14 . Nov . 2011

Himpunan Terbaik Kata-Kata Cinta Paling Romantik

JANGAN senyum. Jangan gelak. Apa salahnya blogger bermadah pujangga atau menulis kata-kata cinta penuh romantik. Hehee..

kata cinta paling romantis

Sebenarnya himpunan kata cinta paling romantis ini adalah kompilasi kata cinta yang saya petik daripada pelbagai sumber termasuk Internet dan majalah. Dan bukannya lahir daripada kejiwangan saya ya. icon smile

Antara kegunaan himpunan kata-kata cinta ini: 1. taip semula dalam bentuk sms dan hantar kepada kekasih hati anda atau, 2. hafal dan ungkapkan pada si dia yang sedang menjadi idaman anda. Selamat mencuba..

Jadi berikut kata-kata cinta romantis yang boleh anda gunakan:

Ada masanya kita tidak menghargai orang yang mencintai kita sepenuh hati, sehinggalah kita kehilangannya. Ketika itu, penyesalan sudah tiada ertinya lagi kerana pemergiannya tidak akan berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, yang akan layu bila tiba musim berganti. Tetapi cintailah seseorang seperti sungai, yang akan mengalir selamanya..

Amat menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak menyintai kita. Lebih menyakitkan lagi apabila mencintai seseorang yang kita tidak pernah sempat menyatakan cinta kepadanya.

Satu hal yang membuat kesedihan dalam kehidupan ini, bila kita bertemu seseorang yang terasa begitu bermakna. Tetapi pada akhirnya kita menyedari ia tidak bererti dan kita terpaksa membiarkannya pergi.

Kita hanya tahu bahawa kita amat merindukan seseorang, apabila ketika memikirkannya hati bagaikan hancur berkeping dan kemudian dengan hanya mendengar perkataan ‘hai’ darinya mampu menyatukan kembali kepingan-kepingan hati itu tadi.

Bukan laut namanya jika tidak bergelora. Bukan cinta namanya jika tidak terguris. Bukan kekasih namanya jika tidak merindu.

Bercinta memang mudah. Mencinta cukup mudah. Dicintai juga mudah. Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah dia yang tidak mudah!

Cinta itu memang indah, tapi yang indah itu tak semestinya cinta.

Cinta mampu membuatkan yang lemah menjadi kuat, dan kuat menjadi lemah.

Kalau daku ditakdirkan hanya memiliki TIGA detik untuk bernafas. Daku akan menggunakan TIGA detik itu untuk mengatakan ‘Aku Cinta Kamu’.

Kata orang; tak ada rotan, akar pun boleh. Tapi bagiku; tak ada kamu, hidup pun tak boleh.

Cinta ibarat menggenggam setangkai Mawar, semakin erat kita menggenggam, semakin terasa duri yang menusuk. Semakin lemah kita menggenggam, semakin mudah diterbangkan angin.

Dalam hutan, ada taman dan dalam taman ada puterinya. Dalam baju, ada cinta dan dalam cinta ada segala-galanya..

Cuma kalau mahu mencuba menggunakan mana-mana kata cinta penuh puitis ini, sila pastikan masanya adalah sesuai ya. Kalau orang tengah sibuk, memang makan penamparlah gamaknya. Lihat juga jenis orangnya bagaimana. Kalau jenis yang tak suka ayat-ayat cinta, maka jangan dicuba-cuba pula. Bukannya suka malah benci yang diterima.

Dan mungkin ada di antara anda yang mahukan kelainan. Cuba gunakan pantun Melayu lama ini di dalam SMS yang anda cuba hantar kepadanya (boleh ubahsuai pantun diberi di bawah mengikut keadaan dan situasi anda). Ia memang pantun untuk orang sedang berkasih. ;p

Gurau senda mengusik kalbu,
Namun gundahku tiada berlalu,
Bila dekat terasa malu,
Bila jauh mula merindu.


panduan lengkap temuduga penolong penguasa kastam w27
>>Contoh Soalan & Jawapan Temuduga Sektor Awam!<<

Hendak gugur gugurlah nangka,
Jangan pinang menimpa jatuh,
Hendak tidur tidurlah mata,
Jangan dikenang orang yang jauh.

Manakan singgah sunda menjala
Kelip di sana laksana saga
Manakan daya dinda terlupa
Kukelip mata kanda menjelma.

P/s: Secara peribadi, saya pernah menggunakan teknik pantun Melayu lama ini. Hehehe.. Kalau kena gaya dan memang ada rezeki, biasanya ia memang menjadi (tapi tak selalunya). Ia berdasarkan personaliti orang yang anda idamkan itu. Nampaknya memang memerlukan sedikit usaha dan kajianlah.

-Cadangan Bacaan Tambahan-
Kalau memang anda jenis yang pemalu dan tidak mahir dalam selok-belok berkomunikasi tetapi amat meminati seseorang, mungkin bacaan tambahan bagaimana menawan hati seseorang ini boleh anda jadikan rujukan. Pasti selepas ini anda akan mampu memikat hatinya seperti seorang pakar. icon smile

25 Komen Untuk – Himpunan Terbaik Kata-Kata Cinta Paling Romantik
  1. myaa 14th November 2011 10:00 pm

    romantik jg..boleh bg kat tunang ni..;p

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Da bagi tadi. Hehehe.. :p

    [Balas]

    myaa Reply:

    tq..hehehe..;p

    [Balas]

    amin Reply:

    ??
    hai… nie semua jambu ka

    [Balas]

    vin2 Reply:

    best juga bikin pos2 balik kt fb buang boring..heheheh

    [Balas]

  2. musi 15th November 2011 12:47 pm

    salam;
    cinta penyeri kehidupan, tiada cinta tiada apa-apa, ia membuat seseorang bersemangat, tabah, yakin, rajin dan sebagainya. jangan pulak patah cinta ‘bagai kristal digelek tremrool, he he he …
    Artikel terkini daripada musi – Sedarlah – hanya sedikit manusia yang bersyukur

    [Balas]

  3. dryn 30th January 2012 1:24 am

    ad x ayt yg power n jiwang..sy slalu fail bab mngayat..( susah nk memujuk lau dy da mrajuk )
    Artikel terkini daripada dryn – aku benci kawan mkan kawan

    [Balas]

  4. ewinsuske 7th March 2012 5:50 pm

    dia seorang y saya sangat cintai …ad i love her and never find someone like her..but some time we have problem each other

    [Balas]

  5. nabil zuhairi taufiq 28th April 2012 5:56 pm

    so sweet…*_*

    [Balas]

  6. erni 6th May 2012 12:11 am

    saya suka kata2 cinta niy..

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Sy pun.. :)
    P/s: Jan lupa share kata2 ni dengan rakan-rakan lain taw..

    [Balas]

    lynda Reply:

    jgn ckp dah share pun………:0

    [Balas]

  7. syamien 28th June 2012 11:05 pm

    ada ayat2 yg cun2 utk edit kt gmbar x??

    [Balas]

  8. dhia dalysha 15th July 2012 8:04 pm

    sy suka ayt2 cinta nie….

    [Balas]

  9. rina 26th July 2012 8:43 pm

    jangan la kite sesekali menyakiti hati orang yang kite cintakan itu …dan kite haruslah setia kepada cinta

    [Balas]

  10. najiha 4th September 2012 10:57 pm

    sangat romatis… luv it

    [Balas]

  11. anis 22nd September 2012 11:33 am

    best jugak kata2 ni

    [Balas]

    anis Reply:

    sye suka kata2 ni nanti blh share kat fb :)

    [Balas]

  12. arina 2nd December 2012 11:14 pm

    sye ske la ayat nie . so sweet .

    [Balas]

  13. corry maria 12th February 2013 6:22 pm

    cinta itu buta

    [Balas]

  14. AmIrAh EllieSa 12th February 2013 11:19 pm

    so sweet <3

    [Balas]

  15. Ancoi Amy 27th March 2013 10:43 am

    Org kta sumer llaki sbuk nak dpat’n cinta dri stiap org prempuan kat dlm dunia nie..

    Org kta sumer llaki sbuk nak dpat’n cinta p’tma dri sorg prempua…

    Org kta llaki boleh idup tanpa sorg prempuan dlm idup’y…

    Tapi

    aQ hanya ingin’n cinta dri sorg prempuan jer dlm idup nie…

    aQ hnya ingin’n cinta t’akhir & m’jdi llaki yg bleh m’bhagia’n prempuan yg Q cntai…

    aQ x bleh idup tnpa prempuan yg Q cntai..krna driQ rsa x lgkap tanpa’y..

    & org itu adalh kmu syg..

    [Balas]

  16. sugy 4th April 2013 1:38 am

    boleh d cuba ni,,, :D

    [Balas]

  17. shella Garcia 16th April 2013 1:27 pm

    Setiap hari shere ke FB saya yah,,,?

    [Balas]

  18. giuseppe 2nd May 2013 1:22 pm

    I think, what is it ? a lie.

    [Balas]

CommentLuv badge