Julmazli Dot Com

Dimana Dunia Online Dan Offline Bertemu..

By

Panduan Khas – Kerjaya Sebagai Jururawat

SERINGKALI kerjaya sebagai Jururawat disalahtafsirkan. Orang pada umumnya akan terbayangkan wanita apabila sahaja perkataan Jururawat ini disebut.

kerjaya sebagai jururawat

Itu dahulu. Ya.. Memang benar. Pada masa itu kerjaya sebagai Jururawat didominasi oleh golongan wanita. Tetapi tidak lagi kini. Lelaki juga sudah semakin ramai yang memilih kerjaya sebagai Jururawat.

Ia tidak janggal. Ia juga tidak salah. Lihat sahaja pada perkataan ‘Jururawat’ itu sendiri, ia mendokong maksud ‘tukang rawat’. Lainlah kalau ia disebut sebagai ‘rawatwati’ atau ‘jururawatwati’ baharulah ia merujuk kepada wanita sahaja.

Satu lagi senario: Di mana-mana hospital atau klinik kerajaan (juga swasta) pesakit adalah terdiri daripada lelaki dan wanita. Untuk pesakit wanita sudah tentu senang hati mendapat jagaan daripada Jururawat wanita. Bagaimana pula dengan pesakit lelaki?

Mungkin sebahagian juga berasa senang (ehem..). Tetapi bagi pesakit lelaki yang menjaga adab susila dan halal haram. Hal ini menjadi sedikit rumit. Dan di sinilah datangnya kepentingan golongan lelaki yang menjadi Jururawat. Pada masa ini, istilah ‘darurat’ sudah tidak wujud dengan meluas lagi. Dan kita juga merasa senang hati menerima rawatan daripada Jururawat lelaki yang sememangnya memahami keperluan golongan pesakit lelaki.

Atas sebab bertambah lebarnya pembekalan tenaga kerja sebagai Jururawat berbanding penawaran kekosongan kerja yang cukup-cukup terhad, persaingan sudah pasti tertambah sengit. Hanya yang sudah menyediakan diri dengan pengetahuan temuduga dan ilmu lengkap merangkumi segala aspek kejururawatan sahaja yang akan mampu meningkatkan potensi untuk menjadikan Jururawat sebagai suatu kerjaya.

Banner KJ 468x60

Kepada calon Jururawat lelaki mahupun wanita, antara lain anda harus mengerti dan faham dengan sedalamnya apakah itu kerjaya sebagai Jururawat, permohonan Jururawat bagi lepasan SPM, permohonan Jururawat bagi lepasan Diploma, tahu soalan lazim temuduga Jururawat dan lain-lain lagi. Maklumat penting ini harus anda kuasai dan sudah dalami secukupnya sebelum mengambil keputusan menjadi seorang Jururawat.

Anda tidak boleh lagi bergantung kepada nasib baik. Pesaing anda kini terdiri daripada mereka yang memiliki kelayakan akademik yang jauh lebih tinggi dan lebih baik. Ini dibuktikan dengan statistik permohonan menjadi Jururawat pada tahun 2011 seramai 469 201 calon berbanding pada tahun 2007 seramai 439 255 calon. Kenaikan jumlah calon yang memohon sebagai Jururawat sentiasa berlaku dari tahun ke tahun.

3 Responses to Panduan Khas – Kerjaya Sebagai Jururawat

  1. norfahani binti zainal says:

    saya berminat untuk bertugas sebagai jururawat tetapi tidak tahu cara yang mudah untuk memohon jawatan ini selain saluran s.p.s yang mengambil masa yang terlalu lama untuk di panggil temuduga.terima kasih.

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Boleh rujuk pautan yang kami sertakan di dalam artikel di atas. Panduan yang diceritakan di laman web tersebut memang ditulis khusus untuk calon jururawat dan individu yang ingin memohon jawata ini.

    [Balas]

  2. ahmadyani says:

    Jururawat lelaki belum mencukupi walaupun calon yang memohon ramai.
    Artikel terkini daripada ahmadyani – 10 Wasiat Hassan al Banna Sebagai Azam Tahun Baru 2012

    [Balas]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge