihak bank bank menghubungi saya menyatakan bhawa saya ada outstanding dalam pembayaran motor..persoalannya kenapa pada mulanya pinjaman saya diluluskan..kemudian pinjaman itu tidak diluluskan?adakah kesalahan saya atau pihak bank?bagaimana na selesaikan perkara ini?

    [Balas]

  6. zila zulkifli 2nd October 2012 12:32 pm

    Adakah seorang ccris tidak layak lagi membuat pinjaman bank untk kereta dan rumah

    [Balas]

  7. abdul 8th October 2012 4:38 pm

    brape lama nama dpt clear dr blacklist setelah bayar hutang?mohon terangkan…

    [Balas]

  8. jesry open 28th October 2012 9:34 pm

    nama saya telah disenarai sebagai ctos macam mana nak clear. balas

    [Balas]

  9. jerry 22nd December 2012 3:22 pm

    macam mana mau berurusan ctos/blacklist? nama saya tersenarai blacklist tetapi saya tidak pernah pun memohon pinjaman atau berhutang mana2 cawangan pun

    [Balas]

  10. syaza 27th December 2012 8:05 pm

    Adakah penstrukturan semula pembayaran kad kredit boleh menyebabkan loan ditolak?

    [Balas]

  11. amy 16th January 2013 3:09 pm

    saya nak tanya, sy nak beli kereta tp husband sy sbg backup uyk gaji tp..mslhnya org bank ckp suami saya ccris…sedangkn suami sy dh settle loan cuma bank negara blom release nama….bank negara x blh wat penstrukturan smeula ke..maksud saya klu dh settle hutang aoto,atok nama terpadam..so x payah la pegi bank negara bagi kita dh bayar……

    [Balas]

  12. sya 22nd January 2013 4:14 pm

    salam,sy ingin membuat loan peribadi tp tidak lulus sbb name sy tersenarai dalam ctos..sbb dlu pernah menjadi penjamin..so sekarang ni macam mane saya nak clear kn name sy…harap balas..tq
    Artikel terkini daripada sya – Dividen Dan Bonus ASB 2012: Tertinggi Dalam Tempoh 5 Tahun

    [Balas]

  13. khaii 24th March 2013 4:17 pm

    saya ada saman trafic dan mungkin blacklist. jika saya melunaskn saman tersebut adakah nama saya akan di bersihkn kembali dan tidak di blacklist kn lagi?

    [Balas]

CommentLuv badge