31 . Jan . 2011

Sila Bayar Yang Perlu Sahaja!


KITA selalu terlepas pandang isu ini dan sedar atau tidak sedar, kita bayar lebih dari apa yang sepatutnya! Ketika mana kita boleh memilih servis atau perkhidmatan yang murah, kita memilih untuk membayar servis yang mahal, kononya lebih ‘classy’. Ketika adanya potongan diskaun pada bulan Ogos, kita memilih untuk membeli pada bulan September dan banyak lagi yang lain yang sudah kita sentuh sebelum ini. Kali ini, saya senaraikan 3 contoh apa sebenarnya yang kita bayar lebih?

interest rates is too high

> Interest pinjaman (kereta, rumah etc)
> Belian kredit mudah (perabot, barangan elektrik etc)
> Caj kad kredit

Anda mungkin sedar tapi memilih untuk buat-buat tak sedar. Sebenarnya anda boleh memilih untuk tidak “membayar lebih” dari apa yang anda perlu bayar. Cuba anda kira berapa sebenarnya interest yang anda perlu bayar untuk pembelian rumah dan kereta, pasti anda akan dapati duit interest itu akan melayakkan anda membeli sebuah lagi rumah yang sama dengan rumah yang anda beli.

Anda boleh beli sebuah lagi rumah dengan duit interest yang anda ‘sedekah’kan pada bank! Semakin banyak tahun yang anda pilih untuk melangsaikan hutang ini, semakin banyak interest yang anda perlu bayar. Bukan sedikit pembaziran yang berlaku di sini, bayangkan apa yang anda boleh buat dengan sejumlah interest tersebut?

Sudahkah anda membaca blog khas yang menyajikan pelbagai panduan khusus untuk mereka yang mengejar impian menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik ini?

Ada yang akan berkata “nak buat macam mana, kereta satu keperluan..”. Anda mungkin salah di sini, dalam kes ini kereta ini bukan lagi asset tapi ianya liability. Anda boleh rujuk buku ‘Rich Dad Poor Dad‘ karya Robert T.Kiyosaki untuk mengetahui nilaian asset dan liability. Satu perkara yang anda harus tahu, nilai kereta akan menyusut dengan kadar kasar sebanyak 8%-10% setahun. Sekiranya anda membeli kereta dengan harga RM40 000, anda akan kerugian RM4000 jika menjualnya pada tahun seterusnya dengan mengandaikan susut nilai 10%. Maknanya anda tidak akan sekali-kali membuat keuntungan dengan menjual kereta di kemudian hari. Tapi berlainan pula halnya berbanding penjualan rumah.

Mengambil hutang untuk membeli rumah mungkin agak berbaloi kerana nilai rumah harganya akan meningkat. Contohnya rumah sekitar daerah Wangsa Maju telah melonjak melebihi 200% berbanding 10 tahun dahulu dan lihat bagaimana anda membuat keuntungan dalam masa 10 tahun. Di samping itu ‘refinancing’ dan cara cagaran semasa pinjaman perumahan dilakukan membolehkan anda mengaut sedikit keuntungan tambahan. Ilmu pembelian, sewaan dan pengurusan hartanah sememangnya menarik untuk dikuasai tetapi saya tak akan ceritakan lebih banyak tentang ini kerana artikel ini akan menjadi lebih panjang. Tapi ianya merupakan ilmu yang anda harus kuasai.

Kembali kepada isu pembelian kereta, mengikut pandangan pakar pengurusan kewangan seperti Azizi Ali dan lain-lain (termasuk saya ehem2), anda hanya boleh dikira mampu memiliki kereta sekiranya anda mampu melangsaikan hutang kereta dalam masa tidak lebih 3 tahun! Lebih parah lagi, perbelanjaan yang ideal dalam nak memiliki kereta hanya apabila  anda mampu melangsaikan hutang tidak melebihi 3 tahun dengan bayaran ansuran bulanan hanya 15% dari gaji anda sebulan. Jika tidak anda dikira tidak mampu memiliki kereta dengan harga yang ditetapkan. Hakikat ini agak payah untuk diterima tapi itulah kenyataannya.

Buat masa sekarang, dengan perkembangan ‘trend’ dan ‘lifestyle’, loan kereta biasa diambil oleh golongan yang baru bekerja adalah dalam lingkungan 7-9 tahun. Anda harus sedar semakin lama tempoh pinjaman, semakin banyak jumlah yang anda perlu bayar dan anda akan terkejut dengan jumlah interest yang anda bayar. Nasihat saya, kira dahulu berapa interest yang anda perlu bayar sebelum membuat keputusan membuat pinjaman pembiayaan dari bank.

Jadi pastikan kita tidak membayar lebih daripada apa yang sepatutnya kita bayar. Paling penting – jangan sekali-kali membayar lebih terutamanya untuk kadar faedah yang tidak perlu kita ambil!

Diharapkan anda mendapat sedikit manfaat dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to our readers by



--> Sedang Mencari Fesyen Baju Dan Tudung Muslimah Terkini? <--

Mahu membaca setiap artikel terkini kami melalui emel? Tiada masalah! Masukkan saja alamat emel anda di bawah dan klik hantar. Selepas itu, sahkan emel anda dengan klik 'Link Pengesahan Langganan' yang kami kirim. Sila rujuk artikel ini untuk penerangan lanjut.

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

3 Komen Untuk – Sila Bayar Yang Perlu Sahaja!
  1. lizz 31st January 2011 3:23 pm

    bagus artikel ni.boleh dijadikan rujukan bila perlu nanti ;)
    Artikel terkini daripada lizz – Page Rank Blog Jatuh So Sadis!!

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Terima kasih singgah.. :)
    Moga bermanfaat buat para pembaca dan untuk peringatan diri sendiri juga.

    [Balas]

  2. [...] Sila Bayar Yang Perlu Sahaja! Satu lagi artikel kewangan dari saya. Khas untuk faedah anda. Bersama kita melihat apakah yang banyak menyedut wang anda untuk membayar Interest kepada pihak bank. [...]

CommentLuv badge