Julmazli Dot Com

Dimana Dunia Online Dan Offline Bertemu..

By

Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Bon?

SAYA sebetulnya tidak begitu gemar bercerita mengenai instrumen pelaburan yang agak kompleks dan berat untuk sebahagian besar daripada pembaca blog ini. Sebab itu, sekian lama saya cuba mengekalkan konsep blog ini agar selalu – mudah, ringkas dan ringan.

beberapa contoh bon simpanan amerika

Bagaimanapun, ada masanya kita tidak boleh tidak, terpaksa juga membincangkan sesuatu yang tidak begitu selesa bagi diri kita untuk kebaikan orang lain. Tidaklah wajar bagi saya kalau tidak memperkenalkan kepada anda apa itu bon walaupun cuma untuk sepintas lalu. Sebagai seorang penulis buku kewangan, inilah antara tanggungjawab saya.

Terdapat beberapa perkara yang anda mesti faham mengenai bon itu sebelum anda mula melabur ke dalamnya. Tidak memahami perkara-perkara ini akan menyebabkan anda membeli bon yang salah pada tarikh matang yang silap. Sebelum itu, apakah bon ini sebenarnya? Dalam satu ayat pendek tetapi mengelirukan – Bon mewakili akujanji hutang yang diterbitkan sama ada oleh badan-badan kerajaan ataupun syarikat.

Berikut adalah tiga perkara penting yang wajib dpertimbangkan semasa membeli bon yakni nilai par bon, tarikh matang bon dan kadar kupon bon.

Nilai par – merujuk kepada jumlah wang yang anda akan terima selepas bon tersebut mencapai tarikh matang. Dalam kata lain, anda akan menerima keseluruhan jumlah pelaburan anda semula.

Tarikh matang – sudah tentu ini adalah tarikh dimana bon yang anda beli itu telah mencapai nilai penuhnya. Pada tarikh ini, anda akan menerima jumlah keseluruhan pelaburan berserta faedah yang wang anda hasilkan.

Kadar kupon – faedah yang anda akan terima apabila bon tersebut mencapai tarikh matang. Jumlah ini biasanya dalam peratusan dan anda mesti menggunakan informasi lain untuk mencari kadar faedah tersebut. Sekadar contoh, bon yang mempunyai nilai par Rm10, 000 dengan kadar kupon 5% akan menghasilkan Rm500 setahun sehingga ia mencapai tarikh matang.

Di Malaysia, terdapat dua jenis bon iaitu bon kerajaan dan bon korporat. Bagi bon kerajaan, penerbitnya ialah pihak kerajaan, Bank Negara Malaysia dan institusi separa kerajaan (Khazanah Nasional Berhad, Danamodal dan Danaharta).

Sementara, bon korporat dan sekuriti bersandarkan aset pula diterbitkan oleh Cagamas Berhad, institusi kewangan dan syarikat bukan kewangan. Pelabur utama pasaran bon Malaysia ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dana pencen, syarikat insuran dan institusi kewangan yang lain.

Anda boleh menggunakan khidmat firma broker untuk membuat pembelian bon atau mendapatkannya secara terus melalui kerajaan. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan broker, sudah tentulah anda akan dikenakan caj komisyen. Jadi cubalah bandingkan di antara beberapa broker dan pilihlah yang menawarkan caj yang terendah.

Harga bon dipengaruhi oleh:

- Kadar faedah
- Tarikh matang
- Inflasi
- Kualiti kredit

Sekiranya anda berminat dengan bon, sila pastikan anda selalu berhati-hati dan sentiasa peka.

Sila elakkan:

1. Membeli bon spekulasi
2. Melabur melebihi 70% daripada keseluruhan dana yang anda miliki
3. Membeli bon yang terlalu rendah kadar faedah

Inilah perkara asas yang perlu anda ketahui mengenai apa itu pelaburan dalam bon. Semoga ia memberi anda sedikit sebanyak gambaran dan menambah pengetahuan kita bersama.

 

Nota: Maklumat yang terkandung dalam artikel ini ialah untuk  tujuan pendidikan semata-mata dan tidak boleh dianggap sebagai pengganti untuk nasihat perundangan atau mana-mana nasihat profesional yang lain. Sila dapatkan khidmat nasihat daripada professional yang berkelayakan sebelum membuat satu-satu keputusan melabur.

One Response to Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Bon?

  1. rosli says:

    a)apa kah yg di maksudkan dengan bon spekuasi
    2) apakah bon kerajaan boeh dikonsi bersama keuntungan bersama individu.

    [Balas]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge