Julmazli Dot Com

Dimana Dunia Online Dan Offline Bertemu..

By

Kenapa Anda Perlu Melakukan Pelaburan?

PELABURAN semakin musatahak pada hari ini dan pada masa akan datang. Kepentingannya kita tidak dapat jangkakan. Tambahan lagi ia adalah jaminan sosial yang diperlukan hampir oleh semua orang.

apa perlunya pelaburan

Mungkin ada yang berkata, ‘saya tidak pernah melabur di dalam pasaran saham’.

Adakah saya kata melabur itu hanya terhad di dalam pasaran saham sahaja? Sudah tentu tidak. Pelaburan memiliki skop makna yang luas dan subjektif untuk setiap orang. Ada yang melabur di pasaran wang (termasuk apa yang dikatakan saham itu), ada yang melabur di pasaran komoditi (rumah, tanah dan tanaman), ada yang melabur di dalam pendidikan (menambah kemahiran dan kebolehan), masa dan pelbagai jenis pelaburan lagi.

Saya rasa anda sudah dapat sedikit gambaran sekarang.

Sebenarnya kenapa perlu melabur? Secara umum, anda perlu melabur untuk tujuan memastikan kelangsungan hidup di masa hadapan yang tidak menentu. Tiada sesiapa yang pasti apakah yang bakal berlaku 20 ke 30 tahun akan datang. Melainkan anda seorang yang dikurniakan kebolehan istimewa.

Bagi memastikan semuanya berjalan dengan baik, usaha melabur diperlukan. Ini akan menjadi suatu perkara yang akan memastikan kita masih mendapat pulangan yang boleh digunakan kelak walaupun ketika itu kita sudah tidak mampu lagi bekerja untuk mencari nafkah.

Saya andaikan anda sudah ada sedikit simpanan sedari beberapa tahun yang lampau. Ini bagus sebenarnya. kalau belum, mulakan hari ini juga. Kini, sudah tiba saatnya untuk anda mahu melihatnya berkembang dengan lebih baik dan sedikit pantas. Saya suka menggunakan perkataan ‘sedikit’ kerana di sinilah kebanyakan orang akan terperangkap.

Ada sesetengah daripada kita yang tidak sabar mahu melihat wang mereka tumbuh dengan cepat. Apakah caranya? Itu tidak menjadi soal. Janji pantas. Tetapi malang sekali, kerana inilah yang akan mencambahkan perasaan tamak haloba di dalam diri.

Walaupun tamak itu bukanlah terlalu buruk secara keseluruhannya tetapi keburukan paling ketara dibawa oleh perasaan ini ialah:

a. berfikiran jangka pendek
b. kurang berhati-hati.

Selain itu, melabur juga merupakan kaedah untuk mencapai suatu matlamat kewangan seperti dana pembelian rumah baharu, kos pendidikan anak-anak, membeli barangan besar dan pastinya mengapai impian kewangan anda.

Atas alasan ini, kalau anda mahu atau perlu untuk membuat banyak wang maka tiada jawapan lain – perlulah melabur. Kecualilah anda sanggup meminta-minta kepada saudara mara atau pihak kerajaan.

Melaburlah untuk masa hadapan anda. Anda tidak boleh menyerahkan masa hadapan anda kepada pihak lain, walaupun mungkin ada yang peduli tetapi adalah jauh lebih bijak bergantung kepada pelan kewangan anda sendiri. Kita tidak mahu menjadi seorang tua yang menyusahkan anak-anak dengan menjadi bebanan kewangan kepada mereka. Ini tidak salah tapi bukanlah suatu pilihan yang menarik.

Tentang jenis pelaburan yang sesuai dan dimana tempat pelaburan yang bagus untuk dipertimbangkan, ia adalah pilihan anda sendiri. Buka mata dan lihat sekeliling. InsyaAllah anda akan nampak kalau memang mahu melihatnya. Tetapi gunakanlah minda pelabur dan bukannya minda pekerja.

728X90

4 Responses to Kenapa Anda Perlu Melakukan Pelaburan?

  1. musi says:

    Assalam..m;
    Perancangan bagi menjamin masa depan dengan melabur paling tepat dan dianjurkan, melabur bidang pendidikan juga amat digalakkan seperti diri dan pendidikan kepada anak-anak n saudara mara. Ada ketikanya wang yang disimpan juga perlu dibelanjakan demi memberi peluang kepada anak-anak kita untuk belajar di IPT(yang ni belanjanya sangat besar, boleh habis simpanan. . ha ha)

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Perancangan yang baik adalah ‘memilih pelaburan yang tepat’. Ia adalah perkara yang sama sebenarnya. :)

    [Balas]

  2. ahmadyani says:

    Pelaburan ialah untuk memastikan hati kita tenang. Tujuan pelaburan ialah untuk memastikan kita ada jaminan masa depan. Semua orang akan tenang bila hidupnya ada jaminan. Saya hanya tahu melabur dalam saham amanah, jenis pelaburan lain tidak mahir…masih belajar.

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Saham amanah juga bagus. ASB termasuk dalam saham amanah jenis income (untuk pelabur jenis konservatif).. :)

    [Balas]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge