Julmazli Dot Com

Dimana Dunia Online Dan Offline Bertemu..

By

Pendaftaran MUET Sesi Mac, Sesi Julai Dan Sesi November 2012

UNTUK 2012, Majlis Peperiksaan Malaysia telah menetapkan ujian MUET diadakan sebanyak 3 kali yakni MUET sesi Mac, sesi Julai dan Sesi November 2012. Berikut adalah perinciannya..

pendaftaran muet 2011

MUET sesi Mac:
Pendaftaran dibuka – 1 November 2011
Pendaftaran ditutup – 17 November 2011 dan 19 Januari 2012 (ini untuk calon memperbaiki keputusan MUET Akhir Tahun 2011 sahaja)
Tarikh tutup perpindahan pusat – 28 Disember 2011
Ujian Speaking – 20, 21, 22, 23 Februari 2012 dan 27, 28 Februari 2012
Ujian bertulis – 3 Mac 2012

MUET sesi Julai:
Pendaftaran dibuka – 2 April 2012
Pendaftaran ditutup – 19 April 2012 dan 3 Mei 2012 (ini untuk calon memperbaiki keputusan MUET sesi Mac 2012 sahaja)
Tarikh tutup perpindahan pusat – 23 Mei 2012
Ujian Speaking – 2, 3, 4 Julai 2012 dan 9, 10, 11 Julai 2012
Ujian bertulis – 28 Julai 2012

MUET sesi November:
Pendaftaran dibuka – 9 Julai 2012
Pendaftaran ditutup – 26 Julai 2012 dan 26 September 2012 (ini untuk calon memperbaiki keputusan MUET sesi Julai 2012 sahaja)
Tarikh tutup perpindahan pusat – 29 Ogos 2012
Ujian Speaking – 15, 16, 17, 18 Oktober 2012 dan 22,23 Oktober 2012
Ujian bertulis – 10 November 2012

Sedia dimaklumi bahawa pendaftaran MUET adalah dengan menggunakan kaedah online. Sekiranya ada yang belum tahu cara untuk mendaftarkan diri ke ujian MUET sila rujuk panduan ringkas cara daftar MUET ini. Ia adalah post lama saya, walaupun begitu caranya masih belum berubah.

Di bawah saya senaraikan pautan-pautan penting yang berkaitan dengan ujian MUET ini:
1. Pautan untuk mendaftar ujian MUET.
2. Pautan untuk menyemak slip daftar MUET (MUET/D).
3. Pautan untuk menyemak keputusan MUET anda.
4. Pautan untuk keputusan pindah/tumpang pusat/tukar tarikh speaking.
5. Pautan untuk keputusan rayuan semak semula keputusan ujian MUET.

- Khas untuk calon memperbaiki keputusan MUET -
Kegagalan lalu biasanya berpunca daripada kesilapan. Apa yang baiknya ialah kesilapan boleh diperbaiki dan dielakkan pada masa depan. Barangkali, kesilapan lepas ituĀ berpunca daripada sikap tidak ambil pada atau acuh tak acuh. Jadi elakkanlah kali ini dengan membuat persediaan yang lebih rapi ketika menghadapi ujian MUET. Kami mencadangkan Panduan Lulus Ujian MUET Dengan Cemerlang. PanduanĀ ini telah berhasil membantu ramai calon memperbaiki keputusan mereka. Mungkin sudah tiba masanya untuk anda bersikap lebih serius kali ini. Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda dalam hal-ehwal berkaitan MUET.

6 Responses to Pendaftaran MUET Sesi Mac, Sesi Julai Dan Sesi November 2012

  1. KHai says:

    Salam sejahtera rakan2 semua…

    Ada berita baik buat anda yang baru nak ambil peperiksaan MUET, yang GAGAL dan nak ambil semula, yang TAK PERNAH LULUS, yang nak memperbaiki band yang diperoleh dalam peperiksaan MUET yang lalu. Rakan saya Saudara Shamsul Ariffin telah menerbitkan sebuah panduan untuk lulus dalam peperiksaan MUET.

    Jika anda berminat untuk mendapatkan panduan tersebut Sila layari website di bawah ini sekarang…

    http://bit.ly/rahsialulusmuet

    [Balas]

  2. zatul asmah says:

    Saya bru nk cubs muet..tlg nasihat.tq

    [Balas]

  3. norazilaa zaba says:

    Saya ingin tahu mengenai Jadual tarikh pendaftaran dan penutupn muet bagi tahun 2013

    [Balas]

    werson jerry Reply:

    saya pun tertunggu tunggu bilakah agaknya iklan untuk sesi 2013 diumumkan

    [Balas]

  4. nursyafiqah binti mohd asri says:

    saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan tarikh tutup pendaftaran MUET bagi sesi November 2012. Adakah pendaftaran masih lagi dibuka?
    saya tidak pasti samada tarikh tutup pada 26 Julai 2012 atau 26 september 2012.
    Terima kasih.

    [Balas]

    nur nazihah Reply:

    sy pun mempunyai soalan yang sama kerana pendaftaran utk 26 september tak berjaya.

    [Balas]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge