8 . Oct . 2011

Jabatan Imigresen – Buat Semakan Online Status Perjalanan Anda

INGIN melancong ke luar negara? Mungkin ada urusan perniagaan di sana? Atau barangkali ingin melanjutkan pelajaran? Nanti dulu..

semakan status perjalanan imigresen

Jika anda:

1. Seorang pembayar cukai dan ingkar membayar cukai. Mereka ini ada kemungkinan yang amat tinggi untuk di sekat perjalanan keluar negara oleh Jabatan Imigresen.

2. Seorang peminjam PTPTN dan terlupa bahawa anda ada hutang PTPTN. Ada juga yang lain tidak terlupa tapi disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan maka gagal membayar balik pinjaman. Ini juga akan menjadi sebab untuk perjalanan anda disekat pihak Imigresen.

 

Jadi sekiranya anda merupakan salah satu daripada golongan di atas, dengan segera sila semak status perjalanan ke luar negara anda di bawah..

>> Semakan Status Perjalanan Jabatan Imigresen Malaysia <<

Kita tidak mahu, perjalanan penting tergendala disaat-saat akhir. Jadi semak status perjalanan anda siap-siap agar boleh mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi sekatan perjalanan Imigresen itu.

Satu Ulasan Untuk – Jabatan Imigresen – Buat Semakan Online Status Perjalanan Anda
  1. hasnita binti sarah 2nd January 2014 2:29 pm

    perlu tingkatkan sistem online supaya mudah mendapat maklumat dengan cepat

    [Balas]

CommentLuv badge