Cara Register TAC Mobile Maybank2u
- Julmazli Dempollok Menulis Dalam Kategori: Info
Di dalam entri sebelum ini kita sudah mengetahui definisi dan kegunaan TAC. Boleh baca entri itu jika belum. Jadi bagaimana mendaftarkan nombor telefon kita agar berkebolehan menerima TAC ini?
Terdapat dua cara, pertama menggunakan mesin ATM dan kedua, dengan memanggil Kawanku Phone Banking.

Berikut langkah yang perlu anda lakukan jika menggunakan ATM;
1. Masukkan PIN ATM dan pilih ‘Maybank2u / Phone banking’ di menu utama.
2. Pilih ‘Register TAC Mobile’.
3. Masukkan nombor telefon yang mahu anda gunakan.
4. Paparan ‘Successful’ akan ditayangkan jika pendaftaran anda berjaya.
Ini pula langkah jika anda menggunakan Kawanku Phone Banking;
1. Pastikan anda adalah pengguna Kawanku Phone Banking berdaftar jika mahu menggunakan pilihan ini.
2. Dail Maybank group Customer Care di 1-300-88-6688.
3. Pilih bahasa dan pilih ‘1’.
4. Masukkan nombor akses dan Phone Banking PIN.
Mudah bukan.. Bagaimana pula memastikan TAC yang anda terima adalah sah? Pastikan SMS yang sampai ke telefon anda membawakan nombor TAC itu adalah daripada;
Maxis – 39628
Celcom – 39628
DiGi – 66628
U Mobile – 39628
Bagaimanapun jika sistem SMS ‘39628’ itu mengalami masalah atau gangguan, nombor berikut merupakan nombor alternative yang akan digunakan oleh Maybank;
60172020993
60133698082
60162017841
60172020993
P/s Semoga penerangan ini sedikit sebanyak membantu..






redfar 10th July 2010 5:00 pm
wah!!! sebenarnya baru je buat TAC ni tempoh hari.. tak sangka pula ada post dari saudara julmazli.. hehe.. yang penting sharing is caring..
Artikel terkini daripada redfar – Kehancuran Program Reseller
[Balas]
Julmazli Dempollok Reply:
July 11th, 2010 at 5:04 pm
Bro Farid pun ada post topik yang sama di blog?
Itu lagi baik, memudahkan orang ramai mencari maklumat mengenai hal ini kelak..
[Balas]
redfar Reply:
July 11th, 2010 at 5:07 pm
eh, saya xde pun post topic ni.. hehe.. nanti saya post review yg bestnye untuk pertandingan.. masa dah tinggal berapa hari je ni.. kui3..
Artikel terkini daripada redfar – Kehancuran Program Reseller
[Balas]
Entri-Entri Menarik Sepanjang Julai 2010 Di Blog Ini | Julmazli Dot Com 1st August 2010 2:21 am
[...] Cara Register TAC Mobile Maybank2u [...]
musi 15th August 2010 3:21 pm
Assalamualaikum wm.wb.
Wa caya lah, kaedah aplikasi perbankan Maybank2u memang bagus dan banyak membantu urus niaga – jual beli menerusi internet. Ia selamat dan sangat memudahkan pengguna. Kewajipan kita ialah membuka akaun Islamic, dan gunakan untuk urusniaga dan berbagai pembayaran melalui internet. Memang antara terbaiknya akaun wadiah visa debit(Wadiah Savings Account visa).
Teman sokong penuh dan syabas diucapkan kepada tuan Julmazli yang memberikan panduan amat berguna berhubing perbankan internet , bagus !
Artikel terkini daripada musi – MoneyBuzzOnline- Make money blogging
[Balas]
Julmazli Dempollok Reply:
August 15th, 2010 at 3:46 pm
Wkslm wbt tuan Musi..
Bagi yang muslim, memang amat bagus sekali jika dapat menggunakan akaun Islamik. Itulah yang sebaiknya. Saya hargai cadangan tambahan yang diberikan..
[Balas]
renohthani 19th September 2010 5:18 am
hi all, saya nak tahu dulu saya register mobile nombor at atm. sekarang nombor tu sudah expired not in service, sekarang saya nak register number baru mcm ne ye? saya sudah try beberapa atm tapi dalam menu utama tiada ada pilihan register mobile tag so how i can register my new phone number?
[Balas]
Julmazli Dempollok Reply:
September 19th, 2010 at 7:22 am
Saya sebenarnya kurang pasti mesin ATM apa yang anda gunakan. Namun, jika kita menggunakan mesin ATM Maybank akan ada menu untuk ‘Register TAC Mobile’..
[Balas]
zampeada 16th November 2011 11:00 am
aku kena pegi kaunter… rules dah diubah. kena register di kaunter. tapi sampai skrg x dpt confirmation lagi ni. no sms… heran.
Artikel terkini daripada zampeada – SMS Dari BABY MILO
[Balas]
nasrul 9th March 2012 4:35 pm
macam mane lepas masukkan nom akses dan nom Phone Banking PIN. tapi tak boleh?
[Balas]
Mat Khairi 18th December 2012 3:30 am
Saya suka maybank2u
[Balas]
fiza 24th December 2012 8:15 pm
SY DH DAFTAR MAYBNK2U TP NO HP SY LUPE NK TAIP NO HP MS DAFTAR…CM NE EK..BLEY KE GUNE KAWANKU PHONE BANKING N CM NE NK WT YE GUNA KAWANKU PHONE BANKING TU
[Balas]
tiqa 28th January 2013 2:19 pm
knapa saya dah masukkan access no n pin no tapi tak boleh? dia kata wrong pin. no pin tu merujuk pada no pin kad ATM kita kan? ade sape2 boleh bantu saya?
[Balas]
tiqa 28th January 2013 11:03 pm
em xpe.. da tau kot.
[Balas]
othman 25th February 2013 10:26 pm
Hai, slmt malm..
Kalau tak faham susah juga.
[Balas]