25 . Jan . 2012

Petua Menghadapi Peperiksaan Bertulis Anjuran SPA

tips kewangan motivasi dan kesihatan

BERASA lega kerana sudah melepasi kesemua peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM, Peperiksaan Semester di IPTA dan IPTS? Tidak begitu mudah sahabatku. Kerana ada satu lagi peperiksaan bertulis yang paling digeruni oleh mana-mana calon.

petua menduduki exam bertulis anjuran spa

Satu lagi peperiksaan bertulis yang akan menentukan masa hadapan anda. Bukannya sekadar menentukan lulus atau gagal seperti peperiksaan sebelum-sebelum ini. Ia dianjurkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan namanya juga ada pelbagai. Bergantung kepada jenis jawatan apa yang anda pohon. Itulah dia Peperiksaan Bertulis Memasuki Perkhidmatan Awam anjuran SPA.

Jadi sempena awal-awal tahun ini, suka saya berkongsikan petua menghadapi peperiksaan bertulis anjuran SPA. Boleh dikatakan ini memang kena pada masanya kerana pada waktu awal tahun seperti ini belum begitu banyak peperiksaan bertulis yang SPA jalankan. Diharap dengan perkongsian ini akan memberikan anda lebih persediaan. Tapi sebelum itu, jawatan apa yang ada peperiksaan bertulis ini?

Jawatan Yang Ada Peperiksaan Bertulis

Berikut adalah senarai jawatan yang memerluan seseorang calon mesti menduduki dan lulus peperiksaan bertulis:

01. Akauntan W41
02. Juruaudit W41
03. Pegawai Antidadah S41
04. Pegawai Kawalan Trafik Udara A41
05. Pegawai Hal Ehwal Islam S41
06. Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41
07. Penguasa Kastam WK41
08. Penolong Pegawai Tadbir N3-1
09. Perangkawan E41
10. Peperiksaan Memasuki 14 Skim Perkhidmatan Gred 41

Tujuan Peperiksaan Bertulis

Harus diketahui, peperiksaan bertulis ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan anda mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. SPA sedar, calon yang menduduki peperiksaan bertulis ini adalah terdiri daripada pelbagai jurusan. Maka disebabkan itu, soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat peperiksaan bertulis ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran anda. Supaya dapatlah mereka menilai adakah anda sesuai dengan kualiti serta potensi untuk dilantik sebagai pegawai jawatan yang berkaitan.

Struktur Kertas Peperiksaan Bertulis

Secara amnya, struktur peperiksaan bertulis ini merangkumi empat kertas berasingan iaitu Seksyen A, Seksyen B, Seksyen C dan Seksyen D. Seksyen C dan D biasanya biasanya memerlukan anda menulis esei atau laporan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Blog khas untuk bakal-bakal PTD Gred M41

Setiap kertas memang direka khas untuk mengukur prestasi calon. Jadi, anda perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan belum tentu memuaskan. Namun, jika anda mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, ini pastinya memberi prestasi keseluruhan yang baik.

Oleh itu, adalah dinasihatkan supaya tidak memfokus atau kata orang ‘spot’ kepada kertas tertentu sahaja. Misalnya hanya memberi sepenuh persediaan terhadap seksyen D (esei BI) sahaja. Perbuatan ini adalah merbahaya. Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim jawatan yang anda pohon. Maknanya tak lulus, tak dilantik la.

Cara Menjawab Soalan Peperiksaan Bertulis

Anda hendaklah menjawab soalan di Seksyen A dan Seksyen B menggunakan Kertas OMR yang diberikan nanti dengan menggunakan pensil 2B. Sementara untuk Seksyen C dan Seksyen D pula, jawapan mesti ditulis di dalam Kertas Tulis SPA menggunakan pena berdakwat hitam atau biru.

Panduan Umum Menghadapi Peperiksaan

01. Jangan sekali-kali lupa membawa:
- Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan Bertulis.
- Kad Pengenalan.
- Pensil 2B.
- Pemadam lembut.
- Pena mata bola berdakwat hitam atau biru.
- Peralatan lain yang difikirkan sesuai.

02. Anda sangat digalakkan berada di pusat peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
03. Patuhi arahan Ketua Pengawas.
04. Tidak dibenarkan berkomunikasi dengan mana-mana calon lain.
05. Angkat tangan jika ada masalah atau sebarang pertanyaan.
06. Hanya selepas 30 minit peperiksaan bertulis dimulakan baru dibenarkan meninggalkan pusat peperiksaan.
07. Pastikan No. KP pada kertas jawapan sama seperti dalam Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.
08. Tidak dibenarkan membawa sebarang rujukan.
09. Pakailah yang kemas, sopan dan tidak menjolok mata.
10. Penggunaan kalkulator adalah tidak dibenarkan.

Tiga Petua Semasa Menjawab Soalan Peperiksaan Bertulis

1. Abaikan dahulu soalan yang sukar.
- Jangan buang masa. Beralih ke soalan seterusnya yang mungkin lebih mudah untuk anda jawab. Selepas semuanya selesai baru kembali ke beberapa soalan sukar itu tadi.

2. Pilih jawapan yang paling tepat.
- Ini untuk soalan Seksyen A da Seksyen B. Sila ambil perhatian pada perkataan ‘paling tepat’ itu. Anda harus sedar kesemua pilihan jawapan adalah hampir tepat. Jadi pilih yang paling tepat sahaja.

3. Susun idea dengan teratur
- Ini untuk Seksyen C dan Seksyen D. Tulis esei atau laporan dalam urutan idea yang teratur. 1 idea, 1 perenggan. Daripada paling bernas kepada kurang bernas. Pastikan tulisan anda secantik dan sekemas yang boleh. Gunakan kosa kata Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang luas dan tepat.

- Disebabkan tiada had panjang esei atau laporan yang mesti ditulis, maka ia mengalakkan calon yang tiada perancangan dalam penulisan untuk merapu atau menulis hal-hal yang kurang berkaitan dengan tajuk yang diberi. Jadi fokus. Rancang dahulu susunan idea dan kembangkannya.

Semoga petua menghadapi peperiksaan bertulis anjuran SPA yang dikongsikan ini membantu anda dalam membuat persediaan sebelum menghadapinya. Saya iringi doa semoga anda berjaya di hari peperiksaan itu nanti. Amin.

Kongsikan pendapat anda melalui komen dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to you by



--> Cepat! Aneka Produk Wanita Pada Harga Istimewa! <--

Tidak mahu terlepas post terkini? Saya akan ingatkan anda melalui email! Tapi jangan lupa klik 'Link Pengesahan Langganan' anda. Sila rujuk artikel ini dahulu untuk caranya. Selepas itu masukkan alamat email anda di bawah dan klik hantar:

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

2 Komen Untuk – Petua Menghadapi Peperiksaan Bertulis Anjuran SPA
  1. muse 30th January 2012 1:29 pm

    Assalam bro.nak tanya peperiksaan ni ada melibatkan pengiraan tk?
    Artikel terkini daripada muse – Piala F.A Manchester United Vs. Manchester City

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Wkslm WBT..
    Iya.. Terdapat satu seksyen khas yang melibatkan pengiraan dan daya menyelesaikan masalah. :)

    [Balas]

CommentLuv badge