Panduan Khas Ke Temuduga Pegawai Bomba KB17
- Julmazli Dempollok Menulis Dalam Kategori: Info
TEMUDUGA memasuki perkhidmatan awam sebagai Pegawai Bomba KB17 akan diadakan oleh SPA pada 19 Februari 2012 – 24 Februari 2012 ini. Pastinya calon-calon temuduga jawatan ini akan menjadi sedikit resah.

Resah di hati memikirkan apakah soalan temuduga yang akan diajukan? Apakah pula jawapan yang paling sesuai untuk diberikan? Berapa banyak agaknya soalan temuduga itu nanti? Bagaimana pakaian ke temuduga yang sesuai untuk dikenakan? Inilah antara persoalan lazim yang akan menghantui sesiapa jua yang akan menghadapi sesi temuduga.
Sedikit info kami kongsikan di sini agar memberi anda lebih persediaan sekiranya anda memang calon temuduga Pegawai Bomba KB17. Untuk pengetahuan anda, jawatan sebagai Pegawai Bomba KB17 adalah tergolong di dalam kumpulan pelaksana. Itu bermaksud, andalah yang akan menjadi barisan hadapan sekiranya ada kebakaran atau lain-lain kecemasan berlaku.
Andalah yang akan menempuhi lautan api, menyembur air, mengawasi bilik kawalan dan juga menyelenggara jentera dan peralatan. Anda harus faham ini agar lebih bersedia menjawab soalan yang dikemukakan. Pencarian anda harus ditumpukan pada bidang tugas dan perkara bersangkutan kebombaan seperti ini.
Sebelum menghadiri sesi temuduga pegawai bomba, sepatutnya anda sudah mengetahui apakah kriteria asas fizikal dalam pemilihan menjadi seorang pegawai bomba. Anda mesti mempunyai:
- ketinggian sekurang-kurangnya 1.57 Meter (lelaki) dan 1.53 Meter (wanita).
- berat sekurang-kurangnya 48kg (lelaki) dan 46kg (wanita).
- BMI di antara 19 hingga 26.
- ukuran dada 81cm (biasa) dan 86cm (menarik nafas). Ini bagi lelaki sahaja.
- lulus ujian penglihatan.
- tidak rabun warna.
- tidak ada masalah pendengaran.
- diperiksa dan diperakui sihat oleh doktor perubatan berdaftar.
Sekira kesemua keperluan di atas anda lepasi maka tidak perlu bimbang lagi. Anda layak menghadiri temuduga dan jika anda lepas temuduga. InsyaAllah kalau ada rezeki akan terpilih mengisi tempat sebagai Pegawai Bomba KB17.
Walaubagaimanapun, tidaklah patut kita menyerahkan semuanya kepada nasib baik semata-mata. Itu berjudi namanya. Amat elok jika diri dipersiapkan dengan ilmu ke temuduga. Paling tidak sekalipun, ia tentu akan masih berguna andai perlu menghadiri temuduga lain untuk jawatan lain di masa hadapan. Siapa tahu bukan?
Sedikit benar bilangan mereka yang hanya menduduki temuduga sekali sahaja dan terus terpilih. Kebanyakan daripada kita akan perlu menghadiri temuduga demi temuduga sehingga salah satu daripadanya mengena. Rakan saya sendiri ada yang menduduki temuduga ke-5 baharulah diterima.
Dengan itu dipahatkan dalam hati, maka cukup molek andai anda membaca panduan khas ke temuduga Pegawai Bomba KB17 ini. Ia sebenarnya sesuai untuk kebanyakkan jenis temuduga anjuran SPA. Jadi tiada kerugian pun memilikinya. Kita biasanya bukan hanya sekali dipanggil ke temuduga SPA kan?
P/s: Andai ada rakan anda yang juga calon temuduga Pegawai Bomba KB17, share bersama mereka perkongsian yang tidak seberapa ini. Moga lebih ramai yang lulus dalam temuduga ini. Itulah yang menjadi harapan kita.





