21 . Jan . 2012

Khas Untuk Peperiksaan Penguasa Kastam W41

tips kewangan motivasi dan kesihatan

AGAK heboh sedikit diperkatakan di kalangan rakan-rakan sama ada di Facebook mahupun Twitter mengenai suatu exam yang akan diadakan tidak lama lagi. Exam apakah itu? Apalagi kalau bukan – peperiksaan Penguasa Kastam W41.

panduan khas peperiksaan penguasa kastam

Jadi teringin pula berkongsi sedikit berkenaan peperiksaan ini. Mungkin ada yang kurang faham mengapakah di dalam syarat lantikan sebagai Penguasa Kastam itu terdapat perbezaan ketara di antara calon berkelayakan Ijazah Sarjana Muda lain dengan calon yang memiliki Sarjana Muda Perakaunan? Itu adalah disebabkan keperluan tugas sebagai seorang Penguasa Kastam yang memerlukan seseorang pegawai itu mahir dalam memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif serta membuat taksiran harga pungutan bagi duti kastam.

Ini memang tidak boleh dilakukan sambil lewa dan tanpa asas perakaunan yang kukuh. Sebab itulah beza di antara matagaji permulaan bagi pegawai berkelulusan Ijazah lain dan Ijazah Perakauanan agak ketara. Dimana Ijazah lain pada matagaji W41 T1, sementara Ijazah Perakauan (di samping menjadi ahli badan ikhtisas perakaunan yang diiktiraf) adalah pada matagaji W41 T3!

Jadi kita lupakan sementara tentang hal gaji itu, tidak kiralah dapat tangga mana pun kan. Kerana apa yang paling penting sekarang ini adalah untuk lulus peperiksaan Penguasa Kastam W41 dahulu!

Ingin saya kongsikan sedikit bentuk dan format soalan peperiksaan bertulis Penguasa Kastam kali ini. Oh.. ya, sebelum itu, tips ini saya petik daripada format peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Ini adalah kerana kedua format peperiksaan ini (dan exam-exam SPA lain) adalah lebih kurang. Hanya sedikit sahaja perbezaannya!

Bentuk dan format peperiksaan Penguasa Kastam W41:

1. Seksyen A (pengetahuan am)
- Merangkumi pengetahuan am mengenai Malaysia sperti sejarah, struktur pentadbiran, skop tugasan badan dan perjawatan, isu nasional, pentadbiran negara, tarikh dan fakta penting serta lain-lain perkara di luar skop.

2. Seksyen B (daya penyelesaian masalah)
- Ini adalah bahagian yang akan menguji daya penyelesaian masalah. Termasuk interpretasi masalah, logik IQ dan sebagainya.

3. Seksyen D (esei Bahasa Malaysia)
- Ini adalah bahagian karang-mengarang menggunakan Bahasa Malaysia. Penulisan esei yang bermutu dari semua aspek harus anda tonjolkan di sini.

Info, tips dan panduan menghadapi Ujian PAC dan temuduga PTD

4. Seksyen E (esei Bahasa Inggeris)
- Untuk seksyen ini, anda mesti menzahirkan kemampuan yang tinggi dalam penulisan, pengolahan dan penyusunan idea-iddea bernas menggunakan  Bahasa Inggeris.

Sedikit tips semasa menduduki exam Penguasa Kastam itu nanti:

- Elakkan rasa gemuruh yang keterlaluan -
Kerana ini akan menganggu kosentrasi menjawab dan menjejaskan keyakinan seseorang. Ini kalau terjadi, soalan mudah pun boleh tak boleh jawab. Tenang saja. Bertawakal pada Allah.

- Jangan sesekali cuai -
Sebelum bertolak dari rumah atau dari rumah sewa, pastikan segalanya sudah ada. Pen, pensil, pemadam, kertas kosong (mungkin ada gunanya nanti) dan lain-lain kekerluan. Paling utama, jangan pula tertinggal surat panggilan peperiksaan.

- Datang awal -
Ini akan dapat mengelakkan kejadian tidak diingini misalnya terperangkap di dalam kesesakan lalulintas, tertinggal bas, terlepas teksi dan seumpamanya. Lagi pula, dengan sampai awal anda akan ada masa membiasakan diri dengan keadaan baharu. Ini penting dalam membina keyakinan dan rasa selesa.

- Jawab soalan esei -
Tidak perlu diingatkan sebebenarnya tentang perkara ini. Tetapi ada juga yang berserah bulat-bulat pada takdir. Mahu lulus peperiksaan tetapi tidak jawab soalan esei BI. Macamana tu? Boleh tak boleh mesti jawab juga. Tunjukkan segala kemahiran yang anda miliki untuk dinilai pemeriksa.

Semoga tips tambahan ini membantu dalam kejayaan anda nanti. Kalau lulus peperiksaan Penguasa Kastam itu nanti, jangan lupa ke sini untuk berkongsi berita gembira itu dengan saya ya.

Setelah memerhatikan format di atas, apa yang boleh disimpulkan ialah pada keluasan pengetahuan dan kemahiran spesifik. Masalah utama sesiapa jua yang akan menduduki exam adalah dimana untuk mencari sumber rujukan tepat dan merangkumi kesemua topik dalam masa singkat? Adakah itu yang bermain di fikiran anda?

Nah.. Jangan bimbang kerana rujukan khas peperiksaan Penguasa Kastam ini memang ada dijual. Ia dijual secara online. Harganya pun murah. Daripada pening-pening kepala mencari segalanya sendiri. Lagipun ia memang lengkap kerana merangkumi kesemua seksyen yang dibincangkan di atas bahkan ada contoh esei BM dan BI lagi. Akhir kata, selamat menduduki peperiksaan Penguasa Kastam kepada semua calon. Semoga berjaya!

?

Update Terkini: Pakej rujukan peperiksaan bertulis Penguasa Kastam W41 sudah ditutup jualannya. Nampaknya anda sudah terlewat. Walaubagaimanapun, untuk tidak menghampakan anda, sila dapatkan nota ringkas cukai perkhidmatan berdasarkn bajet 2011 ini. Ia mungkin membantu sedikit sebanyak di Seksyen A itu nanti.

Sila tinggalkan komen di bawah dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to you by



--> Jemput Melawat Kedai Barangan Muslimah Kami <--

Tidak mahu terlepas post terkini? Kami akan ingatkan anda melalui emel! Masukkan alamat emel anda di bawah dan klik hantar. Jangan lupa periksa emel anda dan klik 'Link Pengesahan Langganan' yang kami kirimkan. Sila rujuk artikel ini untuk penerangan lanjut.

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

34 Komen Untuk – Khas Untuk Peperiksaan Penguasa Kastam W41
  1. Aishah 21st January 2012 8:24 pm

    Salam . Selain dari order online , di mana saya boleh dapatkan buku panduan peperiksaan Penguasa Kastam WK1-1 ni ? Sekian terima kasih .

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Wkslm Aishah.. Apa khabar?
    Panduan peperiksaan Penguasa Kastam WK1-1 ni adalah dalam bentuk eBook dan dibaca melalui komputer (boleh print juga kalau mahu). Panduan ini dijual secara online sahaja. Ia memang tidak ada di kedai-kedai buku biasa.

    [Balas]

  2. ayu 24th January 2012 4:06 pm

    salam.just nak tanya.adakah pemeriksaan fizikal juga dibuat pada hari yang sama dengan hari peperiksaan.sekian,terima kasih.

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Wkslm. Setahu saya, kalau tidak silap la. Tidak. Ini hanya exam bertulis sahaja.. :)

    [Balas]

  3. ayu 24th January 2012 5:32 pm

    ok,terima kasih.dan saya juga nak tanya, kalau kita pernah mengalami kemalangan dan tangan berparut,adakah kita layak untuk jawatan ini.

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Parut yang kecil atau tidak begitu jelas serta tidak menjejaskan struktur tangan adalah tindak dianggap sebagai kecacatan. Jika ianya kecil sahaja, memang tidak menjejaskan apa-apa. :)

    [Balas]

  4. lyn 24th January 2012 9:23 pm

    nak exam nnt ni.. terasa seram sejuk pula… xtau mcm mna nnt…takut ni..

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Takpa.. yang penting sudah bersedia sedikit sebanyak. Buat yang terbaik sahaja dulu. Perkara lain kita fikirkan kemudian. Banyakkan selawat dan berfikiran positif.. :)

    [Balas]

  5. Suhana 25th January 2012 11:32 am

    Salam.nk tye…sy da clik nk order tp nape dpt ptd pnye plak bkn kastam?harap sgt bleh beli

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Wklsm Suhana..
    Sebenarnya panduan asal ini adalah untuk exam PTD. Tetapi ia sudah diubahsuai sedikit oleh pemiliknya agar sesuai untuk kegunaan peperiksaan Penguasa Kastam. Jadi ia masih lagi begitu di dalam borang order. Harap maklum berkenaan hal ini ya.. :)

    [Balas]

    Suhana Reply:

    ok…tq….bleh pkai jgak la utk kastam ek…ok tq..

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Iya. Boleh pakai. Jangan bimbang.. :)

    [Balas]

  6. zyma ismail 26th January 2012 11:38 am

    salam.. sya nak tny, ebook yg pakej platinum nie mmg dah sold out ke?? mmg dah tak dapat nak bli la eh utk pakej 2??

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Wkslm WBT..
    Memang tak boleh beli la nampaknya.. :)

    [Balas]

  7. cva 27th January 2012 10:45 pm

    Salam.

    Hi, ini adalah kali pertama saya visit your website.
    saya ingin order pakej contoh soalan spa from you.
    bagaimana cara order dan membayaranya.
    Please advise, how to login to buy.
    Thanks.

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Hai Cva..
    1. No need to login.
    2. Anda hanya perlu klik link ini: http://goo.gl/yrOs4
    3. Sampai sana, klik order button. Baca dan fahami arahan yang diberi. Ia jelas sahaja. Jangan bimbang..
    P/s: My friend, Mr. Muaz Hadi will help u there.. :)

    [Balas]

  8. nancy 30th January 2012 11:10 am

    hai…
    saya ingin bertanya…ketinggian saya cuma 150cm, adakah saya layak untuk melepasi ujian fizikal andai lulus exam nanti?saya dah google..tp semua fakta menerangkan hanya wanita dgn ketinggian 157cm dpt lepas..btl ke?

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Nampaknya begitulah.. :)

    [Balas]

    nancy Reply:

    wah..kalau mcm tu sia2 jelah sy nak duduk periksa…uhuhu :-( …sy dh beli tips ptd pakej premium thn lepas utk test ptd m41…

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Takpa Nancy. Duduk exam saja macam biasa. Saya doakan Nancy berjaya. Lagipun rezeki orang tak siapa yang tahu kan.. :)

    [Balas]

    nancy Reply:

    thank you…saya study sikit2 especially ekonomi asas form5 yang menyentuh ttg duti, tarif dan sbgnya…

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Nancy, cuba ambil nota garispanduan mengenai pelaksanaan pengenaan cukai perkhidmatan berdasarkan Bajet 2011 melalui link ini: http://goo.gl/yrOs4

    Mungkin ia membantu sedikit sebanyak di Seksyen A exam itu nanti. :)

    [Balas]

  9. nekisa 30th January 2012 9:31 pm

    saya dah penah beli bukun 0n9 ni pada tahun 2010…untuk peperiksaan spa J41… mengikut info di atas mengatakan ia lebeh kurang sahaja dengan peperiksaan PTD.. perlu ker saya beli lagi?? banyak sangat ke perubahan… minta pandangan.. terima kasih

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Saya fikir anda tidak perlu beli semula. Walaupun ada sedikit perubahan tetapi ia hanya dalam lingkungan 20% sahaja. Bacaan tambahan dan carian di Internet mengenai topik berkaitan Kastam, Undang-undang import eksport dan percukaian memadai menampung perubahan tersebut.. :)

    [Balas]

  10. Sha 31st January 2012 11:14 am

    Salam. Nak tmpg tnya boleh? Untuk Penguasa Kastam wk1-1, lepas pass exam akan ada ujian kecergasan. Adakah BMI & ujian penglihatan di ambil kira? Sbb dr pembacaan sy , hnya ada lbey kurang 8 jwtn grek 1 yg kena melalui proses ini & Penguasa Kastam wk1-1 bkan slah 1 darinya. Walaubagaimanapun, saya masih memerlukan kepastian bkaitan perkara ini. Hrap dpt membantu. Terima kasih.

    [Balas]

  11. LYNDA 31st January 2012 5:19 pm

    salam,, nk tanya sy br jer dpt surat pekse ni , tp dah terlewar utk sy dptkan panduan ni,,, jd boleh x sy nk beli lg tq

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Maaf saya Lynda.. :)
    Pemilik panduan ini sudah menutup jualan. Saya pun tidak boleh berbuat apa-apa.

    [Balas]

  12. erin 3rd February 2012 9:54 am

    salam, saya terlepas membeli buku panduan peperiksaan kastam. saya ingin meminta bantuan daripada tuan/puan sudilah kiranya email kepada saya contoh esei bahasa inggeris sahaja ke erin.arshad@yahoo.com.Harap dapat membantu. Terima kasih.

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Maaf saya Erin, saya tidak mempunyai kebenaran untuk mengedarkan panduan ini secara percuma kepada mana-mana individu. Boleh cuba hubungi pemilik asal melalui borang hubungi di laman ini: http://goo.gl/yrOs4

    [Balas]

  13. zubaidah 3rd February 2012 3:42 pm

    salam,boleh pakai jeans tak :p

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Tidak digalakkan untuk wanita. Seeloknya seluar panjang daripada bahan kain seperti cotton, skirt labuh bawah betis atau berbaju kurung. Tentu manis dipandang.. :)

    [Balas]

  14. Adam 8th March 2012 4:28 pm

    Adalah keputusan peperiksaan kastam ini keluar pada tanggal 9 March?

    [Balas]

  15. lyn 15th March 2012 10:10 am

    huhuhu…. failed……

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Takpa. InsyaAllah di lain masa dan lain tempat pasti ada rezeki lain untuk Lyn pula.. :)

    [Balas]

CommentLuv badge