Selamat Hari Ibu: Serikandi Hati
- Julmazli Dempollok Menulis Dalam Kategori: Umum dan Relaks
SAYA tidaklah begitu mahir dalam bab menulis cerita-cerita sedih ini. Saya lebih senang menyampaikan info atau berkongsi fakta-fakta. Tulis apa yang sepatutnya saja. Mudah. Tapi sempena sambutan Hari Ibu ini, kena tulis sedih juga sikit-sikit.
Maklumlah budak-budak sekarang tak makan saman (dorang makan fast food saja). Kalau setakat suruh kenang jasa ibu, memang takda maknanya la. Tapi apa pun, sebelum lalutan menjadi lebih panjang, saya dengan seikhlas hati mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang sudah dan akan bergelar ibu tidak lama lagi.
Kalau kita soroti ke belakang masa sedikit, dari mana datangnya kita? Takkan dari pokok pisang kot. Membesarkan kita bukanlah semudah meminjam beras daripada jiran untuk dibuat bubur. Membesarkan kita bukanlah sesenang berhutang di kedai runcit untuk mendapatkan barangan dapur.
Kalau sesiapa yang lahir di dalam keluarga miskin, maka tahulah dia apakah makna yang cuba disampaikan di atas.
Tidak seharusnya kita cuma mengingati pengorbanan ibu apabila tiba satu hari yang dipanggil sebagai Hari Ibu ini sahaja. Mentang-mentang bekerja di bandar, pangkat tinggi, gaji besar, bini cantik, anak lawa. 3 kali saja pulang menjenguk ibu – sekali Raya Eidulfitr, sekali Raya Haji dan sekali Hari Ibu (kisah benar salah seorang yang saya kenali).
Tapi orang bilang, sekeping gambar mewakili seribu perkataan. Jadi cuba teliti gambar-gambar di bawah. Apakah yang boleh diperolehi hasil daripada pengamatan anda? Sengaja saya tidak menyertakan penerangan untuk setiap gambar kerana ini berkaitan dengan persepsi seseorang. Lain orang, lain yang dilihat. Lain orang, lain pengajaran yang diperolehi.
——-

——-

——-

——-

——-

——-

——-
Kasih ibu tidak dibuat-buat. Tulus ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Sungguh, merekalah serikandi hati yang sebenar.







ahmadyani 21st May 2012 6:44 pm
Bila seseorang itu sudah tua dan masak dengan karenah anak sendiri, baharulah dia teringat layanannya sendiri kepada ibunya yang sudah tiada.
Artikel terkini daripada ahmadyani – Jenama Yang Membelenggu Dan Membebaskan Kehidupan
[Balas]