Proton Preve – Model, Harga, Spesifikasi Dan Warna!
- Julmazli Dempollok Menulis Dalam Kategori: Review
TIADA sebarang sebab yang nyata kenapa kali ini saya berkongsi perihal berkenaan kereta model proton terkini yang sedang hangat diperkatakan di sana-sini yakni – Proton Preve. Bukan saya ingin bertukar kereta. Setakat ini kenderaan lama saya yang juga model lama proton masih lagi mampu memenuhi segala keperluan.

Cuma rasa terpanggil berkongsi maklumat ini kerana dalam hati berasakan pasti ada yang sedang berkira-kira. Ada yang sedang membanding-banding. Dan ada yang sedang menimbang-nimbang. Ada yang sedang menghitung-hitung.
Saya ringkaskan sahaja maklumat-maklumat di bawah yang merangkumi kesemua apa yang anda perlu tahu mengenai Proton Preve termasuklah model, harga, spesifikasi dan warna.
Model
- Proton Preve didatangkan khas dalam tiga model setakat ini yakni 1.6 CVT Premium (auto), 1.6 Executive CVT (auto), 1.6 Executive MT (manual).
Harga
- OTR price termasuk insurans untuk ketiga-tiga model ini adalah berbeza. Di bawah adalah harga Semenanjung Malaysia (sementara Sabah dan Sarawak lebih tinggi sedikit). Berikut adalah perinciannya:
1. Proton Preve model 1.6 CVT Premium (Metallic) – RM72 990
2. Proton Preve model 1.6 CVT Premium (Solid) – RM72 540
3. Proton Preve model 1.6 CVT Executive (Metallic) – RM62 990
4. Proton Preve model 1.6 CVT Executive (Solid) – RM62 540
5. Proton Preve model 1.6 MT Executive (Metallic) – RM59 990
6. Proton Preve model 1.6 MT Executive (Solid) – RM59 540
Spesifikasi
- Antara spesifikasi Proton Preve adalah dilangkapi dengan enjin turbo 1.6 (dikatakan mampu menghasilkan kuasa yang sama dengan enjin 2.0), berkekuatan dengan 138PS pada 5 000rpm, daya kilasan 205 Nm, dilengkapi suis penghidup enjin (model Premium sahaja), stereng berkuasa hidraulik, brek ABS dengan EBD, sambungan 4G WiFi, sistem GPS, audio CD MP3 (dengan Bluetooth, USB dan sambungan iPod) dan juga beg udara.
Warna
- Terdapat enam warna yang boleh dijadikan pilihan oleh bakal pemilik seperti Blue Lagoon, Fire Red, Genetic Silver, Solid White, Tranquility Black dan Elegant Brown.
Anggaran kasar ansuran untuk pembelian kereta ini (9 tahun) adalah di antara RM629.33 sebulan – RM765.94 sebulan (bergantung kepada model yang dipilih). Jika ada di kalangan pembaca yang sudah memandu uji atau mempunyai lain-lain maklumat berkaitan, sebarang maklumat tambahan yang diberikan saya hargai.






redlomo 23rd April 2012 8:54 am
rasa mcm nak tukar kereta jer…
[Balas]
ahmad khalil 10th November 2012 12:46 am
ari isnin ni kereta saya sampai…hai x sabar rasa nya nk memandu preve 1.6 CVT sy.daripada apa yg sy perolehi preve kereta ini bagus untuk keluarga yg sederhana.
[Balas]