2 . May . 2011

Cara Berpakaian Ke Interview Ala-Ala Bintang!

MUNGKIN ada yang bertanya, “Pentingkah gaya berpakaian untuk menghadiri sesi interview ni?”

Jawapannya: Bukan setakat penting TAPI sangat-sangat penting!

Ia adalah mengenai tanggapan pertama orang terhadap diri anda. Ia adalah mengenai psikologi. Ia mengenai seni mengambil hati orang lain. Tanggapan pertama adalah segala-galanya. Penilaian penemuduga selepas itu akan berasaskan tanggapan pertamanya terhadap anda. Jika tanggapan pertama penemuduga terhadap anda baik, maka peluang anda adalah menjadi lebih cerah dan begitulah juga sebaliknya.

pakaian ke sesi interview

Adakah anda mahu tampil ke sesi interview seperti seorang bintang? Anda mahu tahu cara berpakaian ke interview yang betul? Memakai pakaian ke interview bagaikan seseorang yang amat berkebolehan dan layak dengan jawatan yang anda pohon itu? Ikuti tips di bawah..

 

Tips pakaian interview untuk lelaki..

- Berpakaian segak dan menarik.
- Hendaklah berambut kemas.
- Cukur misai. Begitu juga dengan bahagian wajah yang lain. Pastika tiada bulu yang tumbuh di sekitar wajah.
- Pendekkan dan kemaskan janggut (kalau ada).
- Kasut hitam yang telah dipolish dan bertali (bukan strap). Pastikan kasut anda bersinar-sinar!
- Baju kemeja putih plain yang dipadankan dengan tali leher belang-belang atau plain yang berwarna gelap.
- Blazer untuk tampil meyakinkan.
- Pakai tanda nama (nametag) di dada balzer anda.
- Jangan pakai aksesori tangan seperti rantai tangan silver atau cincin yang tidak perlu.

 

Tips pakaian interview untuk perempuan..

- Berpakaian kemas dan rapi.
- Kalau bertudung, hendaklah nampak berkeyakinan dan selesa. Jangan sampai tudung menutup sebahagian wajah anda.
- Kalau tidak bertudung, hendaklah memakai sut skirt panjang atau pendek (bawah sikit dari lutut beberapa inci).
- Kasut tumit tinggi berwarna hitam dan berkilat. Pilih kasut yang bertutup penuh dan bukan yang style makan malam punya.
- Rambut kalau panjang, ikat dalam “bun”. Gunakan pengikat rambut hitam atau yang berwarna gelap.
- Solekan yang profesional dan meyakinkan sesiapa yang memandang.
- Blazer sekiranya bersesuaian. Cuba cari padanan pakaian yang sesuai memakai blazer ya..
- Pakai tanda nama (nametag) di dada blazer anda.
- Jangan pakai aksesori tangan seperti rantai tangan emas, gelang hiasan atau cincin yang tidak perlu.


panduan lengkap temuduga penolong penguasa kastam w27
>>Contoh Soalan & Jawapan Temuduga Sektor Awam!<<

 

P/s Selamat menghadiri interview dan semoga lulus. Kalau anda belum cukup bersedia, mungkin boleh persiapkan diri anda dengan membaca Pakej Lengkap Panduan Ke Interview Kerja ini agar tahu apa yang perlu dilakukan nanti dengan lebih terperinci.

CommentLuv badge