6 . Feb . 2011

Kenapa Perlu Subscribe RSS Feed Blog Kegemaran Anda?

tips kewangan motivasi dan kesihatan

RSS ialah “Real Simple Syndication”. Dengan RSS, anda boleh melanggan bermacam-macam laman web yang menyediakan RSS. Setelah melanggan rss sesebuah blog, anda boleh membaca setiap artikel baru yang dilancarkan di dalam “feed reader” reader anda. Antara Feed Reader yang boleh digunakan ialah Google Reader. Bagi kebanyakan blog, setiap artikel baru yang dilancarkan di dalam “feed reader” akan dihantar terus ke dalam peti inbox emel anda (termasuklah blog ini).

rss feed fedburner julmazli dot com

Mungkin mudah bagi anda jika anda hanya mempunyai 1 atau 2 website kegemaran. Tetapi bagaimana jika anda mempunyai 11 atau berbelas-belas website kegemaran? Adakah anda akan klik dan view setiap website untuk melihat sama ada artikel baharu ada diterbitkan atau tidak?

Dengan adanya RSS, anda tidak lagi perlu untuk menjenguk ke website kegemaran anda setiap hari untuk melihat sama ada terdapat artikel baru di dalam web tersebut. Apa yang anda lakukan hanyalah membuka emel anda sahaja dan sekiranya memang ada artikel terkini, ia akan automatik masuk ke sana. Anda cuma perlu membaca artikel tersebut dari keselesaan emel anda sahaja. Mudah bukan?

Jadi, RSS mampu membantu anda memastikan setiap website atau blog yang anda langgan mempunyai artikel baru atau tidak. Dengan ini, anda pasti menjimatkan masa dan tenaga kerana anda hanya perlu meng’klik’ Feed Reader anda sahaja (jika anda memilih cara ini).

Sekiranya anda malas untuk membuka akaun Feed Reader, RSS menyediakan cara lain untuk anda, iaitu melanggan RSS Feed menerusi email anda. Dengan mendaftar email anda diruang yang disediakan, segala new artikel dari laman web kegemaran anda akan dihantar terus oleh RSS ke inbox email anda.

Blog khas untuk bakal-bakal PTD Gred M41

Sebagai perbandingan, suatu ketika dahulu antara Friendster dan Facebook.  Apabila kita membuat komen pada sesuatu tempat dalam Friendster, kita tidak tahu sama ada ada komen seterusnya atau tidak, atau mungkin kita akan lupa atau terpaksa ‘check’ utk lihat ada komen baru atau tidak. Tetapi Facebook menyediakan sistem update dimana kita akan mengetahui setiap update komen yang telah kita komen sebelumnya. Jadi mana yang lebih mudah? Anda tentu ada jawapannya.

Jadi begitulah secara kasar fungsi RSS. Gunakanlah RSS dalam penggunaan internet anda. Dan langganlah RSS blog yang anda gemari termasuk Julmazli Dot Com.. icon wink

Mudah bukan jika melanggan RSS?

Tapi saya perasan masih ramai yang tidak tahu bahawa untuk melanggan RSS sesebuah blog anda perlu MENGESAHKAN permintaan langganan anda tersebut. Misalnya jika anda mahu melanggan RSS blog ini untuk mendapatkan setiap artikel terkini yang diterbitkan, anda perlu memasukkan emel di dalam borang di bawah dan klik ‘hantar’. Selepas itu, anda perlu periksa inbox emel yang anda masukkan tadi.

aktifkan langganan feedburner

Akan ada emel dari Feedburner bertajuk ‘[Julmazli Dot Com] – Link Pengesahan Langganan‘. Buka dan di dalamnya terdapat link pengesahan yang perlu diklik. Jangan lupa klik ya. Ini untuk anda memberi kebenaran kepada pihak Feedburner menghantarkan artikel terbaru daripada blog ini.

Tiada apa yang anda kerugian – servis ini disediakan dengan percuma dan anda pula mendapat artikel baru terus ke dalam inbox emel anda. Artikel yang bermanfaat dan berguna buat anda.. icon smile

Diharapkan anda mendapat sedikit manfaat dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to you by



--> Sedang Mencari Fesyen Baju Dan Tudung Muslimah Terkini? <--

Mahu membaca setiap artikel terkini kami melalui emel? Tiada masalah! Masukkan saja alamat emel anda di bawah dan klik hantar. Selepas itu, sahkan emel anda dengan klik 'Link Pengesahan Langganan' yang kami kirim. Sila rujuk artikel ini untuk penerangan lanjut.

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

14 Komen Untuk – Kenapa Perlu Subscribe RSS Feed Blog Kegemaran Anda?
  1. musi 6th February 2011 11:26 am

    Baru saya fahami RSS ni, walaupun dah menggunakan. Trima kasih tuan.

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Sama-sama.. :)
    Rugi benar sekiranya tidak memaksimumkan penggunaan RSS Feed ini. Percuma dan amat efektif untuk marketing blog.

    P/s Lama tak nampak tuan Musi, agaknya kemana menghilang?

    [Balas]

    musi Reply:

    alhamduliallah ada kat blog n internet n komputer jer, tak ke mana. kalau tuan Julmazli ada kelapangan boleh bagi saya panduan nak pasang/guna RSS ke email saya tu! ada yang nak tau tapi saya tak tau n tak pandai2 lah . trima kasih sifu!

    [Balas]

  2. Ali Hanafiah 7th February 2011 2:04 am

    Ya, saya gunakan teknik ini untuk blogwalking. Satu lagi yang saya gemar kalau ada ‘email subscribe’ untuk pastikan kita update. Selain itu, saya juga menggunakan ‘google alert’ untuk mendapat update daripada blog yang sama niche dengan kita.

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Saya belum mencuba Google Alert. Satu cadangan yang bagus. Saya akan cuba nanti. InsyaAllah.. :)

    [Balas]

  3. siTokei 7th February 2011 4:12 am

    yup setuju memmang cara sebegini memudahkan kita…..
    Artikel terkini daripada siTokei – gambar-gambar krisis di Mesir

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Memudahkan dan menjadi win-win situasi kepada semua pihak.. :)

    [Balas]

    siTokei Reply:

    setujua ayat tu win-win situasi……
    Artikel terkini daripada siTokei – gambar-gambar krisis di Mesir

    [Balas]

  4. mohamad 10th April 2011 8:48 am

    Ya memang betul2 berguna untuk blog
    http://tinyurl.com/4xzargn

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini.. :)

    [Balas]

  5. kelvin chong 14th August 2011 6:53 pm

    feel so sad….

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Why?

    [Balas]

  6. fifi 7th September 2011 4:28 am

    so,means kalo kite subscribe feed,bill internet kite xkan di cas?means xde hidden charges lah ye?means feed ni free ye?

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Iya. FOC.. Jadi langganlah RSS Feed blog saya ini untuk membolehkan setiap tajuk artikel terkini yang blog ini terbitkan dihantar terus ke dalam emel anda.. :)

    [Balas]

CommentLuv badge