26 . Mar . 2011

Kata Mutiara Daripada Abu Bakar As-Shiddiq

SIAPA yang tidak kenal dengan saidina Abu Bakar Ash-Shiddiq. Seorang khalifah yang unggul. Berkuasa penuh ke atas ribuan batu jajaran jajahan empayar Islam. Memiliki sikap-sikap yang terpuji. Pujaan ramai pihak termasuk rakan dan lawan. Malah beliau merupakan orang kedua terbaik selepas Rasullullah. Sungguh beliau cukup hebat sekali.

kata mutiara khalifah abu akar

Kita tidak mahu bicarakan riwayat hidup beliau kali ini. Hanya saja saya ingin berkongsi dengan anda beberapa kata mutiara daripada beliau. Kalau-kalau ianya sesuai untuk anda dan boleh diaplikasikan di dalam kehidupan seharian.

 

Antara kata mutiara Abu Bakar Ash-Shiddiq:


panduan lengkap temuduga penolong penguasa kastam w27
>>Contoh Soalan & Jawapan Temuduga Sektor Awam!<<

1. Aku adalah manusia biasa dan aku bukanlah manusia yang terbaik di antara kamu. Apabila kalian melihat perbuatanku benar, ikutilah aku. Tapi bila kalian lihat perbuatanku salah, maka betulkanlah.

2. Ah.. Aku ingin menjadi rumput saja, supaya dimakan oleh kuda (kerana sangat ngerinya akan siksaan Allah).

3. Orang yang cerdas ialah orang yang takwa. Orang yang dungu adalah orang yang derhaka. Orang yang dusta ialah orang yang khianat. Orang yang yang benar adalah orang yang dapat dipercayai.

4. Kami diuji dengan kesusahan, maka kami sabar. Tetapi ketika kami diuji dengan kesenangan (kemewahan), hampir-hampir kami tidak sabar.

5. Manusia yang paling celaka ialah raja-raja. Kebanyakan mereka, ketika berkuasa bersikap zuhud terhadap harta sendiri tetapi tamak kepada harta orang lain.

2 Komen Untuk – Kata Mutiara Daripada Abu Bakar As-Shiddiq
  1. musi 27th March 2011 8:35 am

    Assalamualaikum;
    tuhan takdirkan kita menjadi manusia yang sebegitu rupa, kewajipan kita untuk meletakkan diri kita berhampiran di sisi tuhan n rasulnya dengan bertakwa.

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Begitulah fitrah manusia yang sebenarnya.. :)

    [Balas]

CommentLuv badge