17 . Jan . 2012

Petua Mendapat Khasiat Buahan Semaksima Mungkin

tips kewangan motivasi dan kesihatan

TIDAK perlu dibincangkan lagi khasiat dan kebaikan yang dibawakan oleh buah-buahan terhadap kesihatan. Sudah terbukti dan sudah dipercayai umum akan nilai pemakanan yang dikandunginya.

petua dapatkan khasiat buahan maksima

Kita begitu bertuah sekali tinggal di sebuah negara tropika. Kaya dengan pelbagai jenis buah-buahan. Aneka nama, pelbagai rasa dan bermacam khasiat. Ada yang manis, masam, kelat dan pahit.

Buah seperti Manjakani memang sedikit pahit dan berbau kurang enak. Tapi terlalu sedikit buahan lain yang mampu menandingi nilai perubatannya. Buah pahit yang hampir tiada tolok bandingnya. Saya memang suka buah manjakani ini, insyaAllah saya akan cuba membincangkan kebaikan buah hikmat ini di suatu post lain kelak.

Dikongsikan kali ini empat petua bagaimana kita dapat memaksimakan khasiat buahan:

Info, tips dan panduan menghadapi Ujian PAC dan temuduga PTD

- Beli berdasarkan musim -
Membeli buahan pada musimnya adalah langkah yang bijak. Ini memberi kemenangan di dua sudut; 1. harga murah, dan 2. lebih berkualiti. Katakan musim buah Durian, maka harganya akan menjadi lebih murah di samping buahan tersebut adalah segar dari ladang (dusun).

- Makan mentah -
Jamahlah buahan mentah. Ia 5 kali lebih baik daripada yang sudah diproses dan 3 kali lebih baik daripada buah yang sudah digoreng atau rebus.

- Jadikan makanan utama -
Bagaimana caranya? Kita ambil contoh sarapan. 5 biji pisang dijadikan sarapan sementara air pula dihidangkan daripada jus epal atau jus oren. Ini mengikut kreativiti anda sendiri. Sebarang buahan lain pun boleh.

Cara seterusnya ialah dengan sentiasa mencampurkan buahan ke dalam lauk pauk. Misalnya daging yang dicampur nenas, ayam dicampur lobak dan lain-lain.

- Dibuat makanan ringan -
Ini boleh dilakukan pada sela-sela waktu makan utama. Sebelum makan tengahari atau di antara waktu makan malam.

Amalan ini akan membantu mengurangkan berat badan dengan efektif tanpa bantuan penggunaan ubatan. Ia juga meningkatkan kualiti kesihatan hidup anda. Selamat mencuba. Jika anda ada petua lain yang diamalkan, jangan keberatan berkongsi dengan saya dan pembaca lain melalui ruangan komen. Kami suka mendengarnya.. icon smile

Diharap anda beroleh sedikit manfaat dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to you by



--> Mencari Tudung Bawal, Thai Silk Dan Awning Paling Cantik? <--

Mungkin ini adalah kali terakhir anda ke sini. Jadi sebelum meninggalkan blog ini, sertailah komuniti pembaca kami. Anda akan selalu dikirimkan dengan artikel terbaru dan tidak akan pernah ketinggalan. Isikan emel anda di bawah dan jangan lupa sahkan 'Link Pengesahan Langganan' yang dihantar..

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

CommentLuv badge