18 . Mar . 2010

Siapa Budak Itu Sebenarnya?

tips kewangan motivasi dan kesihatan

1993

SEORANG budak berumur 10 tahun membantu ibunya menghidupkan api. Ia adalah dapur tanah yang menggunakan kayu dan reranting kering sebagai bahan api. Dia meniup bara api yang mulai menyemarak.

“Hari ini lauk apa mak?”

lagendabudakmiskin1

 

“Pucuk ubi kayu.” Sahut ibunya sambil membersihkan belanga untuk menanak nasi yang dipinjam dari jiran tadi.

“Mak.. Kenapa masa kenduri di rumah atuk, kami duduk makan atas lantai? Sepupu yang lain duduk atas meja?” Becok sekali bertanya sambil mengingati situasi pada waktu itu.

Sementara yang lain seronok bermain, dia dan abangnya mengangkut air dari perigi untuk kegunaan memasak. Kakak yang lain pula membantu di dapur atau membasuh pinggan.

 “Sebab kita orang miskin nak. Badan dan baju yang kita pakai kotor sedikit. Nanti tak elok makan depan orang.” Penerangan diberikan.

“Ohh..”

Begitulah antara hari-hari yang dilaluinya. Beg ke sekolah ialah plastik pembungkus barang. Nasib baik seragam sekolah dan peralatan tulis diberikan pihak sekolah (ihsan daripada kerajaan negeri). Pinjaman buku teks pun turut disediakan. Dalam usia sekecil itu dia tidak terasa sangat. Hanya tahu bermain dan bermain. Permainan yang tidak memerlukan wang seperti berkejaran ke sana sini, menangkap ayam jiran, memancing ikan di lopak berhampiran dan seperti itu. Tiada apa-apa masalah melainkan kadang-kadang terpaksa menahan lapar andai ayah tidak mendapat sebarang hasil tangkapan untuk dijual kepada pemborong atau terjaga semasa lena tidur di malam akibat air hujan yang menitik dari atap rumah yang bocor.

 

Info, tips dan panduan menghadapi Ujian PAC dan temuduga PTD

1996

Masalah bermula ketika dia meningkat remaja. Betapa sukarnya untuk menyesuaikan diri. Status dan latar belakang yang berbeza. Sudah tentu seperti remaja yang lain, dia juga ingin kelihatan menarik dan bergaya. Tapi dia tidak mampu berbuat begitu. Keinginan untuk berkawan dengan rakan berlainan jantina juga terpaksa dibantutkan. Rakan yang nakal selalu mempersendakan kedaifan dirinya. Rakan yang baik pula mempertahankannya. Apa yang dia boleh lakukan? Menggunakan kekerasan tidak membawa sebarang manfaat. Bukan dia tidak berdaya tapi bukan itu caranya. Anda tidak boleh bayangkan tuan-tuan. Remaja yang tidak memiliki selipar. Kemana-mana hanya menggunakan kasut sekolah sahaja. Seragam sekolah yang dibelikan ayah itu, hanya sepasang dan cuma mampu bertahan untuk sepanjang 3 tahun pertama persekolahan saja. Sementara dalam tingkatan 4 dan 5, dia bertuah diberikan seragam terpakai sepupu terdekat.

 

2002

Dipendekkan cerita, selepas berjaya mendapat pekerjaan pertama yang dipohonnya. Dia melaporkan diri untuk sesi latihan. Di sana menemui seseorang dan mengikat janji. Mereka bertunang akhirnya. Namun disebabkan jodoh tidak ada, mereka terpisah. Penghinaan yang dilemparkan mengenai asal usulnya memang akan menjadi kenangan yang tidak akan terlupakan. Dia mengaku memang tidak mampu menurutkan kehendak buah hatinya seperti orang lain. Menonton wayang, membeli belah dan menghadiahkan hiasan berharga. Elaun yang diterima sepanjang kursus kebanyakannya dihantar pulang untuk meringankan bebanan keluarga.

Iya.. Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada sifat semulajadi. Sifat malu, marah dan dendam. Dendam yang sangat mendalam. Siang dan malam membakar fikiran. Mengalir dalam darah. Bersatu dalam nafas. Bersarang dalam hati. Menyumbat arteri dan pembuluh darah. Malah membesar bersamanya. Sesiapa juga berhak membalas dendam. Dan budak juga itu berdendam. Budak itu adalah seorang pendendam. Tapi dia sedar. Dendam, dendam juga, kalau nak balas pun mesti mematuhi syarat-syaratnya.

Apa pula syarat tersebut? Syaratnya, kita balas dengan cara yang sungguh bergaya dan mengesankan kepada seteru. Bukan memukul, mencaci maki atau membunuh. Itu sudah terkeluar dari landasan kewarasan dan undang-undang. Membunuh mereka tidak membawa apa-apa makna. Kalau mereka sudah tiada kelak, siapa yang akan menjadi saksi kebangkitan anda? Mereka sakit sekejap sahaja, dan semuanya sudah berakhir. Hanya meninggalkan anda bersama dendam yang tidak berkesudahan. Sudahlah begitu, anda terpenjara pula di dalam kekesalan berpanjangan di dalam penjara Sungai Buluh.

Sebaliknya, balaslah dengan jalan yang bermaruah dan bermartabat. Saatnya mereka menyanjung tinggi anda. Mereka mengagumi anda. Mereka malu kepada anda. Mereka menghormati anda. Mereka akan sedar bahawa mereka sudah bukan tandingan anda lagi. Mereka sebenarnya sudah menyerah dan tewas. Pada saat mereka mengaku kalah itu, anda tahu yang anda adalah pemenang. Pemenang sejati. Anda adalah yang teratas, disegani kawan dan dihormati lawan. Ehh.. Bukankah ini salah satu dari ciri-ciri seorang lagenda perang??

 

Kini

Dan tahukah anda, kisah budak itu belum berakhir lagi.. Dia kini sedang sangat giat membangunkan diri dan mencorakkan masa depannya. Sama-samalah kita lihat apakah budak itu berjaya mencapai cita-cita dan harapannya? Adakah dia mampu menjadi seorang lagenda perang? Atau sekurang-kurangnya dia masih mampu menjadi bintang pemasaran?

Jangan bimbang, saya akan update perkembangan budak tersebut di sini dari masa ke semasa. Khusus untuk semua pembaca blog ini. Kalau ada nasihat lain untuk budak itu, anda boleh tinggalkan di ruangan komen. Nanti saya tolong sampaikan..

Diharapkan anda mendapat manfaat dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to you by



--> Membeli Belah Barangan Wanita Secara Online <--

Mahu sentiasa mengetahui post terkini kami? Kalau begitu, kami akan hantarkan melalui emel! Masukkan emel anda di bawah dan klik hantar. Nanti jangan lupa periksa inbox emel anda dan klik 'Link Pengesahan Langganan' yang kami hantarkan. Sila rujuk artikel ini untuk penerangan lanjut.

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

19 Komen Untuk – Siapa Budak Itu Sebenarnya?
  1. Eash 18th March 2010 9:30 am

    Sedar tidak sedar…. menitis air jernih dari empangan mata tatkala membaca bait-bait ceritera mengenai budak itu…

    kadang-kadang kita teralpa seketika dari mana asal usul kehidupan kita (pesanan kepada diri sendiri yang selalu alpa)…

    Katakan pada budak itu… dan sampaikan padanya…

    Kebanggan kita yang terbesar bukan kerana tidak pernah gagal, tetapi bangkit kembali setiap kali kita jatuh…

    Jangan sesekali budak itu mengalah hanya kerana caci dan maki golongan picisan itu…mara dan terus berusaha…Insyallah kejayaan pasti tiba…

    Terima kasih untuk peringatan ini Teng….

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    @Eash – InsyaAllah saya sampaikan.
    Mudah-mudahan dia tidak terpesong dan fokus dalam usahanya.

    [Balas]

  2. ivymarice 18th March 2010 9:45 am

    sedih cerita ni jul..
    sambung lg cerita ni..sa tunggu keluaran akan datang.
    bagus untuk tatapan/pengajaran kepada semua orang.terima kasih kerana berkongsi cerita seperti ini..
    sa insaf sikijap..hehehee

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    @ivymarice – Sama. Akan bersambung nanti.
    Sabar..

    [Balas]

  3. Shukor 19th March 2010 1:31 am

    Salam Tuan Julmazli.

    satu kisah yang menarik dan dapat menjadi bahan untuk muhasabah diri…

    Sekali gagal tidak bermakna gagal buat selama-lamanya.

    P/S: Post pertama saya dalam blog Tuan yang menarik ni :)

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Salam tuan Shukor..
    Benar tuan. Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tidak sepertinya ini.
    P/s :) Maaf ya, belum begitu kemas. Maklumlah baru belajar berblogging.

    [Balas]

  4. mee 23rd March 2010 3:22 pm

    siapa budak ni sebenarnya …?????

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    @mee – Akan didedahkan pada siri yang akan datang.. :)
    Tungguuu..

    [Balas]

  5. dream17 23rd March 2010 3:42 pm

    salam Jul..

    Perkongsian realiti kehidupan yang memberikan inspirasi..membuka minda pembaca untuk lebih positif menghadapi kehidupan ini..

    Salam Sukses..ceria selalu..

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Salam dream17..
    Hanya salah satu cerita kecil daripada sekian banyaknya kisah-kisah hebat yang boleh dijadikan renungan dan ikhtibar bersama. :)

    [Balas]

  6. usop 24th March 2010 12:07 am

    Salam Jul,
    Menarik baca kisah yang dipaparkan. t. kasih dan harap dapat tuan teruskan lagi…

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Salam encik Usop..
    Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca.
    Jemput datang lagi ya. :)

    [Balas]

  7. Liza 24th March 2010 3:16 am

    Tersentuh sangat bila membaca artikel ini…walaupun tidak pernah mengalami keadaan seperti budak itu..tetapi hati seolah merasai dan memahami perasaan budak itu…
    Saya mendoakan pengakhiran yang terbaik untuk budak itu…

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    Terima kasih cik puan Liza.. :)
    Harap-harap budak tu tidak terpesong dari landasan yang betul.

    [Balas]

  8. mrsx 24th March 2010 4:02 am

    saya rasa saya boleh teka siapa budak tu.. apa-apa pun..semoga dia berjaya

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    @mrsx – Anda memang bijak bestari.. :p

    [Balas]

  9. mijie 25th March 2010 7:37 am

    perjalanan hidup budak tu hampir sama dengan seorang budak lagi, hidup dia pun sama…pernah melalui zaman dibesarkan di sawah padi kerana ibunya mebanting tulang 4 kerat untuk mencari sesuap nasi

    budak tu pun melangkah ke alam remaja dan pinangan
    dibatalkan pada saat tinggal sehari saja lagi hendak majlis….

    dan budak tu pun masih sama mcm budak dalam cerita dalam blog ni, masih mencorak dan memulakan kehidupan…semoga langkah budak dalam blog ni akan seiringan ngan budak lagi satu tu

    [Balas]

    Julmazli Dempollok Reply:

    @mijie – Wahh.. sedih juga cerita budak lagi satu tu ya bro. Bagus kalau dijadikan cerita di blog tu. Nanti saya baca.. :p
    Saya doakan budak-budak tu berjaya. Budak dalam cerita ini masih agak ketinggalan jauh lagi. :)

    [Balas]

  10. tokbatin 14th May 2010 5:11 am

    Salam Tuan Jul. Tok rasa tok kenal budak tu Tuan Jul.

    Inilah hakikat kehidupan kita di dunia ini. Kaya kita rai, Miskin kita dicaci. Cerita budak tu dan Tuan Mijie sama seperti budak yang seorang ini dan tok yakin sama juga dengan orang-orang yang lain.
    Budak ini dulu sekolah berjalan kaki, kasut plastik je yg mampu dibeli oleh keluarga dan bekal hanyalah ubi kayu rebus. Ia dihina oleh kawan2 dan ada kala bekalan dilontar tanah. Namun budak ini tak melawan bukan takut Tuan Jul tapi malas nak cari musuh. Ia tetap layan kawannya tadi dengan hikmah. Budak ini bila besar dengan izin Allah dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading. Belum sempat genggam sejulung sijil ayah tercinta telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Waktu itu dia sedang menghadapi final exam. Budak ini dahulunya menjadi cacian kawan2, saudara mara dan jiran tetangganya. Bila telah berumah tangga budak ini menjadi cacian adik-bradik isterinya kerana dia masih lagi tak punya apa2 dan menjadi ungkitan isterinya. Budak ini tak putus asa kerana padanya akan ada sinar dihujung terowong. Tuhan itu Maha Kaya.
    Percayalah ilmu, usaha, doa dan tawakkal akan dapat membimbing kita ke arah jalan yang benar.

    [Balas]

CommentLuv badge