4 . Oct . 2011

Bagaimana Membuat Permohonan Pinjaman PTPTN Secara Online?

PANDUAN permohonan pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) ini saya tuliskan khas untuk para pelajar IPTA yang sedang belajar. Juga kepada bakal pelajar yang akan meneruskan pengajian sama ada secara sepenuh masa, separuh masa atau secara PJJ yang sedang berkira-kira membuat permohonan pinjaman PTPTN tetapi kurang pasti bagaimana caranya. Diharap panduan ringkas ini memberi manfaat buat semua bakal permohon.


panduan lengkap temuduga penolong penguasa kastam w27
>>Contoh Soalan & Jawapan Temuduga Sektor Awam!<<

epinjaman ptptn

Buat pengetahuan anda, mereka yang melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional terpilih adalah layak membuat permohonan pinjaman PTPTN. Jadi pinjaman PTPTN ini memang merupakan suatu peluang baik kepada individu yang tidak mempunyai kemampuan kewangan yang mencukupi menampung yuran pengajian yang semakin meningkat naik dari tahun ke tahun.

 

Panduan sebelum mengemukakan permohonan pinjaman PTPTN secara online:

1. Sebelum anda membuat permohonan pinjaman PTPTN, sila dapatkan dahulu Nombor PIN di Kaunter BSN. Nombor PIN yang dibeli ini mempunyai tempoh sah laku selama 6 bulan daripada tarikh pembelian. Ia penting bagi kegunaan pendaftaran semasa memuat permohonan pinjaman PTPTN di laman permohonan PTPTN itu nanti.

2. Membuka akaun simpanan (persendirian) di bank yang telah ditetapkan oleh IPTA masing-masing. Ini untuk kegunaan pihak PTPTN memasukkan jumlah pinjaman PTPTN yang lulus kelak.

Jadi bagaimanakah cara membuat permohonan pinjaman PTPTN ini sebenarnya?

Permohonan pinjaman PTPTN hendaklah dibuat secara online melalui pautan ePinjaman PTPTN di bawah..

–> Klik untuk ke laman permohonan pinjaman PTPTN

Selepas membuat permohonan pinjaman PTPTN melalui pautan di atas, calon yang berjaya mendapat tawaran pembiayaan pendidikan PTPTN hendaklah mencetak dokumen tawaran dan perjanjian berserta dokumen jaminan dan menyerahkan dokumen-dokumen tersebut beserta lain-lain dokumen sokongan yang ditetapkan  kepada Pegawai PTPTN melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di IPT masing-masing. Sila semak tarikh serahan dokumen tersebut yang telah ditetapkan oleh HEP IPTA masing-masing.

Lain-lain dokumen sokongan yang telah ditetapkan perlu disertakan bersama. Apakah lain-lain dokumen sokongan itu?

Maklumat itu sudah saya sediakan dalam bentuk pdf untuk kemudahan anda sebagai pembaca blog saya. Anda boleh muaturun melalui pautan di bawah (sila save di komputer anda untuk tujuan rujukan pada masa akan datang):

>> Lain-lain dokumen sokongan dan maklumat tambahan berkaitan pinjaman PTPTN <<

Untuk keterangan lanjut dan syarat terkini, anda boleh merujuk laman rasmi PTPTN ini.

Sementara bagi membuat semakan penting berkaitan permohonan pinjaman PTPTN dan hal-hal lain yang bersangkut-paut, bolehlah buat di laman semakan khas PTPTN ini.

Diharapkan informasi tentang permohonan pinjaman PTPTN yang saya bawakan ini berguna buat anda. Sekiranya ada maklumat terkini mengenai permohonan pinjaman PTPTN yang terkini anda perolehi, sila kongsikan dengan pembaca lain dengan menyatakannya di ruangan komen ya. Terima kasih.

21 Komen Untuk – Bagaimana Membuat Permohonan Pinjaman PTPTN Secara Online?
  1. Niha 14th May 2012 5:34 pm

    salam. saya dah beli nom pin ptptn di bsn. tapi, bila saya nak daftar ptptn online tak boleh, dia kata ” maklumat yg telah dimasukkan tidak sah” kenapa ek ?

    [Balas]

    roaiza Reply:

    same lah dengan saya,, dia pon kate begitu,, kenapa yer??

    [Balas]

    amira azwa Reply:

    sama laaaaa….knapa jdik mcm tuuuuuuuuuuuuuu..stressss..

    [Balas]

    SESAH Reply:

    apelah ko ni!!!! wado wado buat aok pulak!

    [Balas]

  2. fifi 24th May 2012 11:41 am

    hai ,, saye da cume mendaftar di sini http://www.ptptn.gov.my/gateway/ .. tapi setiap kali kat no.pin tu , mesti dia kata maklumat yg telah dimasukkan tidak sah ,, knpe ye . saye tak faham lah . boleh tolong terangkan ..

    [Balas]

    NANA Reply:

    tu la sya pn tak boleh dftr jgak . mcm mn ekk

    [Balas]

  3. Nurul jannah 27th June 2012 9:05 pm

    askum, sye pn sme jgak buat permohonan penbiayaan ptptn tp ble part dkt no pin dye ckp ” maklumat yang telah dimasukkan tidak sah ” kn pe ye pening kepala hri2 pkir psal bnde ncn ny , dh lh pntg tlg lh terangkan sape yg tahu harap balas

    [Balas]

    botark Reply:

    itu sebab awak masukkan salah tarikh dan masa..

    [Balas]

    iza Reply:

    dah apa tarikh dan masa yg btl?

    [Balas]

  4. mamat 13th August 2012 8:29 am

    saya sudah mengambil loan ptptn sewaktu diploma!bole ker saya apply lagi untok menyambung pelajaran saya(sarjana muda) sesi sept ini..dah beli no.pin tinggal nak apply jer ??cammane

    [Balas]

  5. azura 23rd August 2012 4:52 pm

    saya dah mohon on9 utk permohonan ptptn, tapi ada maklumat yang salah dan x di isi, adakah saya perlu utuk membuat permohonan baru? dan adakah permohonan lama itu akan terbatal?

    [Balas]

  6. Jiha 6th November 2012 10:57 pm

    napa bila isi online ptptn dia tulis maklumat tidak sah????

    [Balas]

  7. iza 3rd March 2013 9:02 pm

    saya dah isi betul tapi x boleh jugak,saya ikot tarikh,masa dan isi mgkut dalam no pin yg saya bli ttpi blasaya daftar dia kata no pin tidak sah.saya tidak faham kenapa??ade siapa blh bntu saya x??

    [Balas]

  8. alynn 26th May 2013 12:22 pm

    tolonglah..mcm mana nak bukak web ptptn..penat dah cari.

    [Balas]

  9. amira azwa 28th May 2013 1:58 pm

    knapa tidakkk sahhhhhhhhh…stresss stresss….

    [Balas]

    hijauhazel Reply:

    kena masukkan tarikh dn masa yg betul.. seperti yg tertera dlm resit BSN tu..

    [Balas]

  10. Olive 23rd July 2013 2:58 pm

    knplah maklumat tidak sah…harap dapat bantu… :’(

    [Balas]

  11. ssyuhada 12th August 2013 10:50 am

    sy dah isi tp kenapa x blh. kenapa ni x sah?? tarikh masa dah betul lah.apa lg yg silap ni. anyone help pleasee

    [Balas]

  12. norhan 15th June 2014 9:55 am

    Boleh tak kemas kini.. maklumat yg sedang diproses ??

    [Balas]

  13. lili 19th August 2014 11:34 pm

    i wonder why i kennot register thin ptptn. kenapa maklumat tak sah even though masa and tarikh beli no. pin ptptn tu betul

    [Balas]

  14. selva 10th September 2014 7:12 am

    I would like to top up loan for my daughter please advise

    [Balas]

CommentLuv badge