2 . May . 2012

Isu-Isu Ekonomi Di Malaysia

WALAUPUN dikatakan ekonomi kita sedang dalam situasi yang baik, tetapi terdapat beberapa pendapat yang saling bercanggahan di antara satu sama lain. Ini suatu hal yang biasa. Di dalam mana-mana bidang sekalipun pertentangan pendapat adalah sesuatu yang normal dan tidak harus menjadi suatu hal yang perlu terlalu ditakuti.

ISU isu ekonomi di malaysia

Apa yang lebih penting, pengetahuan terhadap apakah isu-isu ekonomi di Malaysia yang sedang sibuk diperkatakan. Inilah yang menjadi suatu titik tolak yang baik untuk dijadikan permulaan perbincangan. Bukan sahaja perbincangan sesama rakan di kedai kopi tetapi juga kadang kala ditanyakan di sesi-sesi temuduga. Bahkan juga kekadang disoal di dalam sebahagian kertas peperiksaan tertentu.

Berikut disentuh secara ringkas beberapa isu ekonomi. Bolehlah membuat rujukan lanjut anda sendiri untuk mendalami setiap daripadanya.

Kenaikan Harga Minyak
Mengapa berlakunya kenaikan harga minyak mentah dunia? Harga minyak mentah dunia, berpandukan harga minyak mentah jenis West Texas Intermediate (WTI), meningkat kerana:

- Permintaan minyak mentah dunia yang tinggi (85.9 juta tong sehari pada tahun 2007), terutama daripada China dan India, berbanding dengan bekalan (84.9 juta tong sehari) yang mengakibatkan lonjakan harga minyak mentah dunia;

- Keadaan geopolitik yang tidak stabil dan tidak menentu di beberapa negara OPEC seperti Iran dan Iraq yang menjejaskan pengeluaran minyak mentah; dan

- Aktiviti spekulasi pembelian minyak mentah masa hadapan (futures trading).

Pakej Rangsangan Ekonomi
Ini bertujuan meningkatkan pelaburan domestik, memastikan kuasa beli rakyat terus kukuh dan mengurangkan pengangguran melalui program-program latihan dan kemahiran. Kerajaan juga terpaksa mengambil alih pelaburan swasta bagi menggerakkan dan mewujudkan aktiviti ekonomi. Pakej ini juga menjadi penyelamat kepada projek-projek pembangunan rakyat dan negara.

Dasar Penswastaan
Penswastaan mula mendapat perhatian yang wajar di Malaysia mulai pertengahan tahun 1983 apabila Y.A.B. Perdana Menteri melancarkan Dasar Persyarikatan Malaysia yang juga telah menyentuh peranan pihak swasta dalam pembangunan dan pengurusan negara.

Penswastaan adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalization), iaitu satu proses yang menambahkan pemilikan dan penguasaan Kerajaan dalam ekonomi. Pada dasarnya, pengswastaan melibatkan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.

Dasar Halacara Baru Pembangunan Kampung Dan Luar Bandar
Semasa membentangkan kajian Separuh Penggal rancangan Malaysia Ke IV di Parlimen pada 29hb Mac, 1984 Y.A.B. Perdana Menteri telah menekankan bahawa Kerajaan akan terus berusaha sedaya upaya bagi memperbaiki keadaan hidup penduduk-penduduk luar bandar. Selanjutnya, beliau menegaskan bahawa Malaysia mencapai kemerdekaan pembangunan luar bandar telah diberi tekanan yang istimewa oleh Kerajaan.

Dalam ertikata luas, takrif luar bandar yang dimaksudkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri bukanlah merujuk kepada lokasi dari segi fizikal dan geografi tetapi kepada kawasan-kawasan di mana terdapat petani dan nelayan miskin, penduduk miskin di kampungkampung baru dan estet-estet. Membangunkan masyarakat miskin sedemikian adalah merupakan pembangunan luar bandar.

CommentLuv badge