14 . Jan . 2012

Bahaya Pewarna Karamel Dalam Minuman Ringan

tips kewangan motivasi dan kesihatan

MINUMAN ringan memang sedap. Tambah-tambah lagi kalau dinikmati sejuk-sejuk pada hari yang panas. Begitu menyegarkan. Saya sendiri menyukainya. Cuma dua yang saya pastikan sebelum memilih minuman ringan – tidak mengandungi karbonat dan tidak ditambah pewarna karamel.

bahaya karamel dalam minuman ringan

Tentang karbonat itu, kita bincangkan lain kali. Tapi untuk post ini, sedikit info berkenaan bahaya pewarna minuman dipanggil karamel yang paling lazim digunakan ini akan dibincangkan.

Info, tips dan panduan menghadapi Ujian PAC dan temuduga PTD

Sebenarnya, saya jadi agak liat untuk mengulang-ulang kembali nasihat tentang minuman bergas yang sudah sering benar diuar-uarkan memang tidak baik untuk kesihatan. Tapi mungkin karana ia agak umum, jadi orang menjadi tidak begitu peka.

Pewarna karamel mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser. Pada asalnya, karamel diperbuat daripada gula, tetapi sebagai pewarna makanan ia akan ditambah ammonia dan akan menghasilkan sebatian kimia yang telah dibuktikan mengalakkan serangan pelbagai jenis kanser.

Antara kajian yang mengesahkan ini adalah kajian yang yang dibuat terhadap haiwan oleh Pusat Sains dan Kepentingan Umum (CSPI), Kanada dan Washington DC. Sehinggakan kumpulan pengkaji membuat petisyen kepada Badan Pengawalan Makanan dan Ubatan Amerika tentang larangan penggunaan karamel yang mengandungi ammonia.

Karamel jenis ini selalunya digunakan di dalam minuman ringan yang berwarna gelap. Jadi elakkannya kalau boleh. Kalau tak boleh pun, cuba elakkan juga. Lebih baik lagi kalau dapat tinggalkan sama sekali. Itu adalah antara langkah terbaik yang pernah anda ambil dalam usaha menjaga kesihatan tubuh anda.

Kongsikan pendapat anda melalui komen dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to you by



--> Cepat! Aneka Produk Wanita Pada Harga Istimewa! <--

Tidak mahu terlepas post terkini? Saya akan ingatkan anda melalui email! Tapi jangan lupa klik 'Link Pengesahan Langganan' anda. Sila rujuk artikel ini dahulu untuk caranya. Selepas itu masukkan alamat email anda di bawah dan klik hantar:

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

2 Komen Untuk – Bahaya Pewarna Karamel Dalam Minuman Ringan
  1. Norashikin 1st February 2012 2:22 pm

    cmne nk hlangkan tabiat ske minum mnuman ringan?

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Mula sikit-sikit. Kalau sekarang minum 7 kali seminggu. Cuba kurangkan kepada 6 kali seminggu. Biasakan diri dalam sebulan. Bila da ok, kurangkan kepada 5 kali seminggu. Buat lagi dalam sebulan. Sehinggalah langsung tidak minum. Ia memakan masa. Saya ambil 8 bulan tau mula-mula dulu.

    [Balas]

CommentLuv badge