20 . Aug . 2011

Langkah Mengatasi Banjir Kilat Di Tempat Anda

HARI ini kita berbual mengenai banjir. Dalam pengertian yang mudah, banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat yang luas.

banjir kilat kuala lumpur

Musim tengkujuh yang berterusan biasanya akan membawa kesan negatif kepada alam sekitar seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya. Kejadian ini memerlukan pengendalian yang melibatkan sumber, peralatan dan tenaga manusia dari pelbagai agensi serta penyelarasan yang berkesan.

Kemungkinan juga memerlukan tindakan yang kompleks untuk satu jangka masa yang panjang. Kawasan yang mudah dilanda banjir bagi Negara Malaysia adalah dianggarkan seluas 29,800 km persegi ataupun 9% daripada luas tanah negara.

Bagaimanapun kita tidak mahu berbicara panjang berkenaan banjir akibat musim tengkujuh. Apa yang ingin saya fokuskan adalah berkenaan banjir kilat. Kebiasaannya negeri-negeri yang kerap menghadapi banjir kilat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur.

Kawasan yang paling kerap mengalami banjir kilat di Kuala Lumpur:

- Klang River, Gombak River, Batu 3 Shah Alam
- Masjid Jamek, Sungai Besi
- Dang Wangi, Damansara River

Berikut digariskan beberapa panduan ringkas untuk anda ambil sekiranya tinggal di kawasan yang mudah mengalami banjir kilat atau jika terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kawasan anda tinggal kini berpotensi mengalami banjir kilat.

Langkah jangka panjang atasi banjir kilat:
· Pengubahsuaian rumah, meningggikan rumah, struktur yang kukuh
· Membina rumah di tempat yang tinggi
· Pengambilan insuran untuk individu dan harta

Menyentuh mengenai langkah kejuruteraan yang dilaksanakan bagi mengatasi permasalahan banjir kilat di ibu negara, Kerajaan tidak hanya bergantung kepada Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART). Ini kerana SMART hanya dikatakan berfungsi mengalirkan lebihan air dari Sungai Klang dan Sungai Ampang sahaja.


panduan lengkap temuduga penolong penguasa kastam w27
>>Contoh Soalan & Jawapan Temuduga Sektor Awam!<<

Beberapa alternatif lain turut diambil dalam menangani banjir kilat termasuk membina kolam takungan dan stesen pam. Kolam takungan akan berfungsi menyimpan lebihan air bagi mengelakkan banjir berlaku di pusat bandar manakala stesen pam pula berfungsi untuk mengepam lebihan air dari sungai ke kawasan takungan.

Langkah lain melibatkan kerja-kerja melurus, melebar dan mendalamkan sungai seperti Sungai Kerayong dan Sungai Penchala bagi mengelakkan masalah banjir kilat. Selain itu, projek menaik taraf parit-parit induk di sekitar ibu kota serta mengenal pasti lokasi parit induk yang baru turut dilakukan.

Apa yang penting, kesemua saluran air perlu ini perlu dikawal daripada sebarang gangguan pembuangan sampah sarap dan pemendapan untuk mengelakkan daripada banjir kilat yang kerap melanda kawasan bandar. Apabila semua projek ini siap sepenuhnya, ia dijangka berupaya mengatasi masalah banjir di semua kawasan di ibu negara.

3 Komen Untuk – Langkah Mengatasi Banjir Kilat Di Tempat Anda
  1. ahmadyani 20th August 2011 10:35 pm

    Tabiat membuang sampah dalam longkang dan sungai yang juga dianggap longkang belum terhapus di kalangan sebahagian masyarakat Malaysia yang menyumbang banjir kilat.

    Pendidikan membuang tabiat ini mesti termasuk dalam langkah mencegah banjir.

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Ini perlu diubah dengan kempen yang sesuai. Lebih awal, lebih baik. Misalnya sedari kanak-kanak lagi.. :)

    [Balas]

  2. anting limpoh 15th September 2014 4:01 pm

    pembangunan mestilah terancang dan teratur.terutamanya kawasan yang berhampiran dengan sungai,tempat yang agak rendah mestilah di tinggikan dan parit haruslah luas dan dalam..pihak kerajaan haruslah membuat kajian pada tempat tersebu8t sebelum memulakan pembangunan.biasanya kawasan tanah rata cepat banjir kerana sungai yang panjang,ini bermakna pihak kerajaan haruslah mengambil kira kepanjangan sungai tersebut dan bilangan anak sungai yang menuju ke sungai besar.

    [Balas]

CommentLuv badge