Spam Di FaceBook
- Julmazli Dempollok Menulis Dalam Kategori: Info
NOTA* Inilah pasal. Selalu sangat kita dengar mengenai spam. Tapi spam itu apa sebenarnya?
Menurut SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) memberi definisi spam sebagai aktivti penghantaran mesej yang tidak diperlukan misalnya mel elektronik (emel) menerusi Internet atau mesej menerusi SMS kepada pengguna. Ia turut merangkumi semua jenis mesej sama ada komersial atau bukan komersial serta daripada pinjaman perumahan, gadaian, kandungan lucah dan dadah mempertingkatkan rangsangan seks.
Masalah spam mesti ditangani pada peringkat individu dengan melaksanakan proses kendalian kendiri, iaitu penerima boleh mengabaikan saja spam diterima atau terus memadamkannya daripada senarai mel elektronik mereka.
Lebih lanjut menegai hal ini, boleh baca di laman SKMM berkenaan definisi Spam..
Kaedah promosi secara spam ini kebiasaanya dilakukan oleh mereka yang baru mencuba apa-apa program buat duit di Internet. Kesalahan tidaklah boleh diletakkan sepenuhnya kepada mereka, mungkin mereka belum tahu. Oleh itu saya mengambil inisiatif untuk menerbitkan catatan ini. Harap ia sedikit sebanyak membantu.

Berbual mengenai Facebook sebagai alat promosi. Iya memang Facebook sesuai menjadi kaedah pemasaran yang efektif. Jangan kata kita sebagai usahawan kecil, malah Celcom, Airasia, Astro dan banyak lagi juga mengiklankan di FB.
Antaranya mengiklankan di ruang yang sudah disediakan (FB Advertising), membuat Page, menubuhkan group, melalui status, gambar dan nota (seperti ini).
Beberapa contoh promosi yang dianggap spam di Facebook;
- Menghantarkan satu email iklan kepada seramai mungkin rakan-rakan FB sekaligus (contohnya, 1 email – 20 penerima).
- Terlalu kerap update status ke wall sendiri yang mengandungi iklan ke pautan affiliate dan sebagainya.
- Menulis mengenai iklan anda di wall rakan-rakan.
- Tag nama rakan-rakan di gambar anda yang mengandungi iklan.
- Tag nama rakan-rakan di nota anda yang mengandungi iklan.
Nota kaki:
Kalau rakan lama atau rakan baru yang sudah dikenali itu masih boleh dipertimbangkan (namun tidak digalakkan sama sekali). Tapi jika belum pernah bertegur sapa walaupun anda sudah lama add memang itu adalah spam.
P/s Anda boleh membaca 21 tip pemasaran FB untuk usahawan ini untuk lebih lanjut lagi.






redfar 15th August 2010 11:53 am
kalau time puasa ni memang ramai akan melakukan aktiviti ini..
Artikel terkini daripada redfar – Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan…
[Balas]
Julmazli Dempollok Reply:
August 15th, 2010 at 1:53 pm
Secara teknikalnya memang spam juga dianggap sebagai salah satu daripada cabang pemasaran. Namun strategi pemasaran yang salah..
[Balas]
redfar Reply:
August 15th, 2010 at 3:30 pm
strategi pemasaran yg betul kena lar beli teknik split terbaru dari saudara Rahman Basri.. hehe..
Artikel terkini daripada redfar – Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan…
[Balas]
Julmazli Dempollok Reply:
August 15th, 2010 at 3:48 pm
Hahaha.. sempat lagi bro ya.
Bukan main hebat lagi sekarang. 3 jualan dengan hanya menggunakan Facebook sahaja. Syabas.
[Balas]
redfar Reply:
August 15th, 2010 at 3:53 pm
bro pun apa kurangnya.. hehe..
Artikel terkini daripada redfar – Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan…
[Balas]
Squeeze Page: Satu Pengenalan Ringkas | Julmazli Dot Com 21st August 2010 5:47 pm
[...] ketika itu internet bukan lagi sesuatu yang utama dalam kehidupan harian, bahkan ketika itu, emel SPAM belum berleluasa. Subscribe to Julmazli Dot Com by [...]