2 . Dec . 2010

Bagaimana Melihat Slip Gaji Anda Secara Online?


SAYA percaya anda sudah sedia maklum bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengedarkan pekeliling ‘Pelaksanaan ePenyata Gaji’ (melalui Surat Pekeliling Akauntan Negara Bil 3/2010) yang menyebut kakitangan awam bermula OKTOBER 2010 dan dikehendaki mencetak penyata gaji secara sendiri di laman ANM. Pihak ANM tidak lagi mencetak penyata gaji untuk anda.

jabatan akauntan negara

Secara ringkas berikut adalah 4 langkah bagaimana anda boleh melihat dan memuaturun slip (penyata gaji) secara online. Saya akan tunjukkan kaedah yang perlu anda turuti. Selepas itu, anda boleh mencetak semula slip gaji tersebut untuk kegunaan semakan peribadi, cukai pendapatan mahupun memohon pembiayaan untuk perniagaan, kenderaan atau rumah anda.

1. selepas anda ke laman rasmi Jabatan Akauntan Negara, sila pilih pautan ‘e-Penyata Gaji & Laporan’.

>> Klik di sini untuk ke laman rasmi Jabatan Akauntan Negara <<

pilih e penyata gaji dan laporan

2. Pilih ‘akses sistem‘.

Sudahkah anda membaca blog khas yang menyajikan pelbagai panduan khusus untuk mereka yang mengejar impian menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik ini?

 akses sistem

3. Anda akan dibawa ke laman login, jika anda pertama kali mahu melihat slip gaji anda, sila pilih ‘pertama kali mendaftar

pilih pertama kali mendaftar

4. Isikan kesemua butiran yang diperlukan, pastikan anda masukkan no. slip gaji yang tepat ya.

isi semua butiran

Akhir sekali, sila kembali ke laman login semula (seperti langkah 3 di atas) dan masukkan no. ic dan kata laluan yang baru sahaja anda daftarkan sebentar tadi.

Jika capaian Internet anda baik dan tiada kesilapan semasa memasukkan butiran yang diperlukan, anda akan dapat login ke dalam profil persendirian anda di laman ANM itu sejurus sahaja selepas kesemua langkah diatas selesai. Anda kini boleh melihat Penyata gaji dan begitu juga dengan Penyata Pendapatan Tahunan.

Diharapkan anda mendapat manfaat dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to our readers by



--> Membeli Belah Barangan Wanita Secara Online <--

Mahu sentiasa mengetahui post terkini kami? Kalau begitu, kami akan hantarkan melalui emel! Masukkan emel anda di bawah dan klik hantar. Nanti jangan lupa periksa inbox emel anda dan klik 'Link Pengesahan Langganan' yang kami hantarkan. Sila rujuk artikel ini untuk penerangan lanjut.

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

13 Komen Untuk – Bagaimana Melihat Slip Gaji Anda Secara Online?
  1. bluedianthus 3rd December 2010 4:13 am

    Informasi berguna ni. Terima kasih di atas tutorial ini. :) Sangat-sangat membantu.
    Artikel terkini daripada bluedianthus – Blog berbahasa Inggeris terabai

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Tutorial ini berikutan beberapa orang rakan saya yang bertanya bagaimana cara untuk melihat slip gaji secara online. Maklumlah, ePenyata Gaji ini baru sahaja diperkenalkan. Ramai yang masih belum biasa dengannya.. :)

    [Balas]

    bluedianthus Reply:

    Ya, parents saya pun tengah sibuk macam mana nak tengok slip gaji online. Ada info ni mudahlah kerja saya nak menerangkan kepada mereka. :)
    Artikel terkini daripada bluedianthus – Blog berbahasa Inggeris terabai

    [Balas]

  2. musi 3rd December 2010 10:49 am

    salam;
    ni suatu yang terbaru dan mengujakan. pas ni boleh kita tengok camne gaji kita, tak perlu tunggu majikan bagi.
    terima kasih, bro.

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Begitulah tuan Musi.. Jabatan Akauntan Negara sudah menguatkuasakan hal ini. Majikan sudah tidak akan memberikan kita slip gaji lagi selepas ini. :)

    [Balas]

  3. musi 3rd December 2010 3:05 pm

    salam;
    Tuan Julmazli, tentu ada sistem nya dibuat untuk mengatasi masalah, kepada pegawai/k.tangan yang ingin menggunakan slip, atau camne nak atasi bila buat pinjaman atau keperluan lain. mungkinkah boleh di manipulasi oleh mereka yang nak memalsukan maklumat di slip tu. tentu ok – no problem kan ha ha .
    Artikel terkini daripada musi – Budaya Inovasi Dalam Organisasi

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Pegawai dan kakitangan yang mahu menggunakan slip untuk keperluan peribadi misalnya, boleh mencetak ePenyata Gaji masing2 dan cetakan tersebut hendaklah disahkan oleh ketua jabatan atau majikan masing2.

    Sebagai langkah berjaga2, sila jangan dedahkan sama sekali sebarang butiran penting seperti kata laluan, no gaji dan no ic kepada pihak yang tidak berkenaan.

    [Balas]

  4. liza 1st August 2011 7:05 am

    no slip gaji tue ape

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Boleh tanya dan minta daripada kerani atau Pembantu Tadbir kewangan jabatan anda. :)

    [Balas]

  5. Zurina Harith 24th November 2011 10:10 pm

    salam saya pernah lihat dan print payslip saya di tempat kerja saya beberapa kali sebelum komputer tersebut rosak..tetapi sekarang saya tidak boleh melihat apatah lagi untuk print payslip saya walaupun saya boleh buka sehingga penyata gaji tetapi tidak boleh melihat slip gaji yg terperinci..mengapa?..saya guna komp di rumah

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Adakah komputer di rumah cik puan sudah di-install dengan perisian Adobe Reader? Sebab selepas memuaturun slip gaji, ia perlu dibuka menggunakan perisian adobe.. :)

    [Balas]

  6. asiah 21st February 2012 8:52 pm

    saya polis, macam mana nak tengok gaji?

    [Balas]

  7. mohd nazri bin abdul rahman 8th August 2012 3:23 pm

    bagaimana nak dapatkan no slip gaji saya daftar x dapat sebab

    [Balas]

CommentLuv badge