Menuntut Ilmu Dengan Mahaguru Rohaizad
- Julmazli Dempollok Menulis Dalam Kategori: Terjah Blog Sambil Berguru
ADAPUN.. Selepas sahaja hamba menerbitkan dua post kelmarin. Satu post hiburan santai dan satu artikel motivasi pendek. Maka hamba pun keletihanlah. Manakan tidak, di sebelah awal pagi hamba sudah bertarung kencang dengan menggunakan Hikmat Promosi Affiliate Peringkat Langit Ke-7 dalam satu persengketaan PPL anjuran Tok Rahman Basri. Tak terdaya hamba, tambah-tambah lagi ramai panglima Affiliate serata negeri turut ada bersama. Seperti Laksamana Hang Razif, Hang Zamrin, Hang Hairil, Hang Richie dan Hang Aminbeb. Hebat-hebat jurus para panglima itu. Oh.. Hampir hamba terlupa Srikandi Azlina pun ada tau.. Hehee..
Maka hamba melepaskan lelahlah di malam hari. Sambil memikirkan apakah kesudahan masa hadapan hamba ini. Adeii.. Lalu hamba pun teringatlah kisah kemahsyuran mahaguru Rohaizad yang bertapa di gua rohaizad dot com itu. Bergegaslah hamba mendaki 7 bukit dan menuruni 7 lurah selama 7 saat. Akhirnya sampai jua hamba di sana. Disambut pula dengan ramah mesera oleh sang mahaguru yang baik budi.

Di atas inilah pemandangan luar gua rohaizad dot com itu. Apa macam? Hensem tak mahaguru hamba ni? Bujang lagi tau.. Hehee..
Adat bertandang; Datang bersalam, Pergi berpesan..
Lalu hamba pun meminta izinlah pada mahaguru blogging Malaya ini untuk menuntut barang secebis ilmu di dada. Tuan hamba sekalian boleh lihat surat kebenaran hamba di bawah..

Antara jurus blogging yang hamba berlatih semalam;
-Bukan semua orang boleh menjadi blogger seperti mana yang mereka sendiri inginkan
-Blogger harus mempunyai “sense of blogging”. Maknanya asal dia duduk je depan laptop/komputer, jari jemarinya itu dah gatal hendak menekan keyboard (untuk menaip).
-Blogger kadang-kala mempunyai sifat suka “mengadu” pada blognya sendiri.
-Blogger haruslah percaya pada “blognya” kerana itu akan membezakan dirinya dengan orang lain.
-Blogger harus berpijak di bumi yang nyata. Jangan menulis mengikut emosi.
Ini pula antara tajuk entri yang menjadi kesukaan hamba semalam;
- 2 nisbah traffik yang sama tapi 2 jenis pendapatan yang berbeza.
- Alexa Rank, traffik, pengiklanan, pendapatan melalui blog, rahsia Facebook dan juga artikel yang ke 501.
- 8 perkara yang membuatkan pengunjung/pembaca blog merasa boring dengan tulisan kamu.
- Apa yang membuatkan seseorang blogger itu “outstanding” di kalangan pembacanya sendiri
- 20 perkara yang membuatkan seseorang blogger itu “outstanding” di kalangan pembacanya sendiri.
Kalau hendak dihabiskan semua ilmu yang ada di sana. Alamat berjanggutlah hamba nampaknya. Terpaksalah hanya setakat yang terdaya saja hamba pelajari. Esok-esok boleh bertandang lagi ke sana. Sekian adanya ceritera..
Baik. Kembali ke masa kini. Memang bestlah blog rohaizad dot com ni. Cuma saya belum dapat tangkap dimana tarikan dan keistimewaan itu. Seolah ada sesuatu yang menarik kita ke sana. Sudah di sana, terpukau pula dengan entri yang mempesona.
Sebenarnya ini adalah ruangan baru di blog ini. Cuma teknik penceritaan kali ini saya gunakan ala-ala sandiwara purba begitu. Saya namakan ruangan baru ini sebagai ‘Terjah Blog Sambil Berguru’. Saya sudah membuat satu kategori khas (dengan nama yang sama) untuk aktiviti masa lapang saya ini. Lebih kurang macam ‘Terjah Blog’ di Fuhyoofm itu juga la. Sebut betul-betul! Fuhh.. Yooooo..
Saya kurang pasti jika sudah ada blog yang membuat sesi sebegini sebelum ini. Kalau belum ada, saya cukup pasti ini akan menjadi antara tarikan utama di blog ini kelak. Oh..
Simple sahaja. Saya lawati blog tersebut, baca-baca entri yang menarik di sana, ambil screenshot dan ulas semula di ruangan ini. Tidak kira blog dengan niche apa pun. Cuma tidak ditetapkan kekerapan sesi ini. Bergantung pada kelapangan. Jadi kepada para bloggers yang lain, tungguuuuu..
Sekian dulu. Jumpa esok.
P/s Ini antara perkara yang saya pelajari daripada mahaguru Rohaizad semalam – iaitu jangan lupa masukkan p/s di setiap post. Macam yang inilah.






Kunjungan Ke Blog HujanBatu.Com | Julmazli Dot Com 27th June 2010 4:23 am
[...] Buat pengetahuan pengunjung baru blog yang tidak sepertinya ini Cecece.. Ini adalah entri kedua di dalam kategori yang sama. Blog pertama yang diterjah sebelum ini ialah blog seorang mahaguru. [...]
Cabaran Review dan Menangi Hadiah Wang Tunai | Julmazli Dot Com 28th June 2010 5:47 am
[...] Selain contoh di atas, anda juga boleh lihat review ini dan ini sebagai [...]