21 . Mar . 2010

Just Do It

tips kewangan motivasi dan kesihatan

KALAU-kalau ada yang terlupa atau memang belum mengetahui. Saya tidak tahu siapa atau apa yang telah meracuni fikiran kita sebelum ini. Saya jangkakan ianya telah berlaku lama dahulu. Lama sebelum saya dan beberapa belas ribu sebaya saya dilahirkan atau lebih awal lagi dari itu. Kerana semasa masih kanak-kanak, saya pernah bertanya kepada jiran kami yang baik hati..

humaa

Saya: “Pakcik, kenapa kita tidak menanam jagung atau getah di belakang rumah?”

Pakcik: “Hish.. Mana ada orang buat macam itu.”

 ——-

Pada masa yang lain saya berasa hairan semasa menemani ibu di huma..

Saya: “Mak, kenapa kita tidak mengusahakan tanaman pisang? Asyik-asyik padi saja.”

Mak: “Tempat ini kurang sesuai. Tumbuhnya pun belum pasti. Tengok, semua orang lain pun menanam padi kan?”

Info, tips dan panduan menghadapi Ujian PAC dan temuduga PTD

——-

Pada hari yang lain, saya berborak dengan bapa sambil duduk di atas tunggul hangus (sisa semasa membuka kawasan huma itu sebulan lalu)..

Saya: “Kecilnya kawasan padi kita ni pak.”

Bapa: “Buat apa mahu besar-besar. Memadai untuk keperluan keluarga kita tahun ini. Itu sudah lebih dari cukup.”

——-

Pada masa yang sama, sedikit kejanggalan terdetik di hati melihat beberapa orang yang lebih berkemampuan dan lebih berada di kampung sebelah dan kampung kami. Kawasan padi mereka lebih besar, menanam beberapa jenis tanaman seperti kacang, getah, sawit, sayur dan jagung. Mereka bertani di tanah yang sama. Namun sebagai kanak-kanak saya tetap mempercayai dan menyerap ke dalam minda. Ia menjadi sebahagian dari lapisan fikiran saya. Saya tidak akan buat sesuatu yang pelik atau berlainan daripada orang lain. Saya tidak akan buat sesuatu kalau tidak pasti. Saya tidak akan buat sesuatu yang berlebihan dari keperluan. Hasilnya, saya menjadi seperti orang lain saja. Melakukan perkara biasa, hidup biasa dan setakat itulah.

Semakin saya membesar, saya lihat mereka yang sangat berjaya ini melakukan sesuatu tanpa banyak keraguan di hati (sudah tentu selepas mempertimbangkan kesemua aspek). Mereka ‘Just Do It’ saja. Melakukan terus. Lagi dan lagi. Kalau gagal mereka bangkit semula. Mengambil risiko yang tidak sanggup disahut oleh orang biasa. Ya.. Mereka rugi. Mereka pernah terbuang, mereka pernah dijadikan bahan gurauan, mereka pernah ditomah dan difitnah. Tapi pada lain kali saya lihat, mereka lakukan dengan jaya pula. Mata saya makin terbuka. Saya lihat kekuatan mereka berbeza dari kita. Saya lihat ketabahan mereka berbeza dari kita. Saya lihat kesanggupan mereka berbeza dari kita. Saya lihat mentaliti mereka berbeza dari kita. Mereka tidak peduli apa-apa, hanya ‘Just Do It’ saja dan bertanggungjawab di atas keputusan yang mereka sudah ambil. Mereka itu tidak melarikan diri. Berdiri kukuh di atas jalan yang mereka ambil. Yakin, optimis dan positif..

Baru saya sedar, rupanya mereka memang berbeza dari kita. Sebab itulah tahap kekayaan mereka juga jauh berbeza dari kita. Sebab itulah mereka lebih handal dari kita. Kita tidak akan pernah setanding dengan mereka. Tidak akan pernah. Melainkan kita mengikut jalan yang mereka lalui.. 

Kami alu-alukan komen anda di bawah dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to you by



--> Koleksi Shawl (Tudung Selendang) Terlaris 2012! <--

Baru pertama kali ke sini? Kami menggalakkan anda menyertai newsletter yang disediakan secara percuma agar anda tidak pernah terlepas perkembangan terkini blog ini. Isikan emel utama anda di bawah dan klik sertai. Nanti kami akan kirimkan emel yang mengandungi 'Link Pengesahan Langganan'. Jangan lupa sahkan ya..

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

6 Komen Untuk – Just Do It
  1. Dila.13 24th March 2010 12:55 pm

    Salam Julmazli,

    betul tu kita kena tanamkan satu semangat ‘Just Do It’ tapi kekadang, ada perkara lain yang menghalangnya. Jadi mungkin kena tukar pendekatan. Waktu itu kena terapkan pulak ‘Anything is Possible’ :)

    Dan thank you kerana exchange link siang tadi :)

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    @Dila.13 – ‘Anything is possible’, wah.. itu cukup bersemangat!
    P/s Terima kasih kembali. :)

    [Balas]

  2. zery6098 25th March 2010 8:32 am

    Assalamualaikum…My 1st comment here.Yup.Kita takkan berjaya tanpa mencuba dan gagal terlebih dahulu.Orang yang bangkit dari kegagalan ni lagi bersedia untuk menghadapi sebarang musibah di masa akan datang.Insyaallah.Bro.aku pon newbies jugak dalam dunia online ni.Setengah tahun jagung.hehe

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    @zery6098 – Wkslm wbt..
    Ada orang tidak mahu mencuba kerana takut gagal. Mereka itu yang dimaksudkan di sini.
    Hehee.. Jagung juga (tiba-tiba teringat jagung bakar).
    Semoga first comment menjadi second dan seterusnya..

    [Balas]

  3. tokbatin 14th May 2010 5:37 am

    Salam. Perkara sebegini terjadi kerana diri kita sering dan acapkali sebenarnya dimomok-momokkan perkara tentang kegagalan dan ketakutan sedari kita kecil sehinggalah dewasa. Kesannya ianya telah mempengaruhi, menawan dan mengongkong hampir separuh daripada kehidupan kita sebenarnya. Apabila fikiran dan minda bawah sedar kita tidak digerakkan untuk berfikir di luar kotak maka kita akan tetap terus di situ menunggu masa untuk mati sebelum mati.
    Kita generasi hari inilah yang akan mengubahnya dan yakinlah dengan kekuatan yang kita ada secara bersama kita pasti dapat mengubah dunia menjadi lebih baik akhirnya.

    [Balas]

  4. [...] selepas sahaja hamba menerbitkan dua post kelmarin. Satu post hiburan santai dan satu artikel motivasi pendek. Maka hamba pun keletihanlah. Manakan tidak, di sebelah awal pagi hamba sudah bertarung kencang [...]

CommentLuv badge