15 . May . 2011

Pelbagai Jenis Buah Pisang

TIDAK perlu kita ragukan lagi kebaikan dan khasiat yang terdapat di dalam buah pisang. Sama sekali jangan ragu padanya. Kenapa? Kerana buah istimewa ini disebut dengan jelas di dalam Al-Quran dalam surah Al-Waqi’ah. Ia dirujuk sebagai tumbuhan yang terdapat di dalam syurga. Pastinya ia mempunyai kebaikan yang amat banyak sekali. Saya jamin.

pelbagai jenis dan warna pisang

Nah.. Anda tentu dapat bayangkan khasiatnya bukan? Saya amat-amat yakin dan percaya tumbuhan ini tersimpan rahsia lain yang khusus selain khasiat yang sudah didapati daripada hasil kajian saintifik terhadap kesihatan. Tentang khasiat pisang dari segi kesihatan ini, kita akan bincangkan pada satu post lain nanti. Jangan bimbang.

 

Hari ini kita hanya berbual mengenai jenis-jenis pisang sahaja..

Pada mulanya pokok pisang merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara. Kini ia  telah dikomersialkan kerana ia mudah untuk ditanam dan mudah pula tumbuh. Ini merupakan satu kelebihan besar kepada kita. Alhamdulillah.

Di Malaysia, kulitivar seperti Pisang Mas, Pisang Berangan, Pisang Cavendish dan Pisang Rastali ditanam untuk dimakan segar. Manakala kultivar seperti Pisang Nangka, Pisang Raja, Pisang Lang, Pisang Relong, Pisang Tanduk, Pisang Nipah dan Pisang Awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan.

 

Tentang warna pisang pula..

Terdapat beberapa jenis pisang yang terdapat di pasaran di seluruh dunia. Jenis yang biasa ditemui adalah pisang berwarna kuning. Jenis yang lain pula adalah seperti pisang merah iaitu sejenis pisang yang mempunyai kulit berwarna hijau merah dan buah berwarna mertah jambu.  

Rasanya amat manis seperti pisang kuning. Semakin merah buah itu, semakin banyak kandungan karotenanya. Malah ada yang berpendapat pisang merah ini lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan pisang kuning. Kalau susah-susah, makan saja semua jenis pisang. Jadi semua kebaikannya kita perolehi.

Pisang daripada jenis ‘apple’ adalah lebih kecil dan berukuran kira-kira 8cm -10cm. Buah jenis ini lebih cepat matang dan berwarna kuning. Pisang dari jenis ‘baby’ pula adalah jenis yang kecil dan berukuran kira-kira 6cm – 8cm. Isinya berwarna kuning dan dikatakan jenis ini adalah yang paling manis dalam keluarga pisang.

Jenis buah pisang berwarna kuning yang banyak dimakan oleh penggemar pisang adalah percantuman antara pokok pisang jenis hijau dan jenis merah daripada spesies musa acuminate atau hybrid musa x paradisiaca.

 

Begitulah serba sedikit pengenalan mengenai buah pisang dan jenis-jenisnya. Semoga ia memberi pengetahuan kepada anda dan meluaskan lagi ilmu anda..

P/s Setiap minggu saya akan membeli dua sisir buah pisang. Biasanya yang terdapat di tempat saya adalah dari jenis Pisang Mas, Pisang Berangan dan Pisang Rastali. Dua sisir itu adalah memadai untuk bekalan selama seminggu. Amat elok dinikmati setengah jam sebelum makan sarapan pagi, tengahari dan malam. Biasanya 3 biji dengan segelas air putih. Masalah penghadaman termasuk sembelit dan tanda-tanda awal buasir yang saya alami telah hilang. Kini sistem penghadaman saya kembali normal dan malah lebih bagus daripada sebelumnya. icon smile

3 Komen Untuk – Pelbagai Jenis Buah Pisang
  1. musi 22nd May 2011 7:22 am

    Salam;
    aduh banyak jensi pisang rupanya, di negara lain mungkin ada jugak pisang yg x de di negara kita, lagi macam2 lah.
    ada dibagi tau oleh seorang mahir perubatan organik n rempah, kata nya pisang rastali antara yg terbagus . saya paling gemar ni dan dibikin cok’kodok, lepat n pengat p raja/nangka.

    [Balas]

  2. Helmi 6th September 2011 6:49 am

    Salam Aidilfitri …. jalan jalan mencari Ilmu
    Artikel terkini daripada Helmi – NENAS BUKAN PEMBUNUH

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Salam Aidilfitri tuan Helmi. Silakan..
    Moga mendapat sedikit manfaat dan kebaikan daripada blog yang tidak sepertinya ini.

    Terima kasih kerana sudi berkunjung.. :)

    [Balas]

CommentLuv badge