8 . Jan . 2012

Fesyen-Fesyen Pakaian Terkini Untuk Muslimah

SEBAGAI seorang wanita muslimah, tidaklah salah jika ingin bergaya. Fesyen pakaian dan menjaga aurat adalah perkataan yang berjalan seiringan. Tidak ada masalah berfesyen dalam berpakaian di samping dalam pada yang sama masih mampu menjaga tatasusila sebagai seorang wanita muslimah yang dihormati.

fesyen pakaian muslimah terkini

Mungkin jika pada masa lepas, apabila sahaja disebut fesyen pakaian muslimah, semua akan terbayang jubah besar meleret ke lantai atau baju kurung besar dengan tudung labuh paras ke pusat. Saya masih ingat semasa sekolah rendah, itulah dia fesyen pakaian muslimah yang paling popular sekali dikenakan oleh para ustazah yang mengajar.

Arus masa berubah dan fesyen pakaian muslimah juga menerima tempiasnya. Jubah moden tidak lagi berwarna terang dan rata. Kini ia dihiasi corak yang mempersona dan potongan yang lebih beralun. Boleh menyejukan mata-mata yang memandang.

Demikian juga dengan tudung. Iya.. Tudung tetap tudung, dan ia seharusnya menutup aurat tetapi kini dengan aneka gaya ikatan dan lapis. Digabungkan dengan shawl yang serasi. Memang sungguh manis bila dipandang.

Bercerita tentang shawl. Saya sebagai seorang lelaki, amat suka melihat wanita yang mengenakan Mermaid Shawl berwarna terang yang dipadankan dengan Inner berwarna gelap. Tidak kiralah shawl tersebut diperbuat daripada campuran cotton, polyster mahupun silk asli. Memang nampak begitu anggun dan berseri disinari iman.

Bagi wanita muslimah lain yang gemarkan gaya ranggi dan lebih bebas, semestinya soft denim spandex atau kemeja wanita yang dikenakan sekali dengan seluar muslimah akan menjadi pertaruhan. Jika pemilihan tona warna betul dan jenis tudung yang dipilih tepat. Pasti anda menjadi tarikan mata-mata yang memandang walau dimana jua berada.

Untuk mereka yang gemarkan fesyen simple, baju muslimah bercorak ringkas berwarna terang amat sesuai digayakan bersama seluar labuh berwarna gelap dan tudung warna sedondon dengan baju. Orang tidak akan percaya umur anda 35 dan menyangka anda baharu berusia 21.

Jika anda mencari fesyen pakaian muslimah terkini, kedai fesyen muslimah online adalah tempat yang patut anda kunjungi. Ia mempunyai pelbagai rekaan dan kelengakapan muslimah masakini.

Satu Ulasan Untuk – Fesyen-Fesyen Pakaian Terkini Untuk Muslimah
  1. musi 20th February 2012 10:23 pm

    jangan terbabas landasann syarak k lah, warna tak jolok mata, tak nampakkan bentuk tubuh(loggar). kalau fesyen tu membuat orang tak berkelip memandang nya pun bahaya gak tu… ho ho
    Artikel terkini daripada musi – Keruntuhan akhlak remaja sedang melanda survival bangsa

    [Balas]

CommentLuv badge