Kesan Pencemaran Bunyi Terhadap Persekitaran Dan Pendengaran
- Julmazli Dempollok Menulis Dalam Kategori: Kesihatan
PENCEMARAN bunyi adalah keadaan dimana sesuatu bunyi itu tidak disukai kerana memberi ketidakselesaan terhadap pendengaran. Secara saintifik, ia didefinisikan sebagai signal yang tidak memberi apa-apa informasi dan kekuatannya berubah secara mendadak dari masa ke semasa.

Pencemaran bunyi mungkin tidak diambil perhatian secara serius namun ia juga memberi kesan buruk terhadap dunia pada masa kini. Pencemaran bunyi berpunca daripada kenderaan, perindustrian, pembinaan, persekitaran dan sebagainya.
Jenis-Jenis bunyi bising adalah:
Steady Wide Band Noise
Meliputi bunyi dengan batas ulangan yang luas, contohnya mesin biasa, keriuhan di Pasar dan trafik.
Steady Narrow Band Noise
Tenaga bunyi tertumpu kepada ulangan tertentu seperti mesin rumput, gergaji rantai, dan pengetam.
Impact Noise
Bunyi tunggal yang pendek seperti letupan, tembakan dan senjatapi.
Repeated Impact Noise
Bunyi tunggal yang berulangan seperti memaku dan memahat.
Intermittent Noise
Seperti pengangkutan udara dan lalulintas.
Dua kesan daripada pencemaran bunyi yang paling ketara ialah gangguan terhadap persekitaran dan gangguan pada kesihatan manusia itu sendiri. Kita lihat satu persatu..
Menggangu Persekitaran
Kesan-kesan pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising dan melampau. Pencemaran bunyi menyebabkan keadaan persikitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta hidupan lain terganggu. Haiwan juga akan merasa takut dan berasa terpaksa berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap. Ini akan menyebaban gangguan ekosistem dan member masalah kepada manusia juga.
Masalah Pendengaran Manusia
Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan pendengaran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan
Kesan-kesan di luar telinga pula adalah seperti kesan fisiologi iaitu meningkatkan tekanan darah, meningkatkan pergerakan otot, meningkatkan pergerakan gastrik dan pembesaran pupil. Seterusnya kesan psikomatik seperti sakit kepala, pening, loya, muntah, pergerakan mata tak dapat dikawal, gangguan percakapan, dan juga memberi kesan kepada tingkahlaku.
P/s Bagi anda yang akan menduduki ujian MUET pada 13hb dan 16hb April ini, mungkin Panduan Lulus Cemerlang MUET! ini berguna sebagai bacaan tambahan dan persediaan awal.






musi 5th April 2011 12:09 pm
salam;
pencemaran bunyi membuatkan gangguan, tekanan, sakithati,rasa bosan, gelisah dsb; jadi kena hati-hati kepada jiran, kot-kot kita mengganggunye.
[Balas]
Julmazli Dempollok Reply:
April 5th, 2011 at 1:21 pm
Hahaha.. Iya itu juga satu daripada pencemaran bunyi.
[Balas]
biebieanna Reply:
July 25th, 2011 at 7:38 am
tau tak pa…..
[Balas]
biebieanna 25th July 2011 7:37 am
kalau bunyi orang jerit itu pun salah satu pencemaran bunyi ke?
[Balas]
Julmazli Dempollok Reply:
July 26th, 2011 at 1:57 pm
Kalau berulang-ulang, kerap, berpanjangan dan mengganggu oran lain. Memang iya.. Sama ada menggunakan pembesar suara mahupun tidak.
[Balas]
diana amalia Reply:
July 5th, 2012 at 9:05 pm
ye la kot…
[Balas]
izham pre-u 15th November 2011 9:41 pm
saya rasa pencemaran bunyi bukanlah sesuatu yang patut di pandang enteng kerana ia akan membawa kesan yang buruk kepada individu yang terjerumus dengannya.Walau bagaimanapun dengan perkembangan dalam bidang yang berkaitan kita dapat menangkisnya lagi.
[Balas]
subathira 10th May 2012 6:36 pm
ser i want pencemaran dan kesan darat
boleh tolong saya tak?
[Balas]