16 . Mar . 2010

Pak Malau dan Rojak Special

tips kewangan motivasi dan kesihatan

INI adalah entri pertama yang betul-betul saya sendiri hasilkan. Ini juga adalah merupakan percubaan pertama blogging saya. Entahlah menjadi atau tidak. Sebetulnya, saya ada amali berblog sebelum ini. Tapi menggunakan platform blog percuma saja. Saya ni kalau amali memang ada. Asyik cuba dan gagal saja (try and error la tu). Kalau ikut seminar Smart Blogging – Encik Rohaizad tu memang belum lagi la atau mana-mana seminar pun.

smartblogging

Saya dah try blogspot. Apa jadi? Blog saya kena ban. Sebab? Saya copy paste artikel orang lain. Hehee..

Saya juga ada cuba berblog dengan menggunakan worpress percuma tu. Kali ni apa pula yang jadi? Kena ban juga. Apasal pula? Content bagus. Baclink pun ada. Kira sudah lebih baik daripada blog pertama tadi la. Tapi blog tu dipenuhi dengan link affiliate. Alih-alih bila saya nak publish post baru dah tak boleh la pula.

Sabar jela.. Itukan hak mereka sebagai pemilik hosting. Kita ni menumpang kasih saja. Jadi kalau menumpang tu, buatlah cara menumpang. Ye tak? Teringat pula saya pesanan Pak Malau;

Kajang Pak Malau kajang berlipat,

Kajang hamba mengkuang layu,

Dagang Pak Malau dagang bertempat,

Info, tips dan panduan menghadapi Ujian PAC dan temuduga PTD

Dagang hamba menumpang lalu.

 

Cewahh..

Baik. Sedikit pengenalan mengenai blog ini. Agar para pembaca tidak tertanya-tanya lagi kelak.

Pertama, ini adalah blog peribadi saya. Nama pun Julmazli Dot Com (nama saya sendiri). Maknanya segala artikel atau post yang diterbitkan di sini adalah pendapat peribadi saya semata-mata atas perkara yang dibincangkan. Ia tidak ada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal.

Kedua, topik yang akan dibincangkan di dalam blog ini adalah caca merba. Apa pula tu? Itu adalah perkataan lain untuk makanan sedap yang dipanggil Rojak Special. Maknanya, blog ini tidak mengkhusus di dalam perniagaan Internet atau mana-mana topik yang menarik seperti itu. Tapi campuran kepada semuanya. Apa saja yang terlintas di benak saya, saya akan tuliskan. Termasuk kewangan, penjimatan, PPL, Affiliate, motivasi, kisah sedih, kisah gembira dan apa saja.

Ketiga, pemilihan dan penggunaan perkataan di blog ini adalah mengikut gaya bahasa yang santai sahaja. Seolah saya bercakap dengan rakan-rakan karib sayalah. Oleh kerana blog ini tidak terlalu berorentasikan keuntungan, maka saya tidak mahu seperti bercakap dengan para pelanggan dan subscriber saya (mereka itu keutamaan saya jadi layanan mereka adalah rasmi). Saya mahu sesiapa juga boleh singgah, baca, faham, tertawa dan tersenyum dengan artikel-artikel atau post ringkas yang saya terbitkan di sini.

Rasanya itu saja dulu buat sementara ini. Saya sebenarnya sedikit sibuk dengan penganjuran Mini PPL saya. Kalau ada yang kurang jelas, tinggalkan saja komen anda di bawah. Kalau sudah jelas pun, tapi masih juga mahu meninggalkan komen. Itu lebih bagus..

Diharap anda beroleh sedikit manfaat dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to you by



--> Mencari Tudung Bawal, Thai Silk Dan Awning Paling Cantik? <--

Mungkin ini adalah kali terakhir anda ke sini. Jadi sebelum meninggalkan blog ini, sertailah komuniti pembaca kami. Anda akan selalu dikirimkan dengan artikel terbaru dan tidak akan pernah ketinggalan. Isikan emel anda di bawah dan jangan lupa sahkan 'Link Pengesahan Langganan' yang dihantar..

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

2 Komen Untuk – Pak Malau dan Rojak Special
  1. rohaizad 16th March 2010 7:29 am

    Takper… “pelan-pelan kayuh”… mesti sampai. Yang penting, kayuhan mesti di mulakan. :)

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    InsyaAllah..
    Terima kasih encik Ijad.. :)
    Cuba-cuba belajar berkayuh la ni.. Harap dapat sedikt tunjuk ajar dari guruku :D

    [Balas]

CommentLuv badge