Julmazli Dot Com

Dimana Dunia Online Dan Offline Bertemu..

By Julmazli Dempollok

Faktor Penyebab Dan Kesan-Kesan Merokok

NOTA* Jika anda ingin berhenti dari merokok, adakah anda tahu apa yang perlu anda lakukan untuk menahan gelora ketagihan merokok?

 faktor dan kesan merokok

Faktor

Adakah anda tahu sebab kenapa anda menyalakan rokok anda? Jika anda masih merokok, anda perlu tanya pada diri sendiri, “ Adakah saya sudah bersedia untuk berhenti merokok?” Boleh tak saya berhenti dengan jayanya.

Ada dua faktor yang akan membantu anda untuk berjaya. Faktor tersebut adalah

1. Anda mesti ada keinginan untuk berhenti merokok.

2. Anda mesti yakin bahawa anda boleh.

Bagi saya, semua manusia tiada masalah untuk menghadirkan keyakinan dalam diri mereka. Seperti merokok, saya percaya anda tiada masalah untuk yakin bahawa anda boleh berhenti mereka. Dah yakin tetapi kenapa masih gagal ? Kegagalan selalunya berpunca dari pelbagai sebab yang lain dan jangan biarkan tahap keyakinan  dan keinginan anda jatuh.

Rokok sangat susah untuk di tinggalkan kerana ia selalunya memberi kesan kepada minda anda. Ketagihan merokok memberi satu cabaran kepada perokok untuk berhenti merokok. Anda perlu sedar akan perkara ini dan sepatutnya anda boleh jangka apa yang bakal berlaku nanti. Apabila anda rasa semangat hendak berhenti, lakukannya dengan bersemangat juga. Apabila anda mula rasa tidak mampu, relaks dulu. Ia adalah proses biasa seorang perokok untuk berhenti merokok.

Kesan

Berdasarkan pakar kesihatan, seorang perokok mempunyai 12 kali lebih risiko untuk memperoh kanser paru-paru. Fikirkan perkara ini sejenak, bukankah penting untuk anda hidup lebih lama supaya anda boleh merasakan kebahagian hidup lebih lama dan berupaya menjimatkan kos perubatan yang semakin meningkat.

Bahana merokok :

- 10 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser mulut

- 12 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser paru-paru

- 10 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser di larinks

- 6 kali lebih berisiko untuk menghidap penyakit hati

- 2 kali lebih berisiko untuk mendapat stroke.

Kewangan sekarang  yang semakin meruncing memerlukan anda untuk lebih berfikir secara rasional seperti adakah anda perlukan rokok untuk hidup?

P/s Apa yang anda akan lakukan untuk mengurangkan keinginan merokok setiap kali ia menyerang anda? 

jbm468x60

11 Responses to Faktor Penyebab Dan Kesan-Kesan Merokok

  1. bibi says:

    sebenarnye, rokok tu tidaklah membahayakan kesihatan KECUALI adanya mancis…huhuhu…[:)]

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Pandainye.. :)

    [Balas]

  2. ohcikgu says:

    sebolehnya, dijauhkan. Lebih baik yang tak baik daripada yang baik.
    Artikel terkini daripada ohcikgu – Matrikulasi atau Tingkatan 6 Maktab atau Universiti

    [Balas]

    yuna......... Reply:

    yupzz bto0iy3……….

    [Balas]

  3. musi says:

    ASSALAMUALAIKUM W.WB.
    Saya tak lah nak benci sesiapa atau menjauhinya, sekadar gurauan je . . walaupun keadaan camtu, makan minum tetap same ke mana saja. Sahabat teman pun 60% merokok tak leh nak jauhi kan. Saya de sahabat seorang doktor perubatan juga perokok yg handal. Katanya bila tak isap dia jadi lemah gelisah dan . . ape katenya ! ala orang yg tak isap mati muda pun ade! ha ha ha . .
    Artikel terkini daripada musi – NAK TAU PEMASARAN AFFILIATE

    [Balas]

  4. musi says:

    Assalamualaikum w.wb.
    Pasal merokok ni!
    Bila org sebelah atau yg bersama2 minum di kedai dsb . . mengisap rokok , memang sangat melemaskan. Saya sesak kerana menahan nafas. Kan org yang menghidu asap lebih bahaya. Jadi memang buruk perangai orang yang hisap rokok di tempat terbuka dan menyebabkan org lain lemas tak selesa gelisah . . . tentulah menyampahkan. Nak sambung nyawa(merokok) tu pilih lah tempat yg betul. Pendapat merokok itu menyambung nyawa memang kata2 berhantu puaka ni! Sebab pendekkan nyawa adelaa!
    Artikel terkini daripada musi – NAK TAU PEMASARAN AFFILIATE

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Hahaha.. Sabar tuan Musi. :)
    Elok jauhkan diri awal-awal daripada rakan-rakan lain yang merokok. Tapi itu pula sama sekali bukan bermakna menyingkirkan mereka.

    [Balas]

  5. musi says:

    Pembetulan : alamat blog teman yang betul seperti di atas ini, tadi tersilap, ok.

    Teman tambah lagi;
    Keyakinan wujud dalam diri setiap orang jika dipupuk dan menjadi aset kebanggaan kita ia akan banyak membatu dalam keputusan positif kita.
    ‘ Sahabat saya bengkak kaki dan sakit yang serius. Setelah dibuat pemeriksaan doktor pakar mendapati ia disebabkan kanser akibat merokok. Untuk menyelamatkannya ia terpaksa dipotong.’
    Kenyataan doktor ini telah menyebabkan sahabat saya berhenti merokok serta merta. Beliau menjalani rawatan intensif.
    Alhamdulillah beliau pulih dan lebih sihat, dan kakinya terselamat.
    Artikel terkini daripada musi – EEMM SUSAH SANGAT KE

    [Balas]

  6. musi says:

    Assalamualaikum w.wb.
    Didoakan semoga tuan selalu sihat sejahtera seluruh keluarga.
    Teman pernah terbaca satu artikel beberapa tempoh yg lalu.
    “Seorang Ulama’ Mesir terkenal telah meletakkan hukum haram merokok.” Walaupun negara dan undang-undang kita hanya menghukumkan makruh(mubah).
    Namun jika dikaji, difikirkan dengan saksama, kejelekan merokok :
    1. Merokok di tempat awam salah dan boleh dikenakan kompaun – nampaknya peraturan ni rapuh.
    2. Kira-kira ada 11 keburukan merokok.
    3. Bahan berbahaya dalam asap rokok dibuktikan secara sintifik sangat membahayakan diri perokok dan orang sekitarnya yang terhidu dan tersedut asap rokok.
    4. Terdapat hampir 20 Bahan berbahaya antara lain Nikotin, Benzpyrina, NO, NO2,CO,CO2, Tar dan sebagainya.
    5. Pernyebab berbagai gejala penyakit/masalah kesihatan termasuk stroke, Tek.darah tinggi, jantung, kanser dan sebagainya.
    6. Pengeluar dan penaja utama rokok dunia ialah Israel(setiap tahun keuntungannya USD16B -ini modal utk menghacurkan Palestin).
    AMACAM ! tiada satupun kebaikan merokok malah memudaratkan orang lain, kawan, famili, ibu-bapa anak, bayi dalam kandungan dan sebaginya ?
    Betulkan Ulama’ tu cakap !!.

    Tuan Julmazli,saya nak sertai review blog tuan, alamat di atas. T.Kasih.

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Terima kasih atas tambahan-tambahan yang bernas di atas. Cukup bermanfaat untuk saya dan pembaca yang lain..

    P/s Terima kasih kerana menyertai cabaran review yang saya anjurkan. Saya akan semak blog tuan.. :)

    [Balas]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge