3 . Aug . 2010

Tiga Keadaan Kewangan Dan Pembahagian Pendapatan Ideal

tips kewangan motivasi dan kesihatan

NOTA* Artikel ini adalah post pertama daripada siri perancangan kewangan di blog ini. Akan ada banyak lagi post sambungan kepada post ini. Saya akan terbitkannya di bawah kategori ‘Tip Kewangan’.

perancangan kewangan anda

Pengurusan wang merupakan satu ilmu yang wajib dikuasai. Mencari wang dan menguruskan wang adalah dua perkara yang berbeza yang mana keduanya saling memerlukan. Saya benar-benar maksudkannya. Ia adalah dua perkara yang berlainan sama sekali. Jika anda mahir mencari wang, belum tentu anda memiliki wang yang banyak. Begitu juga jika anda mahir menguruskan wang, belum tentu anda pandai mencari wang. Mempelajari kedua-duanya adalah yang terbaik pernah anda lakukan untuk situasi kewangan anda!

Tanpa ilmu menguruskan wang, wang yang dicari bakal lesap dan tanpa wang, apa gunanya ilmu pengurusan kewangan?

Secara normatifnya kita punya sejumlah wang pada awal bulan dan di akhir bulan ada 3 keadaan yang biasanya berlaku di mana anda akan dapati yang wang anda pada bulan tersebut;

Menyamai perbelanjaan anda pada bulan tersebut (equilibrium state)

Melebihi perbelanjaan anda pada bulan tersebut (excess state)

Kurang dari jumlah yang anda perlukan pada bulan tersebut (deficit state)

Blog khas untuk bakal-bakal PTD Gred M41

Bagaimanakah keadaan anda? Anda nilai dan catu nilaian wang anda. Untuk berada dalam untaian atau landasan yang betul, anda seharusnya berada dalam keadaan ‘excess state’ atau mempunyai gaji yang melebihi perbelanjaan anda. Jika anda dapati yang anda berada dalam 2 situasi lain iaitu ‘deficit’ dan ‘equilibrium’, ketahuilah anda berada dalam keadaan yang genting dan anda perlu belajar dan menyelaraskan perbelanjaan anda. Anda harus bertindak sekarang dan bukan esok!

Pecahan pendapatan yang ideal;

70% – Perbelanjaan

30% – Simpanan

Ini adalah pecahan ideal gaji atau pendapatan bulanan anda. Walaubagaimanapun ianya ialah sekadar pecahan kasar. Untuk yang berumahtangga, pecahannya sedikit berbeza kerana anda perlu mengambil kira simpanan pendidikan anak-anak, percutian keluarga, perbelanjaan pendidikan anak-anak yang mencakupi duit tuisyen, wang saku sekolah dan lain-lain. Tetapi konsep secara kasarnya, anda hanya boleh membelanjakan 70% dari gaji anda, dan baki 30% adalah simpanan anda yang mencakupi 10% untuk simpanan kecemasan anda.

Peruntukan nilai ini penting untuk anda mengawal dan tahu mana hilangnya duit bulanan anda. Adakah ianya disalurkan ke tempat yang betul yang boleh menjamin keutuhan kedudukan kewangan anda atau ianya dibazirkan tanpa sedar yang akhirnya menjerut diri anda sendiri.

InsyaAllah kita akan melihat dengan lebih detil lagi setiap pecahan-pecahan kecil ini pada post yang akan datang. Jadi pastikan anda melanggan pembacaan blog ini menggunakan RSS Feed blog ini agar anda tidak terlepas setiap kali artikel terbaru diterbitkan pada masa depan. Artikel-artikel blog ini akan dihantar terus ke dalam emel anda, dengan itu kejadian terlupa atau terlepas post tidak akan berlaku lagi.

P/s Sekali lagi sila pastikan anda melanggan RSS Feed blog ini agar anda sentiasa menjadi orang terawal membaca post terbaru..

fk468x60

Kongsikan pendapat anda melalui komen dan terima kasih kerana membaca post ini.


This post specially brought to you by



--> Cepat! Aneka Produk Wanita Pada Harga Istimewa! <--

Tidak mahu terlepas post terkini? Saya akan ingatkan anda melalui email! Tapi jangan lupa klik 'Link Pengesahan Langganan' anda. Sila rujuk artikel ini dahulu untuk caranya. Selepas itu masukkan alamat email anda di bawah dan klik hantar:

Dibawakan khas oleh FeedBurner.

Satu Ulasan Untuk – Tiga Keadaan Kewangan Dan Pembahagian Pendapatan Ideal
  1. [...] Ini adalah lanjutan daripada perbincangan kita mengenai pecahan pendapatan yang ideal [...]

CommentLuv badge