Julmazli Dot Com

Dimana Dunia Online Dan Offline Bertemu..

By

Kelebihan Membaca Al-Quran Semasa Ramadhan

TIDAKLAH saya ini arif hal-hal agama. Melainkan apa yang cuba disampaikan kali ini adalah salinan semula hadis-hadis Rasullullah yang bersangkut-paut dengan fadhilat membaca Al-Quran. Al-maklumlah, haruman Ramadhan semakin hampir. Jadi mood puasa juga semakin jelas.

kelebihan membaca al quran semasa ramadhan

Sebelum menyenaraikan kelebihan-kelebihan membaca Al-Quran, saya dengan penuh rasa ukhuwah dan kemesraan mengucapkan – Selamat Berpuasa sempena Ramadhan 2012 dan jangan lupa merujuk waktu berbuka puasa & imsak 2012. Kepada semua pembaca blog ini yang amat saya hargai. Jangan berlebihan semasa berbuka puasa, nanti bukan kurang malah bertambah pula berat badan lepas raya nanti.

Kita teruskan ya. Jadi antara kelebihan membaca Al-Quran terutamanya di dalam bulan Ramadhan adalah seperti mana yang pernah diriwayatkan di bawah:

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah al-Quran yang mulia.”

Ulasan:
Membaca al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yan lain. Oleh itu membaca al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

Rasulullah s.a.w telah bersabda bermaksud: “Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib) bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran.

Sabda Rasulullah lagi bermaksud “Sesungguhnya Al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh.

Daripada Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air.” Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula? Sabda baginda lagi: “Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”

Dari Ibn Mas’ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tidap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan ‘Alif Lam Mim ‘ satu hurf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda “Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.”

Begitu banyak sekali kelebihan membaca Al-Quran ini. Namun, satu persoalan lain timbul – bagaimana pula dengan mereka yang kurang lancar membaca Al-Quran? Kalau masih budak, senanglah. Cari saja ustaz atau guru-guru untuk belajar mengaji (orang dewasa pun sebenarnya tidak salah melakukannya). Tetapi sudah menjadi kelaziman pada waktu ini, kebanyakan daripada kita berasa agak segan untuk duduk belajar mengaji semula dalam usia yang semakin bertambah. Malu dilihat rakan mahupun jiran. Tetapi Alhamduliah, teknologi datang bersama dengan kebaikan dan keburukannya. Dan antara kebaikan yang dibawakannya adalah kemampuan kita meningkatkan mutu bacaan Al-Quran dengan secara sendiri menggunakan Al-Quran Digital.

Saya tidaklah mahu bercakap panjang berkenaan kelebihan-kelebihan Al-Quran Digital memandangkan saya bukanlah berniat untuk mempromosikannya kepada anda. Cuma saja ini adalah satu daripada sekian banyak jalan penyelesaian yang mudah. Sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan meraih pahala yang berlipat kali ganda di bulan Ramadhan ini hasil membaca Al-Quran.

2 Responses to Kelebihan Membaca Al-Quran Semasa Ramadhan

  1. musi says:

    Salam;
    Kelebihan membaca surah al-Baqarah – salah satu ialah untuk penyembuhan. insyaallah!
    Artikel terkini daripada musi – Sekadar Kemerdekaan ?

    [Balas]

  2. ahmadyani says:

    Amalkan membaca al Quran walaupun seayat satu hari. Semoga hidup menjadi berkat.
    Artikel terkini daripada ahmadyani – Sisi Ungku Aziz Yang Jarang Diketahui

    [Balas]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge