23 . Jan . 2012

Strategi Dan Teknik SEO 202

tips kewangan motivasi dan kesihatan

SEO dan anda

SAYA bukanlah orangnya untuk anda jadikan rujukan apabila saja disebut SEO. Saya sendiri terpaksa merajinkan diri membaca panduan, eBook, blog besar luar negara dan tips daripada pakar-pakar SEO di Malaysia agar tidak jauh ketinggalan dalam bidang ini. Apa yang cuba dikongsikan di sini adalah strategi asas dan teknik mudah yang sesiapa jua boleh lakukan.

strategi dan teknik seo 202

Adalah menjadi tujuan saya agar strategi dan teknik SEO 202 ini menjadi salah satu daripada sekian banyaknya rujukan SEO anda. Ia amat sesuai kepada mereka yang baharu dan belum mempunyai asas yang kukuh (seperti saya sendiri). Ini rangkuman daripada apa yang saya pelajari sepanjang perjalanan. Moga ia memberi persediaan sewajarnya kepada mereka yang baharu.

Kepada yang lebih berpengalaman pula, sekiranya ada di antara fakta mahupun teknik yang dikongsikan ini punya kekurangn, mohonlah dimaafkan. Saya juga mengalu-alukan sebarang tips tambahan dan pembetulan pada mana-mana yang perlu. Agar strategi dan teknik SEO 202 ini menjadi rujukan tepat dan boleh dipercayai kelak.

SEO dan masa

Tidak dijamin usaha menjadikan blog, laman web, ministe atau apa saja namanya itu akan berhasil dengan segera dan membawa limpahan trafik yang banyak jika anda melakukan SEO. Kerana perkara ini sebenarnya berkait rapat dengan masa. Anda harus memberikan blog anda masa yang secukupnya. Tidaklah munasabah membuat sedikit teknik SEO hari ini dan ia mulai menunjukkan perubahan esok.

Jika dilihat, blog besar luar seperti Copyblogger, Problogger, Johnchow, QOT dan DailyBlogTips tidak muncul dengan tiba-tiba. Sekurang-kurangnya kebanyakan daripada contoh yang disebut ini sudah mulai berblog semenjak 5 tahun yang lalu. Ini memberi kita tanda yang jelas bahawa SEO memerlukan masa untuk membawa hasil.

Pelajarilah SEO

Dan disebabkan saya agak suka pada topik SEO ini, maka saya selalu membaca apa saja yang terjumpa sama ada sengaja atau pun tidak. Juga menangkap teknik-teknik yang melintas di hadapan mata saya. Ada yang berguna dan ada yang merbahaya. Ada yang orang panggil whitehat dan ada yang disebut sebagai blackhat. Jadi anda harus berhati-hati dalam menerima pendapat berkenaan hal ini.

Info, tips dan panduan menghadapi Ujian PAC dan temuduga PTD

Cadangan saya, cuba dekatkan diri pada Google dan ikuti perkembangannya secara rapat. Kerana apa yang elok beberapa tahun sudah, mungkin sudah tidak bagus lagi kini. Algoritma carian Google begitu dinamik sekali. Bahkan, menurut mereka sendiri melalui blog rasminya akan ada 500 perubahan algoritma dalam tahun 2012 ini sahaja! Bayangkanlah. Dan ini memang memerlukan pengetahuan SEO yang cukup-cukup up-to-date kata orang. Tidak boleh main hentam keromo saja.

Kenapa SEO masih lagi penting?

Tapi kenapa SEO masih lagi penting? Bukankah kebangkitan media sosial sudah mulai terasa? Google sendiri mendapat bahangnya dengan mengambil beberapa langkah seperti memperkenalkan Google plus, Buzz dan Orkut? Usaha Google ini tidak lain adalah untuk memecahkan monopoli media sosial yang dikuasai dua gergasi besar – Facebook dan Twitter. Ditambah lagi dengan laman perkongsian berita dan laman bookmark lain termasuk Digg, Reddit, LinkedIn dan banyak lagi.

Ini sebenarnya adalah disebabkan carian masih lagi menjadi perkara utama dilakukan di Internet selain emel dan bersosial. Dikhabarkan berbilion carian unik masih lagi ditaip setiap bulan. Dan ini dijangka akan berterusan. Maka inilah yang menjadikan SEO masih cukup penting. SEO memudahkan enjin carian menemui artikel yang tepat untuk disajikan pada keputusan carian (SERP).

Strategi Dan Teknik SEO 202:

Rasanya pendahuluan ini sudah terlebih panjang, jadi kita teruskan kepada strategi dan teknik yang maksudkan. Sengaja saja saya menamakannya sebagai strategi dan teknik SEO 202, tiada sebab apa pun. Hanya untuk memudahkan anda mengingatnya saja. Kumpulan strategi dan teknik ini sebenarnya artikel yang pernah saya kongsikan sebelum ini dalam kategori SEO atau yang mempunyai sedikit sangkut-paut dengan SEO. Inilah yang saya gunakan dan ia memang berkesan (sekurang-kurangnya kepada saya). Diharapkan ia juga mendatangkan manfaat yang serupa kepada anda.

01 - Membina audien dan kredibiliti dengan blog
02 - 3 keadaan yang membunuh search ranking
03 - 5 cara mengekalkan standard kualiti blog anda
04 - Pink dan ping: sama tapi langsung tidak serupa
05 - Apa itu nama domain?
06 - Extension nama domain yang sesuai untuk anda
07 - 4 Tips Bagaimana memilih penyedia web hosting terbaik
08 - 5 strategi meledakkan pengaruh dan pelawat blog anda
09 - 5 kesilapan besar dalam membina link building
10 - 8 teknik bagaimana mengekalkan pembaca lebih lama di blog anda
11 - 3 nasihat blogging yang akan memusnahkan blogger baharu
12 - 3 sebab kenapa kandungan amat kritikal untuk blog
13 - Kaedah melakukan ping secara manual
14 - Bagaimana enjin carian berfungsi?
15 - 3 peraturan dalam pemilihan nama blog
16 – Apa itu HTML dan bagaimana ia berfungsi?

Anda akan dapati ada di antara teknik yang saya kongsikan di atas tidak kelihatan berkait secara langsung dengan enjin carian. Malah ia lebih menitikberatkan pembaca (pelawat) blog. Ini adalah kerana konsep SEO itu mudah saja. Anda tulis untuk manusia, Google akan turut baca dan yang bagusnya akan berikan keutamaan pula. Jika manusia suka pada artikel anda, Google akan suka artikel anda. Inilah yang menjadi kunci kepada SEO friendly itu.

Dan jangan berasa segan mengongsikan strategi dan teknik SEO 202 ini dengan rakan lain melalui apa jua saluran yang anda selesa kerana InsyaAllah akan saya tambahi senarai artikel rujukan ini dari semasa ke semasa kelak.

Diharapkan anda mendapat manfaat dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to you by



--> Membeli Belah Barangan Wanita Secara Online <--

Mahu sentiasa mengetahui post terkini kami? Kalau begitu, kami akan hantarkan melalui emel! Masukkan emel anda di bawah dan klik hantar. Nanti jangan lupa periksa inbox emel anda dan klik 'Link Pengesahan Langganan' yang kami hantarkan. Sila rujuk artikel ini untuk penerangan lanjut.

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

CommentLuv badge