Buku
Wang Tersembunyi

MERUPAKAN buku fizikal pertama tulisan saya. Buku ini setebal 176 mukasurat dengan harga Rm29.90 tetapi sarat dengan tip dan langkah-langkah terperinci berjimat. Diterbitkan oleh Truewealth Publishing Sdn Bhd. Buku ini memfokuskan tentang penjimatan. Seringkali kita boros berbelanja tanpa kita menyedarinya. Oleh itu saya membawakan pembaca dekat dengan punca-punca dan faktor pengaliran keluar wang yang deras dalam perbelanjaan seharian. Tip bijak membelanjakan wang berlebihan juga dikongsi khas buat anda.
Saya jamin buku ini amat bermanfaat buat anda. Kenapa? Kerana saya mengambil masa hampir setahun menyiapkan penulisannya! Segala tip, petua dan rahsia yang saya kongsikan di dalamnya saya praktikkan sendiri dan memang terbukti berkesan (sekurang-kurangnya untuk diri saya sendiri). Anda sama sekali tidak rugi memilikinya.
Boleh didapati di kedai buku berhampiran. Jika mahu mendapatkan buku ini secara online, boleh ke laman rasmi penerbit di Bookplanet.com.my atau melalui kedai buku online MPH di MPHonline.com
*Nota: Buku ini agak limited edition. Hanya kedai buku besar dan kedai buku terpilih sahaja yang memilikinya. Saranan saya, sila berjumpa sendiri dengan tuan punya kedai buku yang anda kunjungi itu, beritahu mereka tajuk buku ini dan penulisnya juga syarikat penerbit (maklumat tersebut ada di atas). Kemudian buat tempahan anda. Nyatakan bahawa anda mencari buku ini dan minta mereka mendapatkannya bagi pihak anda daripada penerbit buku ini.
Lentera Untuk Bakal Jutawan

MEMUATKAN koleksi artikel-artikel terbaik berkaitan wang yang belum pernah diterbitkan. Ia terdiri daripada sekumpulan idea-idea ringkas – tentunya tidak menyukarkan anda berfikir. Mengandungi cerita, panduan dan konsep mudah. Oleh kerana ianya ringkas, anda akan dapat memahaminya dengan senang dan dengan itu anda pasti mendapat kebaikan daripadanya. Memandangkan koleksi artikel ini kini diterbitkan melalui bukunya sendiri, maka ia didatangkan dalam bentuk asal. Dengan suntingan yang paling minimum. Jadi ianya adalah pendapat ikhlas dan tidak berat sebelah.
Buku ini amat sesuai untuk anda yang;
- Baru mulai mengenali perkara-perkara berkaitan wang
- Mencari buku kewangan yang tidak memeningkan kepala
- Mahu buku yang memperkatakan mengenai wang dengan santai dan menarik
- Ingin memahami diri sendiri dan wang dengan lebih baik
- Meminati subjek kewangan (jadi ini satu lagi koleksi untuk simpanan anda)
- Bakal jutawan yang sedang pesat meningkatkan kemahiran dan kebolehan
Santai, riang, ringan, lucu, pelbagai emosi dan pastinya wang untuk anda!
Boleh didapati di kedai buku berhampiran atau dapatkan di Bookplanet.com.my atau melalui kedai buku online MPH di MPHonline.com
*Nota: Menjadi salah satu daripada buku terlaris sepanjang suku terakhir tahun 2010 yang lalu.
Bonus istimewa!

Saya ada menyediakan bonus istimewa khas untuk pembeli buku ini. Bonus tersebut ialah ‘Delima Emas’ – Menyingkap Khazanah Penjimatan Yang Selama Ini Terpendam! Sebuah eBook setebal 46 mukasurat yang tidak terdapat di mana-mana dan saya tidak akan menjual eBook ini. Ia merupakan eBook tulisan saya yang mengandungi strategi khas.
Untuk mendapatkan bonus anda, sila hantarkan sekeping gambar anda bersama buku Wang Tersembunyi atau buku Lentera Untuk Bakal Jutawan kepada saya melalui emel wangtersembunyi[@]gmail.com. Tidak kisahlah sama ada gambar itu diambil menggunakan kamera, telefon bimbit, ipad atau lain-lain. Tetapi pastikan wajah anda dan kulit depan buku Wang Tersembunyi atau buku Lentera Untuk Bakal Jutawan boleh dilihat dengan jelas. Selepas itu, saya dengan serta merta akan menghantarkan bonus ini ke alamat emel yang anda berikan.




