31 . Mar . 2011

Mahu Mengikuti Latihan Separa Perubatan 2011?

JAWATAN Kosong 2011 Terkini..

Hanya ingin memaklumkan kepada pembaca blog ini. Bahawa SPA pada ketika ini sedang mengiklankan jawatan kosong separa perubatan. Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menawarkan Program Latihan Separa Perubatan Sesi Kemasukan Julai 2011. Segala maklumat lanjut yang berkaitan dan cara-cara memohon boleh diperolehi di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.


panduan lengkap temuduga penolong penguasa kastam w27
>>Contoh Soalan & Jawapan Temuduga Sektor Awam!<<

program latihan separa perubatan

Kementerian Kesihatan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia lepasan SPM untuk mengikuti program latihan bertaraf diploma berikut:

Latihan Juru X-Ray
Latihan Jururawat
Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
Latihan Penolong Pegawai Farmasi
Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Latihan Penolong Pegawai Perubatan
Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
Latihan Juruteknologi Pergigian
Latihan Jururawat Pergigian (Perempuan Sahaja)

Jika anda mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dengan 3 kepujian dan 3 lulus (termasuk Bahasa Melayu) maka bolehlah mencuba nasib dengan mengisi Borang SPA8i ini.

Oh.. ya, untuk pengetahuan anda, ambilan program latihan separa perubatan ini dilakukan sebanyak dua kali dalam setahun oleh Kementerian Kesihatan iaitu Ambilan Januari dan Ambilan Julai.

Satu lagi, jika anda memohon untuk latihan Jururawat U2-1, saya cadangkan anda membaca rujukan kerjaya sebagai Jururawat ini. Sesuai untuk menghadapi peperiksaan dan temuduga memasuki latihan kejururawatan.

Semoga berjaya.. icon smile

P/s Saya tidak ada kena mengena dengan pihak SPA. Ini hanya perkongsian info buat pembaca yang saya sayangi sahaja. Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, kemusykilan, tidak faham atau tidak tahu sila hubungi sendiri unit separa perubatan di mana-mana talian ini: 03-8885 6254 atau 03-8885 6264 atau 03-8885 6267 atau 03-8885 6295.

36 Komen Untuk – Mahu Mengikuti Latihan Separa Perubatan 2011?
  1. musi 1st April 2011 12:06 pm

    salam;
    diharap kepada yang memohon, gunakan bidang kerjaya mulia ni untuk bersyukur dan beribadah dengan penuh minat n ikhlas, jangan kerana jaminan kerja untuk mendapat elaun, kalau tidak nanti bila dah kerja asyik manjun kat pasien je , nyaya tau . .

    [Balas]

    pisuji Reply:

    hai…
    sori klu ggu..
    saya jga amt meminati ltihan t’sebut sbb blh membntu msyrkt dan mmbke peluang kerjaya kpd mrk yg m’gggur.
    mslh yg sy hadapi sme sperti afiq.terima kasih

    [Balas]

  2. afiq 4th April 2011 7:03 am

    assalamuaalaikum;
    sy ada pertanyaan…sy dh wt permohonan dn mcm mna untuk sy nk thu sma ada sya dpt tmu duga or x??adakah phak SPA akn menghantar surat???terima kasih

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Walaalaikummussalam..
    Saudara Afiq, saya juga kurang pasti bagaimana. Dan seperti yang saya nyatakan di dalam post di atas, saya tidak ada kaitan dengan pihak SPA mahu pun KKM. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi no talian yang saya sertakan di atas ya.. :)

    [Balas]

    afiq Reply:

    ouh ok..mna la nk tahu abg ada apa2 info ka…terima kasih

    [Balas]

    qila Reply:

    cek kat internet pon bole…
    seminngu sblom interview dia akn anta surat..jangan risau

    [Balas]

    ika Reply:

    spa akan hantar surat…

    [Balas]

  3. noor faezah 13th April 2011 6:56 am

    salam…sy ingin tahu mcm mana nk wt permohonan ke latihan separa perubatan?mcm mna nak mengisi borang online..sy dah try tp tetap xblh.

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Anda mesti mengisi borang SPA8i secara online dan memilih jawatan separa perubatan. Anda perlu mendaftar dahulu dengan menggunakan emel yang sah untuk pihak SPA hantarkan id dan kata laluan sebelum boleh mengisi borang SPA8i.. :)

    [Balas]

  4. nor 16th April 2011 7:02 pm

    assalamualaikum..
    sya telah mngisi prmohonan separa prubatan dan telah d trima..
    tp sya msih trtunggu2 bilakah trikh temuduga & di mana tmpat lokasi trsebut..
    sya di maklumkan bhawa trikh temuduga trsebut akn d jalankan pd bulan April ini..
    untuk kpastian bilakah trikh trsebut..??..

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Cik Nor, setahu saya tarikh temuduga boleh disemak melalui akaun anda di SPA. Cuma login menggunakan id dan password dan semak di sana.. :)

    [Balas]

  5. NUR ASYFAH 18th April 2011 4:22 am

    saya igin tahu,,wlaupun sya sudah mendftar tetapi no id msih belum di hantar ke email syae…

    [Balas]

  6. hafizah 19th April 2011 1:56 pm

    salam..afiq..nanti dia anta la borang suh kita g temuduga tu..saya nak tanya..katakan la kita dapat..pastu bila pulak kita boleh sambung buat ijazah??

    [Balas]

  7. yusra 18th June 2011 9:48 am

    salam..soalan sya pon sma cam cik hafizah…bila pula kita leh smbung degree….??

    [Balas]

  8. pisuji 23rd June 2011 7:44 am

    Assalamualiakum….
    haiiii…
    saya nk tny ni..
    saya dh dftr dlm borg spa.tp xdpt lg jwpnny..
    saya dh buat emel yg betul tp pihak spa xaktifkn lg.np ea….??

    [Balas]

  9. mira 18th July 2011 7:37 am

    assalamualaikum
    sya nah tnya ni
    sye dak dftr dlm brg spa tp tak ad mklu bals lg….

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Sila gunakan borang aduan untuk mengemukakan sebarang pertanyaan. Cari di dalam portal SPA ya.. :)

    [Balas]

  10. firdaus 26th July 2011 3:02 am

    kalau tkda pmr??

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Sila ke laman SPA – http://www.spa.gov.my untuk memastikannya.. :)

    [Balas]

  11. NUR IZZATUL HUSNA BT ISMAIL 11th August 2011 6:51 am

    Salam,sy dh hntr permohonan ke spa8,adakah phak spa8 akn m’hntr surt pgln temuduga kpd sy??sy ada trima syrt twaran drpd NiCHe,tpi sy x m’hadiri tmuduga itu,,adakah kursus kejururawatan di NiCHe sama dgn spa8??

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Wkslm..
    Menghantar permohonan ke SPA melalui borang permohonan online SPA8i tidak menjamin kita akan dipanggil ke temuduga. Ia bergantung kepada kelayakan pemohon dan kekosongan yang ditawarkan. Satu lagi, SPA akan memanggil pemohon untuk peperiksaan dahulu baharulah ke sesi temuduga jika melepasinya.. :)

    Tentang kursus NiCHe itu, saya kurang maklum dan tidak mengetahui banyak tentangnya.

    [Balas]

  12. JP kks 19th August 2011 5:42 pm

    assalamualaikum dan salam 1 malaysia. alhamdulillah. sy sekarang sedg menjalani latihan jururawat bertaraf diploma dan berada di sem 4. saya nak tanya andai kata tetiba saya berniat nak tukar ke latihan separa perubatan yang lain, boleh ke saya apply SPA sekali lagi walaupon ketika itu maseh dalam latihan jururawat?? harap dpt berkongsi pndpt. syukran

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Untuk soalan ini, anda harus merujuk semula syarat-syarat perjanjian yang telah ditandatangani sebelum menjalani latihan itu dahulu. Pasti ada klausa yang menyatakan hal ini dengan jelas (bagi latihan separa perubatan tajaan kerajaan).

    [Balas]

    Nur Indah Reply:

    salam…sy nk tye, npe tbe2 nk tukar? xokey ke latihan jururawat??

    [Balas]

  13. Panda 18th September 2011 6:05 pm

    Salam
    nak tanyer ni. Macam mane nak tahu pengambilan untuk separa perubatan dah buka?

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Paling mudah dengan sering melayari portal SPA.. :)

    [Balas]

    miera zaliey Reply:

    ha’ah.sy pom dh puas mncari..
    bile pngmbilan strusnya??
    utk kmsukan julai2012 nie bile leh isi borangnyew..
    k ble2 mase leh isi borang 2?
    ad link nya x?

    [Balas]

  14. misz 29th January 2012 8:50 pm

    salam saya nak tanya bagaimana nak tau sama ada kita terpilih dlm spa8?????n bagaimana kalau kita berminat mengikuti latihan separa perubatan…??

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    1. SPA akan hantarkan surat panggilan peperiksaan kepada anda. Jika lulu, akan dipanggil pula ke sesi temuduga.
    2. Pilih bahagian separa perubatan dan isi borang SPA8i secara online. :)

    [Balas]

    misz Reply:

    bila agaknya surat 2 sampai sekiranya kta isi borang 2 hujung bulan 9.2011.??????

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Kita tak boleh jangka. Memandangkan pengambilan adalah diuruskan oleh pihak SPA. Terdapat banyak perkara yang perlu mereka pertimbangkan misalnya jumlah kekosongan jawatan dan kelayakan pemohon. Tiada jaminan akan dapat surat panggilan walaupun sudah isi borang SPA8i.. :)

    [Balas]

  15. kanages 21st March 2012 8:58 pm

    hi,saya nak tanya,saya sudah memohon kursus farmasi di spa tetapi tidak patuhi syarat tetapi sekarang saya nak memohon kursus jururawat.. bagaimana saya boleh apply permohonan baru?? tolong saya

    [Balas]

  16. sa 24th March 2012 12:34 pm

    sy nk isi borang spa8i tp takde pun..die kata error.why??

    [Balas]

    yana Reply:

    kene pakai browser lain. pakai IE 6.0 dan ke atas.
    kalo pakai chrome mybe ade problem.

    [Balas]

  17. noraini 5th October 2012 8:25 am

    saya nak brtanya..separa perubatan ini berkaitan dengan apa ye..ape bdang tugas yang ditawarkan dalam kos ini…dan adakah ini dalam sektor kerajaan..

    [Balas]

  18. elydia 5th May 2013 7:49 pm

    salam :) , saya nak tanya, adakah latihan separa perubatan ini masih dibuka atau tidak ?

    [Balas]

CommentLuv badge