Julmazli Dot Com

Dimana Dunia Online Dan Offline Bertemu..

By

Loan Calculator: Mengira Kelayakan Pinjaman Perumahan Anda

TIDAK dapat tidak, pada akhirnya sama ada suka atau tidak anda pasti akan terpaksa membeli rumah juga. Jika memang bernasib baik misalnya tinggal di kampung pun anda masih juga akan terpaksa membina sendiri rumah (dengan kos pembinaan). Amat jarang sekali seseorang mampu membeli rumah secara tunai. Bagi kebanyakan pekerja, pinjaman perumahan la jawabnya.

pinjaman perumahan kerajaan

Berikut adalah kelayakan baharu pinjaman perumahan seseorang mengikut jadual yang dikeluarkan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia melalui laman web rasminya. Jadual kelayakan ini berkuatkuasa mulai Januari 2011.

jadual kelayakan pinjaman perumahan

Kadar kelayakan di atas digunapakai untuk Hakim-hakim Mahkamah Agong/Mahkamah Tinggi dan yang setaraf dengannya, Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam Am, Anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pendek kata untuk kebanyakan kakitangan awam la.

Jika anda memilih untuk memohon pinjaman perumahan kerajaan (daripada Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia), anda boleh gunakan loan calculator di bawah. Bagaimanapun untuk makluman anda, pengiraan anggaran bayaran balik pinjaman adalah berbeza mengikut Panel Takaful/Insuran yang dipilih. Tapi kenapa perlu insurans pula? Sebab peminjam diwajibkan mengambil Insurans atau Takaful Gadai Janji dan Insurans atau Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh pihak berkuasa memberi pinjaman. Jadi anda tiada pilihan.

Dengan menggunakan mana-mana satu di antara lima loan calculator perumahan di bawah, bolehlah anda membuat anggaran bayaran bulanan yang termampu anda keluarkan berdasarkan kelayakan pinjaman yang saya berikan di atas. Sengaja saya memilih syarikat-syarikat Insurans ini kerana ia adalah panel Insurans yang digunakan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia.

>> Pengiraan anggaran bayaran balik pinjaman jika memilih perlindungan Takaful Ikhlas <<

>> Pengiraan anggaran bayaran balik pinjaman jika memilih perlindungan Takaful Malaysia <<

>> Pengiraan anggaran bayaran balik pinjaman jika memilih perlindungan Prudential BSN Takaful <<

>> Pengiraan anggaran bayaran balik pinjaman jika memilih perlindungan CIMB Aviva <<

>> Pengiraan anggaran bayaran balik pinjaman jika memilih perlindungan Etiqa Insurance dan Etiqa Takaful <<

Nota* Semasa memasukkan digit di dalam mana-mana home loan calculator di atas, pastikan anda tidak jarakkan digit ya. Contoh yang digit yang betul: 180000 manakala contoh digit yang salah: 180 000 atau 180,000.

Sebagai panduan tambahan, sekiranya anda baharu berkira-kira membeli rumah dan belum pasti rumah yang mana satu ingin dibeli. Saya ada menulis satu artikel yang agak panjang membincangkan apakah aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih mana-mana rumah untuk dibeli. Moga ianya bermanfaat untuk anda.

Kepada anda yang bercadang mahu membuat pinjaman peribadi pula, suka saya mencadangkan sebuah artikel lain yang menyentuh secara ringkas panduan am semasa membuat loan peribadi.Elok sekali untuk dijadikan rujukan kepada mereka yang pertama kali membuat loan peribadi.

P/s: Sila jangan berasa keberatan untuk berkongsi maklumat-maklumat ini dengan rakan lain yang juga sedang berkira-kira membuat loan perumahan yer. icon smile

101 Responses to Loan Calculator: Mengira Kelayakan Pinjaman Perumahan Anda

  1. muhammad says:

    Assalamualaikum…
    saya suami isteri kerja kerajaan. Pendapatan saya
    gaji pokok +elaun: Rm1195 + Rm575 Bersih: Rm1597
    Isteri: Rm1593 + Rm590 Bersih: Rm1724
    Digabungkan Bersih: Rm3321
    Layakkah kami suami isteri membeli rumah berharga Rm185?
    Harap ada yang membantu. Terima kasih…

  2. ijan says:

    salam.. sy gov servant.umur 29. basic salary RM41++ including allowance RM6000. tp gaji bersih lepas tolak pinjaman peribadi, kwsp and pcb RM34++. berapa maximum housing loan yg sy boleh apply

  3. AtisofeYa says:

    Salam, saya kerja sendiri, income setiap bulan purata dalam RM 3000, tolak kereta RM 650. Jadi pendapatan bersih RM 2400. Boleh ke buat loan rumah harga RM 300k. Tq

  4. abusayyaf says:

    salam, sy keje gov.
    gaji pokok 18++
    elaun2 865
    potongan 842
    gaji bersih 1581.
    sy nk beli rumah harga 300k tapi nak combine loan perumahan kerajaan dgn isteri.
    gaji isteri pula,
    gaji pokok 1988
    elaun 888
    potongan 491
    gaji bersih 2385.
    sy nak tnya, adakah layak utk kami membuat pinjaman perumahan kerajaan? dan berapakah potongan bulanan jika pinjaman ini untuk 30 thn? trima kasih..

  5. ct says:

    salam..sy nk tny..kalo saya nak beli tanah untuk buat rumah, tapi bukan tanah lot. katakan lah tanah kebun ke boleh ke sy buat loan kerajaan? kalau tak boleh loan ape ye yang saya boleh gune? sebab kalau ikut kan tanah lot kat tempat saya nie lebih mahal berbanding tanah kebun/tanah kosong. kalau saya nak buat loan berapa ye maksima yg sy boleh buat. gaji pokok sy rm2300, gaji kasar dalam rm 3100, oleh kerana sy belum dapat tukar skim pencen lagi jd gaji bersih sy dlm rm2100. harap2 ada yang dapat membantu..terima kasih..

  6. watty says:

    salam,

    sy nk bertanya..sy keje government & dh tetap..gaji bersih sy stlh tolak personal loan adalah dlm RM1k..sy ada side income lain & berdaftar dgn SSM..sy nk beli rumah second hand dari owner rumah tu sendiri harga RM115k tapi saya plan nk guna loan bank..ada sape2 bleh bantu saya bg jwpn, saya boleh x nak apply loan ni?

  7. Syira says:

    Salam. Saya kakitangan kerajaan. Saya belum berkahwin. Saya berumur 25.
    Gaji pokok=1900
    Total=2500(Campur elaun)
    Gaji bersih=1800 (Setelah tolak macam2)
    Adakah saya layak membuat pinjaman rumah berharga 205k?
    Terima kasih :)
    Artikel terkini daripada Syira – Selamat Hari Ibu: Serikandi Hati

    Syira Reply:

    Artikel di atas bukan artikel saya. Harap maaf.

  8. mrs haide says:

    Salam,
    Boleh tolong kirakan tak jumlah bayaran bulanan saya or layak tak jika;
    Sy pekerja gov. umur 25
    harga rumah rm185k
    Gaji pokok rm1134
    elaun rm595
    gaji bersih rm1333
    Dan, boleh bagi tips utk mendapatkn rumah yang layak mngikut gaji saya..
    Terima kasih atas bantuan..

  9. Umu says:

    I’ve property under 2 names ( my name as the first & my ex as the second ). He wanted to sell the property but at the same time – he denied my rights… by asking all the profits via his lawyer.

    My questions :-
    1) as the first name in the property – do I’ve the right to get more ( instead of divided equally )? How to go about it
    2) if i take back the property & sell it by myself – do i need his signature during the sale & purchase ?

    Your kind view is much appreciated

    TQ

  10. siti musalmah abdullah says:

    saya guru kerajaan. gaji pokok saya rm3396+elaun dll= rm5159. tolak mcm2 gaji bersih RM3309..pinjaman rumah pertama saya RM60000 (1995) umur saya 48 tahun .Saya fikir nak beli rumah teres sebelah rumah saya, cantumkan supaya mendapat rumah yg luas. Berapa kelayakan pinjaman ke 2 saya untuk 20 tahun, dan berapakah bayaran bulannya?..saya telah mmbuat pengiraan di sini ttp ingin lebih kepastian.

  11. suhaiza says:

    saya umur 35, gaji pokok RM3872. Elaun RM 900. Gaji RM2934. Kalu nak buat pinjaman kerajaan, berapa kelayaan yang boleh..harap dapat bantu. terima kasih

    suhaiza Reply:

    Maaf gaji bersih RM2934

  12. Lancelot says:

    Assalamualaikum….

    Sy kakitgn swasta.umur 28, gaji pkk 3300. bolehkah sy beli rumah 410k? wife govmnt gj pkk 2300. Jika x boleh ,adakah cara lain yg membolehkan sy dpt buat loan utk rumah itu?

    Terima kasih in advance.

  13. su says:

    salam..
    sy kerja gov telah 20thn b’umur 48 thn boleh ka lg buat loan umah. Gaji pkk 2300 Gaji bersih dlm 1200 ..nak beli umah adik 120 ribu. layak tak?

    PakTeh Reply:

    izin berkongsi ilmu, tuan tanah.
    mengikut gaji pokok, layak rm255k dan berdasarkan gaji bersih masih layak pinjam rm120k tertakluk kepada sokongan jabatan. terima kasih.
    Artikel terkini daripada PakTeh – ..membina rumah atas tanah sendiri.

  14. eda says:

    salam..
    sy kerja swasta..gji bersih dlm 1300-1500 sbln..nk wt loan umah tp combine gji dgn abg sy..
    gji bersih die dlm 1600..kami nk join income..agak2 lps x utk loan umh 170k?

  15. Ariz says:

    Asmlkm…
    gaji pokok sy rm18++
    gaji bersih sy rm1650
    lps atau tak loan 185k???
    sy tak ada apa2 htg dengan mana2 syrkt perbankan.

  16. fatin liyana says:

    assalammualaikum,

    ayah saya nak bersara lbh kurang dua tahun lagi,
    berapa kah pinjaman yg boleh dibuat sekiranya gaji beliau adlah RM3,163.24?Sekiranya rumah yg ingin dibeli berharga RM350,000?Dan berapa lamakah tempoh bayaran tersebut?dan berapakah potongan yg dikenakan

    RAZAK Reply:

    potongan sangat tinggi sebab ayah anda sudah tua.. insuran tersangat mahal.. dan harga rumah yg hendak dibeli pun sangat tinggi.anda tidak menyebut komitmen lain ayah anda.

  17. zaihasra bt mohd aini says:

    saya dan uami adalah kakitangan kerajaan.duami dah beli rumah menggunakan loan kerajaan.adakah saya layak atau blh memohon pinjaman utk mengubahsuai rumah?

    PakTeh Reply:

    loan ubah suai rumah layak dipohon setelah 5 tahun rumah siap. semoga membantu.
    Artikel terkini daripada PakTeh – ..membina rumah atas tanah sendiri.

  18. cik_esah says:

    Salam .. Sye agak kabur tntg mmbuat pnjmn perumahan neh .. Soalan sye, kalau kte kerja swasta, bgaimana mahu buat pnjmn perumahan? Adakah perlu slip gaji 6 bulan or bekerja dlm tempoh 2 taon bru blh buat pnjmn ? gitu ke?

    RAZAK Reply:

    boleh pergi merujuk ke pihak bank atau pemaju perumahan.. mereka akan menerangkan secara detail..

  19. lina salleh says:

    salam ,saya nak tanya tentang kelayakan pinjaman saya.saya kerja kerajaan dengan gaji pokok rm2770 dan bila campur semua elaun akan dapat gaji bersih rm2400.saya nak beli rumah banglo (kekal)rm265000 dan nak buat pinjaman selama tempoh 28 tahun.umur saya skrg 32 tahun.adakah saya layak buat pinjaman dan berapa bayaran balik untuk sebulan,terima kasih atas maklumat..

    PakTeh Reply:

    dengan izin, tuan tanah.

    1. layak pinjaman rm265k tertakluk kepada sokongan jabatan.
    2. anggaran bayaran balik rm1,450 sebulan. semoga membantu.

  20. rosmaini says:

    salam, saya baru je beli tanah dan saya letak nama saya dan isteri dalam geran tu. Saya cadang nak buat rumah guna loan gov sbb blum pernah guna.rumah sekarang atas nama isteri.gaji kasar saya rm3585, kelayakan pinjaman saya rm280000 tapi gaji bersih saya dlm slip gaji rm1900. berapa saya boleh buat loan kerajaan? kalau loan bank berapa diorang boleh bagi? for info, saya ada side income dlm rm3000 lbh sebulan(agent takaful).

  21. yana says:

    saya yana masih student..
    saya kena buat satu programming tentang jualan rumah kos rendah..
    tetapi saya tidak tahu macam-mana hendak kira:

    1) salary limit for a low-cost housing?
    2) money payment rate?
    3) payment after rebate?

    Tolong saya boleh tak….

  22. amy rosida says:

    salam saya bergaji rm1553 akan tetapi nama saya ada banyak komitmen contoh kereta saya, ayah saya dan personal loan. Suami saya gaji 1500 bersih tolak komitmen loan dia xda hutang lain. Kami nak cuba loan rumah rm160k boleh kah saya combine nama saya dan dia untuk loan kerana saya layak untuk menerima subsidi perumahan untuk 4% rm200k selama 20 tahun. tlng beri saya advise.

  23. fethrey says:

    akum, sy kerja gov, brp kelayakan loan saya nak beli tanah untuk simpan nk buat rumah satu masa kelak.

    maklumat pendapatan seperti berikut :

    1. gaji pokok 1021.53
    2. elaun-elaun 438
    3. gaji bersih. 584

    RAZAK Reply:

    kalo ko beli tanah nanti ko nak makan ape.. gaji bersih ko dah la ciput je.. tunggu le beberapa tahun lagi baru boleh lepas loan ok…

  24. arissa says:

    klau nak guna nama penjamin yang black list boleh ke tak

    RAZAK Reply:

    x boleh

  25. damia says:

    boleh tak guna nama penjamin yg black list

    RAZAK Reply:

    x boleh syg..

  26. fauzy says:

    salam..saya fauzy ingin bertanya…apakah dokumen yang diperlukan untuk seseorang yang bekerja sendiri..tiada slip gaji….tiada blacklist..untuk membeli rumah…terima kasih…selalu dgr tkde slip gaji pyh nak beli rumah

    hafiz Reply:

    penyata bank boleh di gunakan
    bank akan kira sama seperti format mereka kire dengan gaji
    sekiranya format gaji adalah jumlah 60% dari pendapatan bersih.., jika penyata juga adalah 60% dari jumlah penyata akaun bank , kalau simpanan cik fauzy strong xjadi masalah, biasanya jika xlepas loan bank akan meminta cik fauzy menambah 1 lg nama dlm loan sbg penjamin

  27. ammar aziz says:

    salam..saya bekerja swasta lingkungan gaji RM1700
    saya tidak pernah membuat sebarang pinjaman..adakah saya layak untuk membuat pinjaman rumah kerana mengikut jadual pinjaman yang dibenarkan ialah RM205k

    minta saudara/saudari dapat membalas dengan segera..=)
    terima kasih

    hafiz Reply:

    sekiranya gaji pendapatan 1700 adalah bersih bank akan kire 60% dr 1700 tu, 60%x1700 = rm1020 , semak di jadual
    jd dpt pinjaman sebnyk rm130k

  28. fareez08 says:

    salam saya fareez saya berkerja swasta
    gaji-rm1300
    layak ke saya memohon pinjaman perumahan …saya tak pernah membuat personal loan,dan kereta..

  29. norhayati says:

    saya kakitangan kerajaan telah berkhidmat 30 tahun, layakkah saya memohon pinjaman perumahaan kerajaan sekiranya nama saya ada dalam ctos (kes jadi penjamin kad kredit tertunggak RM11k). Terima kasih

  30. wawa says:

    pendapatan bulanan sy rm3010.00 termasuk elaun2.
    selepas ditolak segala hutang piutang bersih tggl rm1300 bersih..brape yang layak sy dapat jika nak wat pinjaman umah untuk pertama kali

  31. wawa says:

    gj bersih bulanan rm1300.00..brape kelayakan pinjaman yang blh saya perolehi mengikut kelayakan gaji saya….

  32. mazalinda says:

    saya dah buat loan kerajaan untuk RM43,000 now masih berbayar sejak 2004. boleh wat lagi tak? leh wak loan lagi tak…ikut jadual saya layak RM255,000…kalau boleh macamana pengiraannya ye… TQ

    RAZAK Reply:

    kene bg settle dulu loan pertama baru boleh wat loan kedua.. dia x boleh jalan serentak..

  33. ahmad syawal says:

    mcm mana nk buat loan beli tanah,bank mana yg blh bg plg lama pinjaman.jika harga tanah rm50k,mcmana nk buat full loan.blh ke…

  34. halim says:

    saya seorg tentera..nak buat loan perumahan..rumah tu tahun 97..tp dh cntik sbb pemilik dah renovate..gaji pokok sye 1315..rumah 2 harga 85000 shj.tp sye nak bt loan lebih..dalm 160 ribu..sbb nak byr utang lama n selebihnya nak tambah2 skit rumah tu lagi…sye bru berumur 22 tahun..bru berkhidmat hampir 4 thun..klu bleh anda tglkan no telefon supaya sy mudah untuk berurusan

    lily Reply:

    kengkawan yg ada wat loan,loan pertama boleh beli rumah/tanah+rumah/reno dan mintalh penilai upkn nilai rumah sampai red kelayakan mengikut gaji.klu rmh tu bawah dr kelayakan ambil lebih,sbb duit yang lebih boleh wat pelaburan lain.sekurangnya sambil mmbeli sambil melabur.amik lebih pas 2 takdelah nak g wat kat bank lak.memang x lepas. habis bayar utang krjaan pas 2 baru leh wat yg ke dua lak.apa2pun dah dapat surat sah dlm perlantikan/perkhidmatan dn sah berpencen baru g cari rmh.jgn mtk lawyer wat smp nanti duit deposit ble hangus klu borang tak settle di bhg perumahan.

    hafiz Reply:

    salam

    utk pinjaman perumahan
    katakan rumah harga dlm 85k
    bank akan periksa dahulu dengan valuer harga market value rumah yg sebenar termasuk dengan kos renovation
    selepas itu baru bank akan kire dr jumlah harga value rumah yg sebenar..jadi utk encik halim buat loan lebih dr harga market value mmg x dapat. pada tahun 2012 pihak bank straight sikit. paling tinggi pihak bank boleh bagi 90% loan. utk dibs skim kebnyaknya adalah utk rumah project yg baru , rumah second xde dibs skim.
    sbb utk project baru pihak developer akan menyatakan project mereka mempunyai dibs skim kepada bank panel mereka dan barulah bank panel mereka akan membuka skim dibs mengikut developer yg mengambil mereka sbg panel bank

  35. syamsul says:

    assalammualaikum,saya nak bertanya..saya kakitangan kerajaan..gaji pokok rm1010,00 dan alaun rm375.00..untuk gaji bersih tinggal rm765.00 sahaja..saya nak beli rumah yang berharga rm110,000..potongan dlm rm545.00 sebulan selama 30tahun.boleh tak beri pendapat untuk selesai kan masalah saya ini.tq.

    lily Reply:

    umur 35 kira cantik 30th bayar pun x rasa sangat.Tapi klu yg dh meningkat banyak sakit le sebab tahun wat loan makin rendah tapi bayonye tinggi.ni bila gaji dah berubah krajaan xde ke nak naikkan kelayakan jumlah loan.

    olundus Reply:

    dah naik da…huhu

    RIZAL Reply:

    WA`ALAIKUMSALAM…ANDA BOLEH SEKIRANYA ANDA LAYAK,TETAPI ADAKAH MENCUKUPI DENGAN BAKI YANG TINGGAL?BAGI PENDPAT SAYA,SEBAIKNYA ANDA MENCARI HARGA RUMAH YANG KURANG SEDIKIT…CONTOHNYA DALAM HARGA 75000.OO KEBAWAH..DAN ANDA GUNAKAN LOAN KERAJAAN.DENGAN HARGA TERRSEBUT POTONGAN BULANAN TIDAK SANGAT AKAN MEMBEBANKAN ANDA..SAYA HARAP ANDA DAPAT SESUATU DARI PENDAPAT SAYA…TERIMA KASIH…

  36. shila says:

    sy nk tnye.. jika tentera brgaji pokok rm 1450 tp ade pinjaman dgn koperasi. adakah beliau layak memohon dengan pinjaman perumahan.. beliau bru brcadang untuk membeli sebuah rumah dgn harga 80k.. boleh bntu?

    RIZAL Reply:

    OK BOLEH..TETAPI TIDAK TAHU BERAPA GAJI BERSIH SETELAH DI POTONG DENGAN PINJAMAN KOPERASI…JIKA DI LIHAT PADA GAJI POKOK DAN DENGAN LAIN2 ALAUN SEMEMANGNYA LAYAK.

  37. eiyta says:

    salam,saye keje gov dah 4 thn,
    gaji pokok = rm1795.64
    elaun2 =rm803.95
    gaji bersih =rm1796.59
    berape loan rumah saye blh dpt?

    Mad Reply:

    205k, nk beli gajah pn lps tu.try p tanya kt zoo.

    RIZAL Reply:

    JIKA TIADA LAIN-LAIN BAYARAN,ANDA LAYAK LOAN 200OOO,NAK CAKAP LEBIH TAK BERANI..TETAPI JIKA HARGA RUMAH 200000KEBAWAH SENANG2 DAPAT…CUBA LA KE BANK2 YANG BERHAMPIRAN UNTUK LEBIH MAKLUMAT…

  38. dora says:

    salam..nak tanya.. sy dan suami gov staff..
    saya:
    1. gaji pokok: 2238
    2. elaun-elaun:750
    3. gaji bersih:2100

    suami:
    1. gaji pokok:1200
    2. elaun-elaun:550
    3. gaji bersih:1100

    saya nak buat loan rumah guna bank..rugi tak sbb sy xnak guna loan kerajaan sbb taknak potong terus dlm slip gaji..boleh tak guna 2nama iaitu saya dan suami utk beli 1 rumah.. harga rumah dlm 200k..boleh tak bagi komen dan pendapat untuk pertanyaan sy ni..

    joker Reply:

    rugi lerrr..ape la..lu pikir la sendiri… kl macam tu aku nak beli rumah pakai loan kerajaan ko boleh x ko bagi… tapi loan tu aku bayar laa….

    joker Reply:

    kl pekerja swasta nak beli rumah harge 120k… bulan2 jer dah 600…. kl kerajaan mesti ler lagi murah

    ayayahya Reply:

    senang je dpt loan umah kalo keja gov…kalo swasta, byk sungguh songeh bank nk luluskan pinjaman…better guna 1 nama je tp nnt pandai2 la kongsi duit dgn pasangan utk belanja lain…gaji pun ok…xda problem, sure lepas…sy keja kilang n gaji pokok lg tinggi dari anda tp bank susah nk lepas even sy nk beli umah harga 170k je…umah teres je pown…untung la anda keja gov…

    Dekno Reply:

    Wat loan rumah krjaan.pakailh satu nama n letak nama partner(waris)je,n partner 2 bila wat loan kerajaan dia letaklh nama U plk sbgai pewaris.Itu untungnya dua -dua kerajaan.

    hafiz Reply:

    salam

    jika rumah pertama sudah gunakan nama suami isteri
    utk rumah kedua guna nama isteri suami..masih dikire sebagai rumah kedua…sebab nya adalah dalam sale n purchase rumah yg pertama adalah hak bersama suami dan isteri

    dan akan jadi begitu juga sekiranya utk rumah kedua menguna nama isteri dan suami

    jadi maksud saya disini

    rumah puan beli tu akan dikira sebagai rumah kedua

    dan bukan rumah pertama

  39. Sudheep says:

    saya gov staff. dah keje 5 tahun dah. i nak beli rumah and i nak tau berapa loan yang i layak? gaji i RM3045 selepas semua potongan. tapi kalo tgk jadual yang dilampirkan di atas, saya layak RM320,000 jer. tapi kalo skim rumah pertamaku dapat 400k kan? mana nak cari info pasal skim rumah pertamaku? rumah area saya minimum 450k.

  40. iffa says:

    hai,saya dah buat pinjaman perumahan,skrg saya nak buat second loan utk renovate rumah,bolehka?saya pinjam tahun 2009.

  41. zul says:

    salam, saya kakitangan kerajaan gaji pokok 2329.00 campur elaun 850 = 3179,soalannya: saya nak beli rumah second dgn harga rm320k, adakah saya layak, kalau tak layak brapa klayakan saya yang sebenarnya.

  42. nurul says:

    Salam, untuk beli rumah rm40k, berapa gaji bersih yg perlu ye?

  43. ana says:

    salam…

    dgn baki gaji yg ada..bolehkah sy membuat pinjaman perumahan? kalau blh, berapa jumlah yg layak?

    gaji pokok :920
    elaun:595
    potongan: 715
    gaji bersih : 800

    thn dpn genap 3 thn berkhidmat dan dh xde potongan kwsp rm168.00
    gaji bersih akn jd 968.00
    tq

  44. aniza says:

    saya nak tanye saya seorang kakitangan dan suami pun kakitngan kerajaan saya nak buat loan perumahan tapi saya belum disahkan jawatan lagi… suami saya sudah.. nak tanya kalau saya dah suami nak beli rumah dia pakai loan kerajaan tapi saya loan peribadui boleh x? gaji bersi satu kelurga dah dlm 3k lebih.. bpa kelayakan pinjaman perumahan yang dapat..

  45. radzuan says:

    aslmkm…saya wan ingin bertanaya…bolehkah saya membuat pinjaman rumah kerajaan jika baki gaji saya kurang 30% selepas membeli rumah

  46. shahrol says:

    bln disember ni baru genap 2 tahun saya bekerja dlm sektor swasta.. bleh wat loan perumahan ker? saya ader dgar kene kejer 2 tahun or pyata kwsp 2 tahun..btol ker?

  47. sue says:

    salam,jika sy nak beli rumah 300k tiap2 bulan potongan nya RM berapa yer?

  48. daus says:

    Saya daus, 26 tahun, bujang

    basic income 2100
    tolak EPF Sokso = 1800

    tiada CTOS CCRIS
    tiada hutang kereta mahupun hutang belajar.

    Soalan saya :
    1. Berapa maximum loan boleh saya mohon?
    2. Jika guna skimrumah pertamaku, adakah ia berbaloi dari guna loan bank?

    Harap tuan boleh bagi suggestion / recommendation kepada saya

  49. linda says:

    salam..saye nak beli rumah harga rm160k…saya lepas loan hanya 120k untuk beli rumah….suami keje gov gaji bersih 1500 tolak loan kete+personal loan…tggal rm600…then kalu saya submit skali lagi tp kali nie apply join wit suami..agak2 leh lepas x loan rm160k

  50. mimi says:

    saya dh buat pnjmn pertama utk beli tnh ngn gov.blh x saya buat pnjmn kedua utk buat umah sdgkn loan pertma blm habis byr

  51. Edy says:

    Salam, gaji kasar saya RM17++..tp dah tolak angkasa, gaji bersih tinggal RM1100 jer…layak ke nk buat loan rumah dalam 90k? actually kat asb ada dalam 50k..

    Lagi satu ada loan keta RM430/month..tp bayaran bulanan tak pernah miss coz saya ada buat part time business..

  52. ejay says:

    Brp kelayakan loan rumah saya berdasarkan perkara berikut:

    1. gaji pokok 1020
    2. elaun-elaun 395
    3. gaji bersih. 1250

    Boleh kah loan saya dpt mencapai 168000?tq

    RAZAK Reply:

    x boleh kerana untuk rm 16800 gaji pokok hendaklah rm1200 hingga rm1499

  53. zuriyati says:

    saya k/tangan kerajaan,nk bt loan tp gaji bersih baru 750 sebulan,layak ke kalau saya nk bt loan dengan potongan 380 sebulan…

    PakTeh Reply:

    dengan izin tuan tanah,

    untuk menentukan kelayakan pinjaman perumahan kerajaan perlu kemukakan perkara berikut :
    1. gaji pokok
    2. elaun-elaun
    3. gaji bersih.

    tQ

  54. nisak says:

    saya kakitangan kerajaan,gaji bersih rm1700,lepas x kalau saya nak beli rumah harga rm 130k

    PakTeh Reply:

    izin berkogsi ilmu tuan tanah,

    untuk menentukan kelayakan pinjaman perumahan kerajaan perlu kemukakan perkara berikut :
    1. gaji pokok
    2. elaun-elaun
    3. gaji bersih.

    tQ

  55. Simon says:

    kerja swasta..kalau pendapatan RM2300.00 tolak komitmen RM 1500.00 sebulan bersih..brapa loan boleh masuk?

  56. siti kajang says:

    Assalamualikum..Saya cikgu…nakbeli tanah utk buat rumah. harga tanah 80k. maslahnya..gaji saya semua yelah..rm2700..dah potong tinggal 1300. camana nak buat loan? bank ke kerajaan..tolong bagi jalan sikit…

  57. YANTI says:

    saya salah seorang kakitangan kerajaan.suami saya telah membeli rumah mengunakan pinjaman bank.adakah saya layak mengunakan pinjaman perumahan saya untuk tujuan ubahsuai rumah.walaupaun rumah itu atas nama suami saya.dan di dalam sale and purchase ada terdpt nama saya dan suami saya.adakah saya layak mengunakan.pinjaman perumahan saya.

    PakTeh Reply:

    mohon berkongsi tuan tanah,

    puan layak buat pinjaman ubahsuai. tQ

    Julmazli Dempollok Reply:

    Saya alu-alukan Pak Teh berkongsi ilmu dengan pembaca blog ini. Saya sendiri kurang arif berkenaan hal-ehwal pinjaman. Terima kasih atas bantuan Pak Teh.. :)

  58. aisha says:

    kalau gaji bersih tinggal 850 pun boleh dapat pinjam sekitar 552 kew??
    untuk loan gov??
    hee
    tp sy xconfirm lagi
    hujung tahun baru confirm
    lupa pulak
    mcmana diowg kira dari penyata akaun simpanan ye??
    sbb kalo kira average rm 10k something
    sy tambah lagi satu kereta untuk bisnes
    kereta 70k
    lulus pulak
    sedangkan rumah yg sy nk beli 120k jewk
    monthly dlm 550 mcm tu :)
    Artikel terkini daripada aisha – cuba cari mana sy

    enon Reply:

    kwn sy gaji bersih tgl 900 je…leh je lepasn loan..baru je lulus..x silap ngn bimb…de biro 800 lebih..tp umh pertame tu…

  59. aisha says:

    salam
    sy nk beli rumah
    tp bank banyak bagi 65% sebab komitmen tinggi dye kata
    sy kerja gov tp partime bisnes kantin
    mcmana erk cari dye kira
    kalo gji pokok sy 1470.65+elaun sume = 2085
    tp dah tolak kereta,psonal loan sume tinggal 850 mcm tu
    berapa jewk sy dapat kan untuk beli rumah
    tolong ajar sy
    akaun semasa sy punya penyata cantik :)
    tq
    Artikel terkini daripada aisha – cuba cari mana sy

    Julmazli Dempollok Reply:

    Kalau tidak silap saya, puan akan layak mendapat pinjaman sekitar Rm552.50. Mereka akan semak kelayakan maksimum tersebut di dalam jadual pinjaman mereka. Saya cadangkan agar puan berbincang dengan pihak bank dan terangkan kepada mereka berkenaan bisnes sampingan bersama dokumen berkaitan termasuk penyata akaun.
    P/s Bagaimanapun, kita tunggu penerangan rakan-rakan lain yang lebih mahir.. :)

    elisa Reply:

    bank apa yang lepas loan kalau gaji tinggal 800lebih (lepas dh tolak hutang)…. gaji aku tinggal 900, nak beli rumah flat 44k pun loan x lepas2… aku keja goverment

    hafiz Reply:

    lepas tolak semua perbelanjaan ,bank akan kire pula berapa belance 60% dr gaji bersih,jd belance 60%x900 = rm540, belance rm 540 ni bank akan semak di jadual pinjaman katakan kita ikut jadual di atas jumlah yg layak adalah rm799 ,jadi rm799 adalah jumlah paling minimum utk mndapat pinjaman ,

    jadi rm540 kurang dr jumlah minimum rm799 pinjaman dan bank akan nyatakan puan telah high comitmen (ini jika hanya guna 1 penama sahaja) dan loan tidak approve. jadi utk cuba mendapatkan loan menjadikannya approve puan boleh cuba menambah 1 atau 2 org penjamin yg mempunyai income yg kuat bagi membolehkan penjamin ini backup kpd puan.
    tapi ia juga bergantung pada keadaan CCRIS, blacklisted atau x,payment bayaran loan terdahulu ade sangkut bayar ke tak(jika pernah buat loan)kredit card payment ada sangkut ke tak(jika ada mengunakan kredit card). sekiranya ccris puan teruk payment bulanan teruk jd mmg susah bank nak approve.

    ajib aen Reply:

    saya nak tanya…..macam saya kerja sendiri….xde slip gaji…..gaji saya dalam 1000….tapi saya tak de apa2 nak kena bayar…..kereta saya beli cash dengan orang…..saya dah berkahwin tapi masih tiada anak…..jadi saya nak tanya,dengan situasi saya ni,saya boleh tak buat pinjaman perumahan?…..kalau buat pun agak2 boleh ke lulus & beli rumah sendiri?…..mohon sesiapa jawabkan……salam…..

  60. tania says:

    hye… saya nak tanya klu kite kije sendiri mcm bisne kcil2lan ke i mean x de slip gaji la… so kite ada ke peluang utk wat pinjaman perumahan kat bank or kat mana2 je la yang sediakan untuk golongan sedemikian…

    Julmazli Dempollok Reply:

    Saya ada seorang kawan yang berjaya membuat pinjaman daripada pihak bank dengan menggunakan salinan ‘akaun semasa’ syarikatnya. Tapi saya fikir ada lagi lain-lain syarat bergantung kepada bank yang kita pilih.
    P/s Jika anda ada geran hakmilik tanah, saya jamin urusan pinjaman anda akan menjadi amat2 mudah.. :)

  61. PakTeh says:

    walaupun telah mempunyai rumah, sebagai seorang kakitangan kerajaan anda perlu menggunakan kemudahan pinjaman perumahan yang diberikan. sebab namanya pun kemudahan, kalau tak guna pasti tak untung! tapi tak la sampai rugi.

    Julmazli Dempollok Reply:

    Tu dia. Pandangan daripada pakar pinjaman perumahan kita.. :)

    ati Reply:

    pinjaman perumahan kerj bleh buat 2 kali ke?

    PakTeh Reply:

    boleh pinjaman lebih 2 kali…
    1. pinjaman pertama.
    2. pinjaman kedua.
    3. pinjaman ubahsuai.
    4. pinjaman pertama kali kedua kerana projek terbengkalai.
    5. pinjaman pertama kali kedua kerana membina rumah
    …semoga membantu.
    Artikel terkini daripada PakTeh – ..membina rumah atas tanah sendiri.