Download Pekeliling SBPA – Berkuatkuasa 1 Januari 2012!
- Julmazli Dempollok Menulis Dalam Kategori: Info
SURAT Pekeliling SBPA sudah dikeluarkan? Iya. Surat pekeliling ini sudah dikeluarkan secara rasminya oleh kerajaan dan anda boleh memuaturun melalui beberapa pautan yang kami kongsikan di bawah.

Saya fikir dalam banyak-banyak pekeliling edaran kerajaan tahun ini, inilah pekeliling yang paling ‘panas’ dan sedang ditunggu-tunggu oleh ratusan ribu anggota perkhidmatan awam di seluruh Malaysia.
Sengaja saya terbitkan post awal berkenaan pekeliling SBPA (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) ini untuk anda jadikan rujukan kemudian nanti. Tidak perlu kita meramalkan bahawa laman rasmi untuk memuaturun Pekeliling SBPA itu nanti akan sesak dengan belasan ribuan pengunjung dan kemungkinan besar tidak boleh diakses oleh sebahagian pengguna. Terutama mereka yang mempunyai kelajuan Internet yang rendah.
Walaupun pihak JPA ada memaklumkan bahawa pekeliling ini akan diedarkan serentak di semua portal atau laman rasmi kerajaan tetapi rasanya elok juga kalau dapat disediakan alternatif kan.
Jadi saya mengambil inisiatif dengan menerbitkan post ini. Di mana post ini akan saya kemaskini dengan pautan download pekeliling SBPA yang berfungsi dengan baik dari masa ke masa.
Para pembaca blog ini yang saya hormati sekalian, untuk makluman anda pekeliling SBPA yang diedarkan melalui pautan di bawah setakat ini hanyalah merangkumi perkhidmatan Perjawatan Awam Umum, Guru dan PDRM sahaja.
***
Download Pekeliling SBPA Melalui Laman Jabatan Perkhidmatan Awam
***
Download Pekeliling SBPA Melalui Laman Kementerian Pelajaran
***
Download Pekeliling SBPA Melalui Kementerian Pengajian Tinggi
***
Download Pekeliling SBPA Melalui Jabatan Perdana Menteri
***
Nota*: Pautan-pautan di atas sudah aktif dan boleh digunakan.
Sedikit panduan: Jika anda sudah pernah melawat laman download pekeliling SBPA di atas sebelum ini, sila ‘refresh’ dahulu selepas klik laman download tersebut. Selepas itu baharulah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2011 UMUM, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13/2011 GURU dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14/2011 PDRM akan muncul.
Muaturun Awal: Anda boleh memuaturun makluman media yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia sempena pelancaran Pekeliling SBPA melalui pautan di bawah.
>> Download Intipati Pelaksanaan SBPA <<
Update Terkini: Pihak kerajaan sudah mengumumkan Pekeliling SBPA secara rasmi dan sudah mulai mengedarkan pekeliling ini melalui beberapa saluran yang kami kongsikan di atas.
Selepas anda memuaturun Pekeliling SBPA ini nanti, anda akan dapati salah satu daripada lampiran yang paling penting tiada. Lampiran yang mana satukah itu? Ia dikenali sebagai Lampiran C. Pihak JPA memaklumkan agar mendapatkannya daripada Bahagian Sumber Manusia kementerian atau jabatan masing-masing. Jadi sekiranya ada di antara pembaca yang sudah memperolehi Lampiran C terutamanya untuk Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan (Guru). Mohon kongsikan pautan atau link untuk muaturun di ruangan komen di bawah. Untuk rujukan kita bersama..
Perkongsian Bersama: Saya percaya ada di antara pembaca blog ini (yang sudah memuaturun pekeliling SPBA) sedang tercari-cari dimanakah Lampiran C dan dimanakah Jadual Tangga Gaji SBPA? Ini adalah dua buah dokumen paling penting yang akan menentukan keputusan ramai, sama ada mahu menerima SBPA atau kekal di SSM. Jadi saya kongsikan di sini laman yang ada memaparkan kedua perkara ini..
>> Jadual Tangga Gaji SBPA dan Sifir Pemindahan Gaji SBPA <<
Anda juga boleh sertai perbincangan di sana. Diharap ianya bermanfaat kepada semua.






zul 9th December 2011 8:35 pm
http://farhancr7.blogspot.com/2011/12/kaedah-pemindahan-gaji-sbpa-gaji-baru.html
[Balas]
Othman Ali 10th December 2011 9:58 am
Nampak macam bagus je… ada banyak penambahbaikan dalam SBPA… Terima kasih Kerajaan Malaysia…Tapi kat manan boleh dapat tengok mata gaji baru SBPA ni?.. Mana Lampiran C?
[Balas]
Hairil 13th December 2011 3:17 am
bagi guru DG dan pembantu tadbir N
boleh lihat sifir gaji di
http://it-tech-mania.blogspot.com/
[Balas]
ANIE 19th December 2011 12:14 pm
…:)
[Balas]
megat 19th December 2011 2:31 pm
huwaaaa…byk hit blog mung…nate mung….
[Balas]
mohd amran 24th December 2011 9:42 am
lampiran c disorok sebab takut ada PA yang akan bakar bagunan JPA…sebab kenaikkan tak sama..ramai yang tak puas hati…..tak caya cube tgk contoh yang saya buat….ade betul ka tarak
[Balas]