Macamana Nak Tahu Seseorang Awek Tu Sukakan Anda?
- Julmazli Dempollok Menulis Dalam Kategori: Suka-Suka
ANDA meminati seorang awek ni. Kemudian dengan teknik mengorat yang betul anda pun cuba mendekati dan berusaha memenangi hatinya. Persoalannya sekarang adalah bagaimana mengetahui jika usaha anda sudah berhasil?

Macamana nak tahu adakah awek tu pun sukakan anda juga? Apa tanda-tandanya? Jadi jangan bimbang. Kali ini saya kongsikan beberapa tanda seseorang awek itu mulai meminati anda.
1. Banyak benda dia nak tahu.
- Awek yang meminati anda biasanya ingin mengambil tahu semua perkara yang ada sangkut-paut dengan diri anda. Apa contohnya? Mungkin hal keluarga, latar belakang hidup, kesukaan atau kebencian anda dan banyak lagi hal lain termasuk yang remeh-remeh.
2. Meluangkan masa secukupnya.
- Cuba bayangkan sendiri. Jika anda memang tidak menyukai si A, adakah anda akan menerima peluang keluar dengannya? Pasti seribu satu alasan diberikan. Sakit gigi la, banyak tugasan belum siap la, kurang sihat, ada hal perlu diuruskan segera dan seperti itu.
- Namun awek yang meminati anda tidak akan pernah ada alasan. Selalu saja ada masa terluang untuk anda. Sebenarnya tak terluang pun tapi dia luangkan. Pantang diajak keluar, pasti macam-macam pelan dirancangnya semasa keluar nanti.
3. Mulai Cemburu
- Awek tersebut cemburu apabila melihat anda sedang berbual mesra dengan wanita lain sama ada rakan sekerja atau rakan sekuliah. Sudah tentu dia tidak akan cakap, tetapi ini akan dapat diperhatikan dengan jelas melalui tindak-tanduk, mimik wajah atau layanannya terhadap anda. Confirm dia dah sukakan anda!
4. Membincangkan soal masa depan.
- Ini memang tanda yang jelas. Seorang awek yang meminati anda akan sering membuka topik berat seperti soal anak-anak, simpanan, rumah dan seumpamanya. Ini bermaksud andalah orangnya yang akan menemani dia sepanjang perjalanannya menguruskan hal itu semua. Tahniah.
5. Bahasa tubuh tidak pernah menipu.
- Lirikan mata, senyuman manja, tutur kata yang lembut dan penampilannya mencerminkan maksud tersirat. Pendek kata, pembawaan diri seorang awek itu adalah tanda yang boleh diambil perhatian. Jika dia memerhatikan anda minum, memandang tepat ke bahagian tubuh anda atau memberi perhatian penuh kepada perkara yang anda bicarakan. Memang sah.
6. Peniruan.
- Ini juga tanda yang muktamad. Seorang awek akan cenderung meniru sebahagian kecil daripada perlakukan atau pertuturan anda jika dia memang amat menyukai anda. Misalnya, meletakkan tangan di atas meja ketika makan atau menuturkan semula satu-satu perkataan kegemaran anda.
Kepada aweks yang sedang membaca post ini pula, harus diingat bahawa tanda yang ditunjukkan oleh seorang lelaki adalah berbeza daripada yang dibincangkan di atas. Ini akan disentuh pada post lain akan datang. InsyaAllah.






Budak Lanun 19th January 2012 3:01 pm
Owh, begitu ya… nnti aku research pula dgan kwan2…hahah… Tapi memang betul juga…hehehe… Wanita juga susah kita nak faham..
Artikel terkini daripada Budak Lanun – Tips & Info | Lapan Tanda Kamu Terlebih Berpegang Pada Prinsip
[Balas]